Haji Azhari Haji Ismail adalah salah seorang pemimpin Melayu dalam parti DAP. Beliau pernah kalah semasa menentang bekas Menteri Kesihatan MCA, Datuk Chua Jui Meng pada PRU 2004 di Parlimen Bakri, Johor.

Beliau lahir pada 1952, di Muar, Johor. Bapanya Ismail bin Dato` Abdullah, merupakan bekas Ahli Jawatankuasa PAP Cawangan Muar pada tahun 1964-65. Azhari Ismail baru sahaja menamatkan kursus Diploma Eksekutif Pengajian Syariah di Universiti Malaya.

Kini membantu warga bandaraya di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bukit Bintang - Fong Kui Lun. Beliau mnjadi Pembantu Khas, Fong Kui Lun. Pejabat mereka di 532A, BT 3 1/2, Jalan Cheras,56100 Kuala Lumpur.

DAP parti berbilang kaum sunting

Azhari adalah keturunan Dato Onn Jaafar. Onn Jaafar mahu menjadikan UMNO sebuah parti yang berbilang kaum. Tetapi idea tersebut telah ditentang oleh UMNO. Semasa menetap di Seremban dulu, pengasas DAP, Dr Chen Man Hin berkempen dari rumah ke rumah termasuk masuk ke rumahnya. BN tidak berkempen dari rumah ke rumah. Dahulu beliau pernah menemui YB Lim Kit Siang yang baru sahaja dibicarakan di bawah Akta Hasutan 1948. Pada tahun 1979, Azhari menyertai DAP.

Beliau memohon kerjaya sebagai penterjemah / Setiausaha Politik kepada ahli Parlimen DAP Lee Lam Thye (-1990). Ketika itu beliau dikehendaki menterjemah 'on the spot' sebarang kenyataan media. Selepas itu Azhari bekerja dengan ahli parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun.

DAP dikatakan cauvinis Cina, perkauman, Malaysian Malaysia dan sebagainya. DAP dipersalahkan kerana Peristiwa 13 Mei, DAP anti-Islam, pro-Kristian dan sebagainya. Mereka lupa UMNO hanya memperjuangkan nasib orang Melayu. Orang UMNO bekerja jika ada orang ambil gambar. Mereka yang datang berjumpa dengan DAP adalah orang yang ‘desperate’ dengan UMNO-BN itu sendiri. Apabila DAP bawa hal ehwal Islam di Parlimen, kerajaan tidak menjawab. Contohnya isu tanah wakaf di Kuala Lumpur. Di Pulau Pinang, DAP memperkenalkan CAT (cekap, akauntabel, telus) dan menjadi catalist kepada pemikiran orang Melayu.

Terdapat beberapa pemimpin Melayu dalam DAP. Antaranya ialah Ahmad Nor, Ahmad Ton, Zulkifli Mohd Noor, Zainal Rampak, Daing Ibrahim Othman, Mohd Nor Jettey, Ibrahim Singgeh (Tapah Road), Hassan Ahmad (Si Rusa), Mohd Salleh Nakhoda Itam, Fadzlan Yahya, Mohamad Asri Othman, Abu Bakar Lebai Sudin dan Abdul Muluk Daud . Baru-baru ini, dua veteran UMNO, blogger Aspan Alias dan Datuk Mohd Ariff Sabri Aziz menyertai DAP. Mereka kena ikut perjuangan, konsep, peraturan dan budaya DAP dan turun padang bertemu rakyat. [1]

Tak pernah ahli DAP kata, “Azhari, mari kita makan babi, mari kita minum ke”, tak ada dan tak pernah. Bila saya ikut mereka dan tiba waktu solat, mereka kata, “Eh, Azhari, dah tiba waktu solat, mana mahu berhenti? Di masjid mana? Tak pe, kita tunggu”. Bila makan bungkus, mereka mencari makanan yang halal untuk saya. Mereka sentiasa hormat kepercayaan saya dan menjaga saya. Untuk parti-parti lain di sana, saya tak tahulah macam mana pula. Bukannya masuk DAP ni mereka akan kafirkan kita, tidak sama sekali. Namun demikian, kita kena jagalah amalan kita sebagai orang Islam. Beliau sendiri telah bertanya kepada Datuk Mufti Wilayah Persekutuan, apakah hukum bagi orang Islam macam saya ini menjadi ahli DAP dan berkerja dengan DAP – beliau menjawab bahawa ia adalah harus.

Parlimen Bukit Bintang sunting

Azhari Ismail dilantik sebagai AJK DAP Bukit Bintang dan menjaga undi pos tentera dan askar. Terdapat 5000 undi pos dan banyak menyebelahi DAP. Mereka buat bantahan di mahkamah tapi mereka kalah. Pengundi bandar seperti Kuala Lumpur lebih cenderung kepada Pakatan Rakyat. Mereka 'anti-astablishment'. Johor dianggap frontline state.[2]

Rujukan sunting