Allan Marques Loureiro
Allan Marques Loureiro (lahir 8 Januari 1991), atau lebih dikenali sebagai Allan (sebutan dalam bahasa Portugis: [aˈlɐ̃]), merupakan seorang pemain bola sepak Brazil yang beraksi di posisi pemain tengah untuk kelab Itali, Napoli dan pasukan kebangsaan Brazil.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Allan Marques Loureiro | ||
Tarikh lahir | 8 Januari 1991 | ||
Tempat lahir | Rio de Janeiro, Brazil | ||
Ketinggian | 1.75 m (5 ka 8 7⁄8 in) | ||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Napoli | ||
Nombor | 5 | ||
Kerjaya remaja | |||
2007–2008 | Madureira | ||
2008–2009 | Vasco da Gama | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2009–2012 | Vasco da Gama | 51 | (0) |
2012–2015 | Udinese | 116 | (2) |
2015– | Napoli | 145 | (9) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2011 | Brazil B20[1] | 2 | (0) |
2018– | Brazil | 8 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 08:15, 11 Jun 2019 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 28 Julai 2019 |
Kerjaya kelab
suntingVasco da Gama
suntingAllan telah berpindah dari kelab Madureira untuk menyertai kelab Uruguay, Deportivo Maldonado semasa berusia 17 tahun[perlu rujukan]. Beliau seterusnya berpindah ke Vasco da Gama di Brazil secara pinjaman.
Allan berpindah ke Vasco da Gama sekali lagi di bawah tiket sebagai pemain akademi secara pinjaman dari Maldonado. Setahun kemudian, beliau beraksi untuk pasukan akademi sebelum dibawa masuk ke pasukan senior oleh jurulatih Dorival Júnior. Beliau telah diberi peluang untuk beraksi dalam perlawanan-perlawanan penting ketika musim 2009 dan menyaksikan pasukannya menjuarai Série B dan layak ke divisyen teratas Brazil, Série A walaupun beliau dibelenggu kecederaan.
Allan tidak dapat beraksi dalam kejohanan Campeonato Carioca bersama Vasco da Gama serta kejohanan Piala Brazil. Selepas menjalani pemulihan, beliau kembali beraksi bersama pasukan belia untuk mendapatkan sentuhannya semula bagi membuat persiapan menyertai pasukan senior. Beliau seterusnya membuat penampilan dalam perlawanan terakhir Série A dan kejohanan persahabatan Copa da Hora. Pasukannya dinobatkan sebagai juara bahkan Allan turut menjaringkan gol dalam aksi menentang Coritiba.
Udinese
suntingMusim 2012–13
suntingPada Jun 2012, Allan berpindah ke kelab Serie A, Udinese dalam perpindahan yang dilaporkan bernilai R$7 juta[2] dari Deportivo Maldonado. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Udinese ketika menentang Juventus. Dalam perlawanan tersebut, beliau telah mencipta hantaran kepada jaringan gol oleh Andrea Lazzari.
Semasa musim sulungnya di Udine, Allan beraksi di posisi pemain tengah bertahan. Pengurus Francesco Guidolin telah meletakkannya dalam 36 perlawanan liga. Beliau telah membuktikan pembeliannya yang memberi manfaat kepada kelab dan memenuhi jangkaan. Minit permainannya yang tinggi telah membantu Udinese untuk mengakhiri kempen di tangga kelima liga sekali gus memperoleh kelayakan ke kejohanan Liga Europa.[3]
Musim 2013–14
suntingAllan bersama Udinese telah menempuh satu musim yang mencabar. Pasukannya telah menduduki tangga ke-13 Serie A dan musim ini merupakan kempen terakhir yang dikendalikan oleh Francesco Guidolin. Namun begitu, Allan beraksi dengan cemerlang di posisinya. Beliau turut telah berjaya menjaringkan gol sulungnya untuk kelab dan prestasinya bersama Udinese terus melonjak naik. Gaya permainannya yang tenang dan terkawal di bahagian tengah telah menarik perhatian pengurus Udinese, Andrea Stramaccioni untuk mencadangkan beliau merupakan salah satu pemain muda terbaik di Eropah pada masa itu dan dibandingkan dengan prospek Manchester United, Paul Pogba.
