Alphabet Inc. merupakan konglomerat komunikasi Amerika Syarikat yang terletak di Mountain View, California. Ia diwujudkan menerusi penstrukturan semula Google pada 2 Oktober 2015,[3] dan menjadi syarikat induk Google dan beberapa bekas anak syarikat Google.[4][5][6] Dua pengasas Google memegang jawatan eksekutif dalam syarikat, dengan Larry Page berkhidmat sebagai CEO dan Sergey Brin sebagai presiden.[7]

Alphabet Inc.
Dinamakan sempenaabjad Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahAwam
Didagangkan sebagai
ISINUS02079K3059
IndustriKonglomerat
Ditubuhkan2 Oktober 2015; 8 tahun yang lalu (2015-10-02)
Pengasas
Ibu pejabatGoogleplex, Mountain View, California, A.S.
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh penting
Keluaran
Hasil US$110.85 bilion[1] (2017)
Pendapatan kendalian US$26.14 bilion[1] (2017)
Pendapatan bersih US$12.66 bilion[1] (2017)
Modal1,724,000,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2022) Sunting ini di Wikidata
Jumlah aset US$197.29 bilion[1] (2017)
Jumlah ekuiti US$152.50 bilion[1] (2017)
PemilikSergey Brin, Eric Schmidt, Fidelity Investments, BlackRock, The Vanguard Group, Government Pension Fund Global, Larry Page, Sergey Brin, Eric Schmidt, The Vanguard Group, The Vanguard Group, BlackRock, Fidelity Investments, Larry Page, Sergey Brin, Eric Schmidt, The Vanguard Group, Larry Page Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan72,053[2] (2017)
Anak syarikat
Tapak webabc.xyz
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Porrfolio Alphabet merangkumi beberapa industri, termasuk teknologi, sains hayat, modal pelaburan, dan penyelidikan. Beberapa anak syarikatnya termasuk Google, Calico, Chronicle, GV, CapitalG, Verily, Waymo, X, Loon[8] dan Google Fiber. Beberapa anak syarikat Alphabet telah mengubah nama mereka sejak meninggalkan Google dan menjadi sebahagian daripada syarikat induk baru-Google Ventures menjadi GV, Google Life Sciences menjadi Verily dan Google X menjadi hanya X. Berikutan penstrukturan semula, Page menjadi CEO Alphabet dan Sundar Pichai mengambil jawatan sebagai CEO Google.[4][5] Stok saham Google telah ditukarkan ke stok Alphabet, yang didagangkan di bawah bekas simbol penanda Google, "GOOG" dan "GOOGL". Setakat 2018, Alphabet menerima ranking #22 dalam senarai rankinh Fortune 500 bagi syarikat terbesar Amerika mengikut jumlah hasil.[9]

Penubuhan Alphabet digerakkan oleh keinginan untuk menjadikan perniagaan perkhidmatan Internet teras Google "bersih dan lebih bertanggungjawab" sambil membenarkan autonomi yang lebih besar kepada syarikat-syarikat kumpulan yang beroperasi dalam perniagaan selain perkhidmatan Internet.

Sejarah sunting

Pada 10 Ogos 2015, Google Inc. mengumumkan rancangan untuk menubuhkan syarikat induk terbuka yang baru, Alphabet Inc. Ketua Pegawai Eksekutif Google, Larry Page, menyampaikan berita melalui blog rasmi Google. Alphabet akan ditubuhkan untuk menyusun semula Google dengan memindahkan anak-anak syarikatnya dari Google ke Alphabet. Alphabet akan membayangi Google Inc., Labs Nest, dan Calico, serta entiti perniagaan lain seperti Google X, Google Capital, dan Google Ventures.[10][11] Sundar Pichai, Ketua Bahagian Produk Google, menggantikan Page sebagai CEO Google.[12][13]

Struktur sunting

Anak syarikat terbesar Alphabet ialah Google, anak syarikat lain ialah Calico, Chronicle, Dandelion, DeepMind, GV, CapitalG, X, Google Fiber, Jigsaw, Lab Sidewalk, Verdana dan Waymo. Setakat pada 1 September 2017, ekuiti mereka dipegang oleh anak syarikat yang dikenali sebagai XXVI Holdings, Inc. (merujuk kepada angka Rom sebanyak 26, bilangan huruf dalam abjad), supaya mereka boleh dihargai dan dipisahkan secara sah dari Google. Pada masa yang sama, ia diumumkan bahawa Google akan disusun semula sebagai syarikat liabiliti terhad, Google LLC.[14]

