4shared[1] adalah suatu perkhidmatan penyimpanan dan perkongsian fail yang ditubuhkan pada 2005 oleh Alex Lunkov dan Sergey Chudnovsky. Sekarang 4shared mempunyai lebih 5 juta pengguna, 11 juta lawatan harian, 940 TB fail yang dihoskan dan 317 TB pemindahan fail setiap hari.

4shared
4shared.svg
JenisPengehosan/perkongsian fail percuma
Diasaskan2005
Perancang utamaAlex Lunkov & Sergey Chudnovsky
SloganPerkongsian dan Penyimpanan Fail yang Percuma
Laman web4shared.com
PendaftaranTidak wajib
Tersedia dalamPelbagai bahasa (15)
Status terkiniAktif

Ada empat kategori untuk menyimpan, berkongsi dan melihat fail: video, muzik, gambar foto dan buku.

PenggunaanSunting

4shared[2] membenarkan pengguna-pengguna untuk muat naik dan muat turun fail-fail dengan sebarang pelayar web. Pendaftaran yang biasa membenarkan pengguna-pengguna untuk muat naik 10240 MB ke akaun mereka. Pengesahan pendaftaran melalui emel mengembangkan ruang penyimpanan sehingga 15 GB. Pengguna-pengguna Premium akan diberi ruangan 100 GB untuk menyimpan fail-fail.

Selepas sesuatu muat naik yang berjaya, pengguna akan diberi URL yang unik yang akan membenarkan orang lain untuk muat turun fail. Fail-fail yang telah dimuat naik akan disimpan sehingga pengguna-pengguna memasuki akaun mereka sekurang kurangnya setiap 30 hari atau sekurang-kurangnya satu daripada fail itu dimuat turun setiap 30 hari. Akaun-akaun premium tidak mempunyai masa tamat tempoh sehingga pengguna meneruskan sebagai pengguna premium. Fungsi Interface pengguna adalah sama dengan fungsi standard windows explorer[3].

Penguna-pengguna yang belum didaftar perlu menunggu 20 saat didalam barisan muat turun ( CAPTCHA tidak perlu disempurnakan) dan boleh memulakan beberapa muat turun secara serentak.

Ciri-ciriSunting

Pengguna-pengguna boleh menilai fail-fail (penilaian 5-star), berkongsi melalui laman web media sosial, tinggalkan komen-komen. Setiap pengguna mempunyai mukasurat dengan statistik yang boleh disesuaikan. Pengguna-pengguna boleh juga melanggan untuk akaun-akaun lain dan mengikuti penambahan mereka. Ciri ini berfungsi dengan cara yang sama seperti seseorang boleh lihat di Facebook dan Twitter.

4shared mempunyai suatu sistem pencarian yang luas yang akan membenarkan pemilihan format-format fail yang khas untuk mencari.

Format audioSunting

mp3, m3u, m4u, mid, ogg, ra, ram, rm, wav, wma.

Format videoSunting

3GP, avi, mov, mp4, mpeg, mpg, swf, asf, wmv, m2ts, flv.

Format grafikSunting

bmp, dwg, gif, jpg, png, psd, tif.

Format fail yang telah dimampatkanSunting

kmz, package, rar, zip.

Format fail teksSunting

doc, lit, mdb, pdf, pps, ppt, rtf, srt, txt, wps, xls.

Format fail programSunting

exe, jar.

Format fail laman webSunting

htm, html.

Format fail mobileSunting

nth, prc, sis.