Musim 2014–15
suntingKetika musim 2014–15, Allan merupakan pemain yang berjaya merebut bola terbanyak di lima liga teratas Eropah (Liga Perdana Inggeris, La Liga, Bundesliga, Serie A dan Ligue 1). Prestasinya yang menakjubkan telah menarik minat kelab gergasi Eropah seperti Juventus, Borussia Dortmund, Chelsea, VfL Wolfsburg, Arsenal dan Napoli yang masing-masing menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmatnya.[4][5] Allan akhirnya menyertai Napoli dan kekal di Itali.
Napoli
suntingAllan telah melakukan kemunculan pertamanya untuk Napoli dalam perlawanan persahabatan pra-musim menentang kelab Lega Pro, FeralpiSalò yang berkesudahan Napoli menang 5–2.[6] Beliau telah melakukan kemunculan sulungnya di Serie A bersama Napoli ketika menentang Sampdoria pada hari kedua kempen Serie A. Dalam perlawanan itu, beliau telah menciptakan hantaran kepada jaringan gol Gonzalo Higuaín. Allan kemudiannya digantikan oleh David López pada separuh masa kedua permainan dan perlawanan berakhir dengan Napoli menang 2–0.[7] Dalam perlawanan liga seterusnya menentang Empoli, beliau telah menjaringkan gol untuk menyamakan kedudukan permainan pada minit ke-78 bagi mengikat kedudukan seri 2–2.[8]
Pada 17 September, Allan menjadi pemain gantian pada minit ke-62 dalam aksi Liga Europa menentang Club Brugge. Perlawanan ini menandakan penampilan sulung baginya dalam kejohanan Liga Europa. Dalam perlawanan itu, beliau telah mencipta hantaran kepada jaringan gol José Callejón dan perlawanan berkesudahan kemenangan 5–0 milik Napoli.[9] Pada 20 September, Allan telah menjaringkan gol dalam aksi menentang Lazio selain menyumbang kepada jaringan gol lain untuk pasukannya. Perlawanan itu berkesudahan Napoli menang 5–0.[10]
Pada 26 September, Allan telah menjaringkan gol ketika menentang juara bertahan, Juventus bagi membantu pasukannya melakar kemenangan 2–1.[11] Pada 4 Oktober, Allan telah menjaringkan gol pembukaan perlawanan ketika pasukannya memalukan Milan 0–4 di San Siro.[12]
Kerjaya antarabangsa
suntingAllan telah dipanggil oleh jurulatih pasukan bawah-20 Brazil, Ney Franco pada 20 Ogos 2011 bagi menghadapi kejohanan Piala Dunia FIFA B-20 2011 berikutan prestasinya yang cemerlang di Vasco da Gama. Dalam kejohanan itu, pasukan bawah-20 Brazil dibarisi bintang seperti Oscar, Philippe Coutinho, Casemiro dan Danilo serta bakal rakan sepasukannya di Napoli, Gabriel dan Bruno Uvini. Brazil mara ke perlawanan akhir sebelum dinobatkan juara setelah menumbangkan Portugal 3–2 pada masa tambahan bagi merangkul trofi Piala Dunia Bawah-20 buat kali kelima.
Walaupun dilahirkan di Brazil, Allan memegang dua kerakyatan iaitu Brazil dan Portugal bagi membolehkannya untuk beraksi bersama pasukan Brazil mahupun Portugal.[13] Allan juga mempunyai darah Itali sekali gus melayakkannya untuk memiliki paspot Itali dan mewakili pasukan kebangsaan Itali. Sky Sport Italia dan TV Luna pernah melaporkan bahawa beliau pernah ditanya mengenai 'khidmat untuk mewakili Azzurri' oleh jurulatih pasukan kebangsaan Itali, Roberto Mancini.[14] Pada 26 Oktober 2018, pengurus Tite telah memanggil Allan untuk ke skuad Brazil bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang Uruguay dan Cameroon pada bulan berikutnya. Oleh sebab ia merupakan hanyalah perlawanan persahabatan, Allan masih mempunyai peluang untuk mewakili pasukan Portugal dan Itali.[15] Beliau telah melakukan penampilan sulungnya bersama Brazil ketika menentang Uruguay di London pada 16 November yang berkesudahan Brazil meraih kemenangan 1–0.[16]
