Abdul Aziz Abdul Majid

ahli politik Malaysia
(Dilencongkan dari Abdul Aziz Majid)

Tun Dato' Dr. Haji Abdul Aziz Abdul Majid dilahirkan pada 12 Mac 1907 di Kajang, Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Beliau meninggal dunia pada 10 Mei 1976 di kediaman rasminya di Sri Melaka ketika berusia 69 tahun. Beliau pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan, Menteri Besar Selangor, Ketua Setiausaha Negara dan jawatan terakhir beliau ialah Gabenor Negeri Melaka ketiga.

Yang Amat Berbahagia Tun Dato' Dr.

Abdul Aziz Abdul Majid

SMN, DPMK (Kelantan); CBE (UK); PhD (Law)
Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-3
Dalam jawatan
31 Ogos 1971 – 9 Mei 1976
Didahului olehAbdul Malek bin Yusof
Digantikan olehSyed Zahiruddin bin Syed Hassan
Menteri Besar Selangor ke-5
Dalam jawatan
1 September 1955 – 1956
RajaSultan Hisamuddin Alam Shah
Didahului olehRaja Tun Uda Al-Haj bin Raja Muhammad
Digantikan olehMuhammad Ismail Abdul Latiff
Menteri Besar Negeri Sembilan ke-3
Dalam jawatan
1 October 1952 – 1 October 1953
RajaTuanku Abdul Rahman
Didahului olehMohamad Salleh bin Sulaiman
Digantikan olehAbdul Malek bin Yusof
Ketua Setiausaha Negara ke-1
Dalam jawatan
1 Ogos 1957 – 31 Ogos 1965
Yang di-Pertuan AgongTuanku Abdul Rahman
Sultan Hisamuddin Alam Shah
Tuanku Syed Putra Jamalullail
Perdana MenteriTunku Abdul Rahman
Didahului olehJawatan baharu diwujudkan
Digantikan olehTan Sri Abdul Jamil Abdul Rais
Butiran peribadi
LahirAbdul Aziz bin Abdul Majid
(1907-03-12)12 Mac 1907
Kajang, Hulu Langat, Selangor, Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Meninggal dunia10 Mei 1976(1976-05-10) (umur 69)
Sri Melaka, Melaka, Malaysia
Pasangan
  • Toh Puan Kamariah Sulaiman
  • Raja Toh Puan Teh Zaitunnisa Raja Kamaralzaman
  • Toh Puan Mariam Abdul Ghani
Anak-anak4
HubunganAbdul Aziz Yassin (menantu)

Pendidikan sunting

Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang, Kajang, Selangor. Beliau telah menduduki peperiksaan Perkhidmatan Pentadbiran Melayu (M.A.S) dan lulus dengan cemerlang.

Pada bulan Mac 1948, beliau telah mengambil 'Second Devonshire Course' di Universiti Oxford, United Kingdom.

Kerjaya sunting

Beliau pernah menjadi seorang guru. Kemudian dilantik sebagai Pemungut Hasil Tanah, Penolong Pegawai Daerah dan Pegawai Daerah di Selangor. Kemudian sebagai Penolong Setiauasaha di pejabat Pesuruhjaya Tempatan Selangor.

Pada 1 Februari 1948, beliau sekali lagi dilantik sebagai Penolong Setiausaha Negeri Pertama kepada Setiausaha Kerajaan Selangor.

Selepas belajar di United Kingdom,beliau dilantik sebagai Pegawai Daerah Teluk Anson. Kemudian dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Negeri Sembilan dan Penolong Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri di Bahagian Pertahanan

Menteri Besar Negeri Sembilan & Selangor sunting

Pada tahun 1952, beliau dilantik oleh Tunku Abdul Rahman menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan yang pertama. Kemudian pada 1 September 1954 dilantik sebagai Menteri Besar Selangor di bawah perintah Sultan Hisamuddin Alam Shah.

Ahli Rombongan Merdeka dan Persekutuan Malaysia sunting

Tahun 1956, beliau telah dilantik mewakili raja-raja dalam rombongan merdeka ke United Kingdom untuk berbincang tentang hal-hal yang berkaitan dengan Perlembagaan. Beliau juga bersama beberapa anggota rundingan untuk sekali lagi ke London bagi membincangkan Perjanjian Pertahanan Malaya.[1]

Beliau juga terlibat pada tahun 1963 untuk ke London agar dapat membincangkan Persekutuan Malaysia. Tun Abdul Aziz telah menjadi anggota Pasukan Perundingan Persekutuan dalam Jawatankuasa Antara Kerajaan. Beliau merupakan ketua rombongan perundingan tersebut agar dapat membincangkan syarat kemasukan negeri-negeri di Borneo.

Pada masa yang sama, beliau juga dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara selama 8 tahun dari 1957 hingga 1965, di mana beliau telah bersara wajib secara pilihan apabila memasuki usia 58 tahun pada tahun itu.[2]

Tuan Yang Terutama Di-Pertua Negeri Melaka sunting

Setelah bersara dari jawatan politik dan juga perkhidmatan awam persekutuan, beliau dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka dan tinggal di kediaman rasmi Sri Melaka sehingga beliau meninggal dunia. Sebuah sekolah rendah di Hulu Langat telah dinamakan sempena nama beliau iaitu Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Aziz Majid.[3]

Keluarga sunting

Isteri beliau, Raja Toh Puan Teh Zaitunnisa Raja Kamaralzaman (97 tahun) meninggal dunia pada 13 April 2015 di kediamannya di Persiaran Setiawangsa, Kuala Lumpur akibat sakit tua. Anak sulung arwah Mustapa Kamal (57 tahun) memaklumkan bahawa ibunya telah lama sakit tua.[4]

Mengenang Jasa sunting

Masjid Tun Abdul Aziz @ 'Masjid Bulat' di Petaling Jaya dinamakan sempena beliau.

Anugerah dan penghargaan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "TYT Melaka". Laman Web YDP Negeri Melaka.
  2. ^ "Senarai Pengerusi SPA". Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
  3. ^ Arkib Negara Malaysia online[pautan mati kekal]
  4. ^ "Isteri bekas Gabenor Melaka meninggal dunia". Utusan Malaysia. 13 April 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mac 2016.
  5. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2020-05-06.
Didahului oleh
Abdul Malek Yusuf
Yang di-Pertua Negeri Melaka
1971–1976
Diikuti oleh:
Syed Zahiruddin bin Syed Hassan