Walaupun terdapat banyak syarikat atau bahagian sebelumnya yang merupakan sebahagian daripada Google menjadi anak syarikat Alphabet, Google tetap menjadi syarikat payung untuk perniagaan berkaitan Internet Alphabet. Ini termasuk banyak produk dan perkhidmatan yang paling banyak digunakan oleh Google, seperti sistem pengendalian mudah alih Android, YouTube, LLC, dan Google Search, yang kekal sebagai komponen terus Google.[15]

Bekas anak syarikat termasuk Nest Labs, yang digabungkan ke Google pada Februari 2018.[16]

Tuntutan saman sunting

Alphabet Inc. menyaman Uber menerusi teknologi yang serupa dengan teknologi kereta pemacu sendiri hak milik Alphabet itu. Teknologi kenderaan autonomi Alphabet telah berkembang selama sedekad oleh Waymo Alphabet (bahagian memandu sendiri). Teknologi proprietari adalah berkaitan dengan 14,000 dokumen yang dipercayai telah dimuat turun dan dicuri oleh bekas jurutera Waymo, yang kemudiannya digunakan oleh Uber.[17][18] Tuntutan itu telah diselesaikan pada bulan Februari 2018, dengan Uber bersetuju untuk tidak menggunakan teknologi memandu sendiri dalam perselisihan dan juga bersetuju untuk memberikan Waymo dengan kepentingan ekuiti sebesar 0.34%, menyamai sekitar $ 245 juta pada nilai awal 2018 firma itu.[19]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e "Alphabet Inc. 2015 Annual Report Form (10-K)". EDGAR. United States Securities and Exchange Commission. February 27, 2016. Dicapai pada December 21, 2015.
  2. ^ "Alphabet Announces Third Quarter 2017 Results" (PDF). Alphabet Inc. October 26, 2017. Dicapai pada October 28, 2017.
  3. ^ "SEC Filing (Form 8-K) by Alphabet Inc". U.S. Securities and Exchange Commission. October 2, 2015.
  4. ^ a b "Google to be part of new holding company, 'Alphabet'". Dicapai pada August 11, 2015.
  5. ^ a b Page, Larry. "G is for Google". Google Official Blog. Dicapai pada August 11, 2015.
  6. ^ "Google creates new parent company called Alphabet". CNET.com. Diarkibkan daripada yang asal pada September 17, 2015. Dicapai pada September 19, 2015.
  7. ^ Womack, Brian (August 10, 2015). "Google Creates New Company Called Alphabet, Restructures Stock". Bloomberg. Dicapai pada August 10, 2015.
  8. ^ "Google's Loon brings internet-by-balloon to Kenya". July 19, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada July 19, 2018. Dicapai pada July 19, 2018.
  9. ^ "Fortune 500 Companies 2018: Who Made the List". Fortune (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-11-09.
  10. ^ Greenberg, Julia (August 10, 2015). "What Google, I Mean Alphabet, Looks Like Now". Wired. Condé Nast. Dicapai pada August 10, 2015.
  11. ^ "What is Alphabet, Google's new company?". Business Insider. Dicapai pada August 10, 2015.
  12. ^ Chen, Angela (August 10, 2015). "Google Creates Parent Company Called Alphabet in Restructuring". Wall Street Journal. Dicapai pada August 10, 2015.
  13. ^ Conor Dougherty (10 August 2015), Google to Reorganize in Move to Keep Its Lead as an Innovator, New York Times, dicapai pada 10 August 2015
  14. ^ "Alphabet Finishes Reorganization With New XXVI Company". Bloomberg.com. September 1, 2017. Dicapai pada September 2, 2017.
  15. ^ "Google's new Alphabet, from A to Z (pictures)". CNET.com. Dicapai pada August 12, 2015.
  16. ^ https://arstechnica.com/gadgets/2018/02/nest-is-done-as-a-standalone-alphabet-company-merges-with-google/
  17. ^ Sage, Alexandria (May 30, 2017). "Uber fires self-driving car chief at center of court case". Reuters. Dicapai pada May 30, 2017.
  18. ^ Isaac, Mike; Wakabayashi, Daisuke (May 30, 2017). "Uber Fires Former Google Engineer at Heart of Self-Driving Dispute". The New York Times. Dicapai pada May 30, 2017.
  19. ^ Balakrishnan, Anita; D'Onfro, Jillian; Bosa, Deirdre; Zaveri, Paayal (February 9, 2018). "Uber settles dispute with Alphabet's self driving car unit". CNBC.com.

Pautan luar sunting