Pada Mei 2019, Allan telah disenaraikan ke dalam skuad Brazil bagi menghadapi kejohanan Copa América 2019.[17]
Statistik kerjaya
suntingKelab
sunting- Sehingga 25 Mei 2019[18]
Kelab | Musim | Liga | Piala | Benua | Jumlah | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Vasco da Gama | 2009 | 13 | 0 | — | — | 13 | 0 | ||
2010 | 15 | 0 | 0 | 0 | 15 | 0 | |||
2011 | 19 | 0 | 10 | 0 | 7 | 1 | 36 | 1 | |
2012 | 4 | 0 | 0 | 0 | 5 | 0 | 9 | 0 | |
Jumlah | 51 | 0 | 10 | 0 | 12 | 1 | 73 | 1 | |
Udinese | 2012–13 | 36 | 0 | 1 | 0 | 0 | 0 | 37 | 0 |
2013–14 | 33 | 0 | 4 | 0 | 4 | 0 | 41 | 0 | |
2014–15 | 35 | 1 | 3 | 1 | — | 38 | 2 | ||
Jumlah | 104 | 1 | 8 | 1 | 4 | 0 | 116 | 2 | |
Napoli | 2015–16 | 35 | 3 | 2 | 0 | 6 | 0 | 43 | 3 |
2016–17 | 29 | 1 | 2 | 0 | 8 | 0 | 39 | 1 | |
2017–18 | 38 | 4 | 2 | 0 | 10 | 0 | 50 | 4 | |
2018–19 | 33 | 1 | 2 | 0 | 12 | 0 | 47 | 1 | |
Jumlah | 145 | 9 | 8 | 0 | 36 | 0 | 179 | 9 | |
Jumlah kerjaya | 300 | 10 | 26 | 1 | 52 | 1 | 378 | 12 |
Antarabangsa
sunting- Sehingga 28 Julai 2019
Pasukan kebangsaan Brazil | ||
---|---|---|
Tahun | Kmncln | Gol |
2018 | 2 | 0 |
2019 | 6 | 0 |
Jumlah | 8 | 0 |
Pencapaian
suntingKelab
sunting- Vasco da Gama
Antarabangsa
sunting- Brazil B20
- Brazil
Catatan
sunting- ^ "Allan". soccerway.com. Dicapai pada 23 March 2017.
- ^ Rotstein, Gustavo (7 June 2012). "Felipe lamenta saída do 'filho adotivo' Allan: 'Foi um erro'". Globoesporte (dalam bahasa Portugis). Rio de Janeiro. Dicapai pada 24 March 2019.
- ^ "Meet Udinese's rising ball-winner who's bossed Pogba this season". fourfourtwo. 6 February 2015.
- ^ "Chelsea and Arsenal to fight for Allan Marques Loureiro - Football News Guru".
- ^ Archer, Bruce (3 June 2015). "Chelsea SWOOP for Brazilian Udinese star as Ramires replacement".
- ^ "Napoli win on Allan debut - Football Italia". www.football-italia.net.
- ^ "Live Scores - Football - Sporting Life". www.sportinglife.com.
- ^ "Empoli 2, Napoli 2: Winless once more". The Siren's Song. 13 September 2015.
- ^ uefa.com (17 September 2015). "UEFA Europa League 2015/16 - History - Napoli-Club Brugge – UEFA.com".
- ^ "Napoli 5 - 0 Lazio Match report - 9/20/15 Serie A - Goal.com". www.goal.com.
- ^ "Napoli-Juventus, le pagelle: Higuain piega Buffon, Ghoulam che sorpresa! Finalmente il vero Allan". 26 September 2015.
- ^ "Lorenzo Insigne inspires as Napoli end AC Milan's perfect home record".
- ^ Gott, Tom (2018-09-05). "Agent of Napoli Star Alan Urges Tite to Call the Midfielder Up to the Brazil National Team". Dicapai pada 2018-10-07.
- ^ Football Italia staff (2018-10-06). "Italy to call on Napoli's Allan?". Dicapai pada 2018-10-07.
- ^ Football Italia Staff (2018-10-26). "Brazil call up Napoli's Allan". Dicapai pada 26 October 2018.
- ^ "Allan makes Brazil debut". Football Italia. 26 November 2018. Dicapai pada 22 November 2018.
- ^ "Brazil name Copa America squad". Football Italia. 17 May 2019. Dicapai pada 21 May 2019.
- ^ "Allan". Soccerway. Dicapai pada 15 May 2016.
- ^ "Brazil 3–1 Peru". BBC Sport. 7 July 2019. Dicapai pada 9 July 2019.
Pautan luar
sunting- (Portugis) ogol.com.br