Al Fayha FC (Arab: نادي الفيحاء السعودي) ialah sebuah kelab ranting dari kelab sukan. Bahagian kelab ini merupakan kelab bola sepak profesional yang berpangkalan di Al Majmaah. Al Faiha ditubuhkan pada tahun 1953.

Al Faiha
Al Fayha FC logo.png
Nama penuhAl Faiha Football Club (Kelab Sukan Bola Sepak Al Faiha)[perlu rujukan]
GelaranAl Burtuqali (Si Oren)
Tawahin Sudair (Lumbung dari Sudair)
Diasaskan1953; 71 tahun yang lalu (1953)
StadiumKing Salman Sport City Stadium
(Kapasiti: 7,000)
PengerusiTawfiq Al-Modaiheem
PengurusVuk Rašović
LigaLiga Roshn Saudi/Liga Professional Saudi
2023–24ke-8
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga
Musim semasa

Warna kit utama Al Fayha ialah pelakaran antara oren dan biru. Oleh sebab itu kelab ini mendapatkan nama julukan "Al-Burtuqali." Al-Fayha berjaya memenangi Divisyen Liga Kedua Saudi sekali pada musim 2013–14 dan telah menamatkan naib juara sekali pada 2003–04. Pada 29 April 2017, Al-Fayha memenangi kelayakan pertama mereka ke Liga Pro dan memenangi gelaran Divisyen Pertama pertama mereka pada tarikh 5 Mei 2017. Mereka berjaya menjulangkan Piala Raja bagi pertama kali dalam sejarah kelab pada musim 2022-2023.[1]

Sejarah sunting

Al Fayha (Arab: الفيحاء, rumi: al-fayḥāʿ, lit.'menghampar, luas')[2] ditubuhkan pada tahun 1953 di bandar Al Majma'ah dan rasmi beregistrasi pada tarikh 15 Ogos, 1966. Al Fayha ialah satu daripada kelab sukan semua ranting paling tua di Arab Saudi dan Al Majma'ah. Al Fayha juga kelab pelakaran antara dua kelab yaitu Minikh and Al-Fayha. Mereka melakarkan kelab agar sukan di Al Majma'ah dapat dengan mudah diawasi pembangunannya. Sejak penubuhannya, Al Fayha telah berperan penting bagi khidmat sukan belia di Al-Majma'ah.[3]

Al Fayha memenangi Divisyen Liga Dua dan mendapat kenaikan kelayakan pada tahun 1985. Mereka berada di Divisyen Liga Satu selama 5 tahun sebelum akhirnya relegasyen pada akhir musim 1989–90. Selepas berehat 14 tahun dari bola sepak profesional, Al-Fayha muncul semula di Divisyen Satu sebagai naib juara pada musim Divisyen Liga Dua 2003–04. Pada tarikh 29 April 2017, Al-Fayha memenangi kelayakan ke Liga Profesional Saudi bagi yang pertama kali dalam sejarah mereka selepas menewaskan Ohod Club di pangkalan 2–1.[4] Mereka dikeruniakan juara bagi Divisyen Liga Satu 2016–17 pada 5 Mei 2017 di perlawanan akhir musim dengan hasil seri menentang Wej 1–1 sebagai penentang.[5]

Pada tiga musim perlawanan Liga Profesional Saudi, Al-Fayha mampu mengagumkan semua orang dengan menduduki bahagian atas carta peringkat dalam musim perdana dan hampir tersingkir ke Divisyen Satu, tetapi Al-Fayha tidak mampu mengelak dari penyingkiran ditewaskan dengan mata 0–1 oleh Al-Taawoun di hari akhir perlawanan liga.

Al-Fayha kembali semula ke Liga Profesional Saudi selepas menduduki peringkat ke-2 dengan 81 mata pada tarikh 20 Mei 2021. Selepas pembukaan pasaran pemain, ia berjaya menjemput beberapa pemain Eropa baharu untuk menyertai pasukan; penjaga gol Serbia Vladimir Stojković, pemain tengah Yunani Panagiotis Tachtsidis dan pemain Macedonia Utara antarabangsa Aleksandar Trajkovski. Vuk Rašović ditunjuk sebagai jurulatih baharu dan ia menggalakan beberapa strategi pertahanan dalam perlawanan musim selanjutnya.

Al-Fayha memulakan kempen Piala Raja 2021-22 dengan menunjukan kemampuan mengagumkan. Mereka menewaskan Abha dengan 4–0 pada pusingan 16. Pada pusingan selepasnya, di suku akhir mereka menentang Al-Batin dan berjaya menewaskannya dengan mata 2–1. Pada perlawanan separuh akhir, mereka bertemu dengan Al-Ittihad. Hasil dari perlawanan di antara kedua kelab itu hampir tidak boleh dipercayai semua penyokong, Al-Fayha menewaskan Al-Ittihad 1–0 dan mara bagi pertama kalinya.