PerisianSunting

4shared DesktopSunting

4shared Desktop adalah pengurus muat turun/muat naik yang menyokong penarikan & penjatuhan untuk fail-fail dan menambahkan suatu pilihan yang lebih untuk konteks standard menu Windows yang biasanya dipanggil dengan cara klik disebelah kanan fail. Applikasi ini menyokong naik muatan yang berbagai, ciri penggabungan (bekerja didalam keadaan beta) dan pilihan untuk keselamatan kata laluan untuk fail-fail. Terdapat untuk Microsoft Windows sahaja

4shared MobileSunting

4shared Mobile adalah suatu applikasi yang sama dengan 4shared Desktop. Ia membenarkan telifon bimbit Symbian OS dan pengguna iPhone untuk mendapatkan akses serta merta untuk akaun mereka, mengurus fail dan mencari yang baru. Pengguna boleh membina suatu senarai fail-fail kegemaran untuk akses secara segera, mengaturkan fail mengikut folder dan sebagainya.[4]

4shared ToolbarSunting

4shared juga telah mengeluarkan Toolbar nya untuk Internet Explorer dan Firefox. Applikasi ini memberi akses yang terus untuk akaun 4shared pengguna dan mencari laman web media sosial. 4shared Toolbar juga membenarkan untuk melihat TV digital, mendengar stesen-stesen radio, melihat cuaca tempatan dan sebagainya.

Syarat penggunaan dan polisi peribadiSunting

4shared[5] merupakan cap dagang yang rasmi. Aktiviti-aktiviti pengguna-pengguna 4shared dikawal oleh Syarat Penggunaan dan Polisi Peribadi 4shared. 4shared[6] adalah mengikut Digital Millennium Copyright Act ("DMCA")[7].

4shared[8] bekerjasama dengan APCM – Associacao Anti-Pirataria Cinema e Musica, Gameloft GrayZone Inc (Rhino Entertainment, Warner Strategic Marketig), Kogan Page, Linotype GmbH, Pearson Education, Publishers-antipiracy.net, RIAA, Websheriff, Microsoft, Needlework Designers, Graf Records, FiveWin, ADM Records, MG/Curb Records, Cassandra Clare, Apple, dan sebagainya.

Perkhidmatan 4shared hanya memberikan akaun-akaun untuk menyimpan data yang sah. Walaupun, 4shared tidak bertanggung jawab untuk memeriksa kandungan isi, tetapi ia mempunyai hak untuk audit sebarang bahan yang disyaki melanggar syarat-syarat penggunaan 4shared, memindahkan isi, menghilangkan upaya atau mengeluarkan akaun-akaun pengguna yang melanggar hak harta intelektual orang lain atau mungkin mendedahkan 4shared kepada liabiliti awam atau jenayah.

Isu-isu yang terkandung didalam undang-undangSunting

4shared tidak mempunyai sejarah tentang masalah-masalah dengan undang-undang.

PenyetempatanSunting

Laman web ini diselenggarakan dalam 15 bahasa, termasuk Arab, Cina, Inggeris, Perancis, Itali, Jepun, Korea, Malaysia, Polish, Portugis, Russia, Sepanyol, Thai, Turki dan Vietnam.

Program bergabungSunting

4shared mempunyai program bergabung yang tersendiri yang menggalakkan orang untuk menjadi pengguna premium.

Lihat jugaSunting

  • Hosting dengan satu-klik – lebih maklumat tentang jenis perkhidmatan yang begini
  • Megaupload — Syarikat yang berdasarkan Hong Kong yang ditubuh untuk penggunaan muat naik dan muat turun fail-fail
  • RapidShare – Hosting satu-klik yang dimiliki oleh German dan beroperasi dari Switzerland
  • MediaFire — suatu fail percuma dan imej hosting laman web yang terletak di Texas, Amerika Syarikat

RujukanSunting

  1. ^ Penerangan tentang syarikat di Crunchbase
  2. ^ Penerangan tentang syarikat di AboutUs.org
  3. ^ "PCWorld tentang 4shared". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-19. Dicapai pada 2010-10-05.
  4. ^ "Techie Buzz tentang 4shared". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-20. Dicapai pada 2010-10-05.
  5. ^ 4shared berjaya memasuki senarai 15 yang utama dalam Ciri Online yang dinilaikan oleh Jumlah Tetamu-tetamu Brazilian yang Unik
  6. ^ "Stats syarikat tentang Siteanalytics.compete.com". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 2010-10-05.
  7. ^ Digital Millennium Copyright Act
  8. ^ "Stats syarikat tentang Siteanalytics.compete.com". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 2010-10-05.