The Tales of Beedle the Bard

Buku / Novel
The Tales of Beedle the Bard
Siri -
Pengarang Asal Joanne Kathleen Rowling
(J. K. Rowling)
Penterjemah Tidak diketahui
ISBN -
Kod Buku -
Saiz -
Genre Tidak diketahui
Terbitan Bloomsbury Publishing PLC
(UK dan Kanada)
Scholastic Press
(Amerika Syarikat)
Amazon.com
(Edisi Pengumpul}
Negara Tidak diketahui
Bahasa Bahasa Inggeris
Tahun Keluaran 2008
Bilangan Muka Surat 157 (Edisi Tulisan Tangan)
Harga Tidak diketahui


The Tales of Beedle the Bard atau (Kisah Beedle Si Pujangga) merupakan sebuah buku cerita kanak-kanak yang disebutkan dalam Harry Potter and the Deathly Hallows. Selepas penerbitan Deathly Hallows, Rowling mengarang dan menerbitkan edisi terhad bagi tajuk yang sama dengan yang dipaparkan dalam Deathly Hallows; satu salinan telah dilelong pada harga £1.95 juta.[1][2]

Dalam siri sunting

Dalam wasiat beliau, Albus Dumbledore telah meninggalkan satu salinannya kepada Hermione Granger, menyatakan yang Hermione mungkin akan mendapati yang buku itu "menghiburkan dan membina". Buku tersebut mengandungi cerita kanak-kanak yang sering diceritakan kepada kanak-kanak masyarkat sihir seperti Ron Weasley. Memandangkan Harry Potter dan Hermione dibesarka oleh Muggle, mereka berdua tidak pernah mendengar cerita tersebut.

Buku tersebut mempunyai satu kisah yang bertajuk "The Tale of the Three Brothers" (Kisah Tiga Bersaudara). Di atas cerita tersebut terdapat simbol misteri iaitu logo "Azimat Maut". Harry dan Hermione mengecamnya di salah satu perkuburan keluarga Peverell. Xenophilius Lovegood menerangkan bahawa Azimat Maut merupakan hadiah dari Kematian kepada adik-beradik Peverell.

Edisi sunting

Edisi buatan tangan sunting

Pada penghujung tahun 2007, Rowling menyiapkan buku yang bertajuk The Tales of Beedle the Bard, yang mempunyai lima kisah seperti yang tersenarai di bawah. Beliau menulisnya sebagai tanda perpisahan kepada siri buku Harry Potter.[3] Hanya tujuh salinan buku telah dibuat, seuanya bertulisan tangan dan dilukis oleh Rowling. Setiap naskah berbalutkan kulit dan bertatahkan perak serta permata murah. Salah satu salinan, edisi "batu bulan",[4] telah dilelong pada 13 Disember 2007 untuk mengumpul duit bagi The Children's Voice, satu badan kebajikan yang membantu kanak-kanak kurang upaya d Eropah. Dianggarkan hampir £50,000, buku tersebut dimiliki oleh pemenang bidaan sebanyak £1,950,000 oleh pengedar seni halus London, Hazlitt Gooden dan Fox[5][6] bagi pihak Amazon.com.[7] Salinan lain diberikan oleh Rowling kepada kenalannya sebagai hadiah.[8]

Edisi awam sunting

Sama seperti buku Fantastic Beasts and Where to Find Them dan Quidditch Through the Ages yang telah disebut di dalam novel siri Harry Potter yang telah dihasilkan ke dalam dunia sebenar, buku The Tales of Beedle the Bard akan dihasilakn dalam dua edisi iaitu edisi awam dan edisi terhad akan memaparkan komen dan nota kaki dari Albus Dumbledore, Pengetua Hogwarts dan juga dari salah seorang watak utama dalam siri tersebut. Edisi piawai juga akan menampilkan ilustrasi yang telah dihasilkan dalam edisi tulisan tangan yang telah dilelong pada Disember 2007, dan juga pengenalan dari pengarang. Edisi penggumpul terhad menampilkan 10 ilustrasi dari J.K Rowling yang tidak pernah diterbitkan dalam edisi piawai atau edisi original buatan tangan. Selain daripada itu, turut disertakan pengenalan dalam bentuk tulisan tangan pengarang bagi setiap pembelian objek termasuklah replika batu permata dan juga reben zamrud.[9][10]

Kandungan sunting

 
Buku The Tales of Beedle the Bard edisi terhad.