Hasil sejemang perlawanan pentas akhir Piala Raja, ialah 1–1 bagi Al-Hilal dan Al-Fayha. Selepas masa tambahan, Al Fayha membuka kemenangan dalam pusingan penalti dengan penampilan mengagumkanVladimir Stojkovic. Bagi yang pertama kali dalam sejarah Al-Fayha, kelab itu menjulang Piala Raja di Stadium Sukan Bandar Raja Abdullah dan memenuhi kelayakan menyertai Liga Juara-Juara AFC 2023-24.[6] Pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC, Al-Fayha berjaya merekodkan kemenangan pertama di kejohanan kelas benua selepas menewaskan Pakhtakor FK 2–0. Abdelhamid Sabiri menjaringkan gol berani (brace) yang memukau bagi kelabnya.

Kakitangan Pasukan sunting

Jawatan Nama
Jurulatih   Vuk Rašović
Timbalan Jurulatih   Ljubiša Ranković
  Rudolf Marić
Pebimbing Daya Jaga Gol   Fábio Muchinel Tepedino
Pebimbing Kecergasan   Vladan Popović
Ahli Analisis Video   Ahmed Walid Charchari
Ahli Analisis Performa   Belum Berisi
Pengarah Sukan   Belum Berisi
Doktor Awam   Belum Berisi
Ahli Terapi Fizikal   Belum Berisi
Pengarah Pembangunan   Alioua Mohamed Lamine

Pemain sunting

Setakat 12 Ogos 2023:[7][8]

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
1 GK   Abdulraouf Al-Duqayl
2 DF   Mukhair Al-Rashidi
3 DF   Ghislain Konan (pinjaman dari Al-Nassr)
4 DF   Sami Al-Khaibari (kapten)
6 MF   Saud Zidan
7 FW   Henry Onyekuru
8 MF   Abdulrahman Al-Safri
9 FW   Anthony Nwakaeme
11 MF   Khalid Kaabi
12 DF   Yousef Haqawi (pinjaman dari Al-Nassr)
13 MF   Gojko Cimirot
17 FW   Fashion Sakala
19 FW   Mohammed Majrashi
22 DF   Mohammed Al-Baqawi
27 MF   Sultan Mandash
28 GK   Ahmed Al-Kassar
29 MF   Nawaf Al-Harthi
33 DF   Hussein Al-Shuwaish
No. Pos. Negara Pemain
34 GK   Osama Al-Thumairy
37 MF   Ricardo Ryller
38 MF   Yahya Al Surur
40 DF   Mohammed Al-Dowaish
41 MF   Saud Al-Muqbel
49 FW   Ali Al Jubaya
51 FW   Abdulaziz Al-Burayk
53 DF   Abdullah Aman
62 DF   Hossam Majrashi
66 MF   Rakan Kaabi
70 MF   Abdulrahman Al-Anazi
75 DF   Khalid Al-Rammah
77 MF   Abdelhamid Sabiri (pinjaman dari Fiorentina)
80 DF   Osama Al-Khalaf
81 MF   Yazid Jadhami
88 GK   Vladimir Stojković
98 DF   Muhannad Al-Qaydhi
99 FW   Malek Al-Abdulmenem

Pemain tidak bersenarai sunting

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
10 MF   Víctor Ruiz
No. Pos. Negara Pemain
23 FW   Milan Pavkov

Sedang dipinjam sunting

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
5 DF   Naif Almas (dipinjamkan kepada Al-Orobah)
14 DF   Sultan Al-Harbi (dipinjamkan kepada Al-Qaisumah)
No. Pos. Negara Pemain
21 DF   Muteb Al-Khaldi (dipinjamkan kepada Al-Taraji)

Rekod Benua sunting

2023–24:
Musim Kejohanan Pusingan Pasukan Pangkal Penentang Aggregat
2023–24 Liga Juara-Juara AFC Kumpulan A   Ahal 3–1 0–1 Peringkat ke-2
  Pakhtakor Tashkent 2–0 4–1
  Al Ain 2–3 1–4
Pusingan 16   Menunggu Jadual

Rujukan sunting

  1. ^ "رسالة - نادي الفيحاء السعودي". www.alfiha.com.
  2. ^ Wortabet, John; Porter, Harvey (December 5, 1995). Arabic-English English-Arabic Dictionary. Hippocrene Books. ISBN 9780781803830 – melalui Google Books.
  3. ^ "رسالة - نادي الفيحاء السعودي". www.alfiha.com.
  4. ^ "رسمياً.. الفيحاء أول الصاعدين إلى دوري جميل". dawriplus. 29 April 2017. Dicapai pada 21 May 2017.
  5. ^ "مسيرة للاعبي الفيحاء بـ "الباص المكشوف" بعد الصعود لدوري جميل". sportksa. 6 May 2017. Dicapai pada 21 May 2017.
  6. ^ "Al Fayha upset Al Hilal to win historic Saudi King's Cup". the-AFC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-20.
  7. ^ "التشكيلة". kooora.
  8. ^ "اللاعبين". Dicapai pada 1 January 2019.