Araz ([a-raz], daripada istilah Bahasa Arab: أرز‎) atau sedar [sé-dar][1] merujuk kepada genus pokok konifer Cedrus dalam keluarga Pinaceae. Pokok-pokok ini tumbuh asli di barat pergunungan Himalaya yang berketinggian 1,500–3200 meter dan tanah kawasan Mediterranean setinggi 1,000–2,200 meter.[2]

Araz
View from the Barouk Forest 1.JPG
Pokok araz Lubnan di Hutan Simpan Araz Al Shouf, Barouk, Lubnan
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Cedrus

Spesies

Lihat teks

GambaranSunting

 
Dedaun araz Atlas

Pokok-pokok Cedrus boleh tumbuh setinggi 30-40 m (kadangkalanya 60 m) dengan kayu berbau wangi kuat dan beresin, kulit kayu berbatas tebal, dan ranting yang luas. Pucuk yang tumbuh bercirikan dwibentuk, dengan pucuk panjangnya membentuk rangka ranting-ranting pokok manakala pucuk pendeknya pula berdaun banyak. Daun-daunnya malar hijau dan seakan jarum dengan panjang 8-60 mm yang disusun dalam filotaksis lingkaran terbuka pada pucuk panjang, dan dalam kelompok lingkaran padat 15-45 keping daun pada pucuk pendek. Warna daun-daun ini berubah dari hijau terang rumput hingga ke hijau gelap hingga ke biru-hijau pucat, bergantung kepada ketebalan lapisan lilin putih yang melindungi daun daripada kekeringan. Kon benihnya berbentuk tong dengan ukuran sepanjang 6-12 sm dan selebar 3-8 sm, berwarna hijau yang matang menjadi kelabu keperangan, dan seperti dalam Abies, hancur apabila matang untuk melepaskan benih bersayapnya. Benih araz berukuran sepanjang 10-15 mm, dengan sayap sepanjang 20-30 mm, seperti dalam Abies, benih mempunyai dua atau tiga lecetan mengandungi resinnya yang merengsakan sebagai mekanisme pertahanan daripada dimakan tupai. Tempoh matangnya kon mengambil satu tahun di mana pendebungaan berlaku pada musim luruh dan benih matang dilepaskan pada masa yang sama setahun kemudian. Kon debunga pokok berbentuk bujur lonjong berukuran 3-8 sm yang tumbuh pada akhir musim panas dan melepaskan debunganya pada musim luruh.[3]

TaksonomiSunting

Spesies dan subspesiesSunting

  • Cedrus deodara (syn. C. l. deodara) — deodar atau araz deodar, tumbuh asli di kawasan Himalaya Barat, daun berwarna hijau terang ke hijau pucat, 25–60 mm; kon mempunyai sisik berbatas
  • Cedrus libani — araz Lubnan, tumbuh asli di gunung-gunung MediterraneanTimur Dekat dan Turki; kon bersisik licin; dua (atau empat) subspesies:
    • C. l. libani — araz Lubnan, di gunung-gunung Lubnan, barat Syria dan tengah selatan Turki, berdaun hijau gelap ke biru-hijau pucat, 10–25 mm
    • C. l. stenocoma — araz Turki, di gunung-gunung barat Turki, berdaun biru-hijau pucat, 8–25 mm
  • Cedrus brevifolia — araz Cyprus (syn. C. l. brevifolia, C. libani var. brevifolia), di gunung-gunung Cyprus, berdaun biru-hijau pucat, 8–20 mm
  • Cedrus atlantica — araz Atlas (syn. C. l. atlantica), di pergunungan Atlas di Maghribi dan Algeria, berdaun hijau gelap ke biru-hijau pucat, 10–25 mm

EkologiSunting

Pokok araz disesuaikan dengan iklim pergunungan; pokok-pokok di kawasan Mediterannean menampung kerpasan musim sejuk (terutamanya dalam bentuk salji) dan kemarau musim panas, manakala di Himalaya barat pula menerima hujan monsun musim panas.

Pokok-pokok ini digunakan sebagai makanan larva beberapa spesies Lepidoptera termasuk Thaumetopoea pityocampa dan Agrotis segetum (dijumpai pada araz deodar).

KegunaanSunting

 
Kayu araz bukan sahaja berbau wangi, malah juga mempunyai warna dan ira yang menarik.

Kayu dan minyak araz diketahui mempunyai ciri menghalau rama-rama,[4] oleh itu kayu ini amat digemari dalam pembuatan peti dan almari untuk menyimpan pakaian kain wul. Walau bagaimanapun, spesies yang biasanya digunakan untuk peti dan almari di Amerika Utara adalah Juniperus virginiana, yang jauh berbeza daripada spesies araz sebenar (kekeliruan yang sama turut dialami dengan pokok spesies Thuja spp. ). Araz juga biasa digunakan untuk membuat pengasak kasut kerana cirinya yang menyerap lembapan serta menghilangkan bau dalam kasut.

RujukanSunting

  1. ^ "cedar - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 9 September 2017.
  2. ^ Farjon, A. (1990).
  3. ^ Frankis, M. & Lauria, F. (1994).
  4. ^ Burfield, Tony (September 2002). "Cedarwood Oils". www.users.globalnet.co.uk. Dicapai pada 24 August 2016.