Di dalam buku Harry Potter dengan Azimat Maut hanya empat kisah sahaja yang telah di sebut kecuali kisah The Warlock's Hairy Heart .

  • "Babbitty Rabbitty and her Cackling Stump" (Si Arnab Babbity dengan Tunggul Berketuk-Ketak)
  • "The Fountain of Fair Fortune" (Air Pancut Limpahan Kekayaan)
  • "The Tale of the Three Brothers" (Kisah Tiga Beradik)
  • "The Warlock's Hairy Heart" (Jantung Ahli Sihir yang Berbulu)
  • "The Wizard and the Hopping Pot" (Ahli Sihir dengan Periuk Melompat)

Prakata sunting

Di dalam edisi "moonstone edition" (edisi batu bulan), yang telah dilelong lewat tahun 2007, di dalam prakatanya, J. K. Rowling telah menyebut tentang enam lagi buku yang telah diberi sebagai hadiah kepada "to those most closely connected to the Harry Potter books during the past seventeen years" ("mereka yang rapat dengan siri Harry Potter semenjak 17 tahun yang lalu"). Rowling juga menyatakan dalam buku ketujuh ini bahawa buku ini adalah untuk dijual dan keuntungannya akan digunakan untuk "who are in a desperate need of a voice" ("kanak-kanak yang memerlukan pihak yang bersuara"). Rowling juga mengucapkan terima kasih kepada pembeli buku ini.

Prakata juga ada ditulis dalam enam buku yang lain yang setiap satunya adalah berbeza.[11]

Isi Kandungan sunting

Babbitty Rabbitty and her Cackling Stump sunting

 
Gambar bab "Babbitty Rabbitty and Her Cackling Stump"

Pada suatu masa dahulu, di suatu kawasan tanah yang jauh terasing, seorang Raja telah membuat keputusan untuk menyimpan segala kuasa sihir yang ada di dunia ini hanya untuk dirinya sahaja. Dalam usaha baginda untuk mendapatkan semua kuasa sihir itu, baginda perlu mengumpul semua para ahli sihir di dunia ini sama ada lelaki atau perempuan dengan membentuk sebuah Pasukan Penangkap Ahli Sihir yang mempunyai sekumpulan anjing liar. Tetapi, baginda terpaksa belajar terlebih dahulu cara menggunakan sihir, oleh itu baginda telah menyeru sesiapa yang mempunyai kuasa sihir untuk mengajar beliau. Walaubagaimanapun, tiada yang mahu tampil ke hadapan hingga munculnya seorang Muggle yang berpura-pura menjadi seorang ahli sihir yang cuba mengajar Raja itu cara menggunakan sihir itu sedangkan beliau tidak mempunyai ilmu untuk menggunakan sihir.

Tidak lama kemudian, Muggle itu telah meminta upah dan harta atas tunjuk ajar beliau, dan beliau telah menyimpan segala upah itu di sebuah rumah yang kecil. Babbitty, tukang cuci Raja telah bersembunyi dan memerhati perbuatan Muggle ketika Muggle itu telah mematahkan dua ranting dari sebatang pokok dan berpura-pura konon-kononnya kedua-dua batang ranting itu adalah tongkat sakti.

Sementara Raja dan Muggle itu sedang berlatih, mereka terdengar Babbitty sedang ketawa berdekah-dekah dari kotejnya. Hal ini menyebabkan Raja itu murka lalu berkata bahawa baginda akan menunjukkan kemahiran baru beliau di hadapan Muggle tersebut. Walaubagaimanapun, Muggle itu cuba untuk melarikan diri dengan berkata bahawa tidak dapat membantu Raja itu dan beliau mempunyai perkara untuk diselesaikan di bandar. Tetapi, Raja itu telah mengugut bahawa beliau akan menghantar tentera baginda untuk mengejar Muggle tersebut dan jika ada sesiapa yang mentertawakan baginda ketika cuba menghasilkan sihir, kepala Muggle tersebut akan dipenggal. Muggle itu kemudiannya menuju ke rumah Babbitty dan menyiasat beliau yang akhirnya mendapati bahawa Babbity adalah seorang ahli sihir yang sebenar. Beliau telah meminta bantuan ahli sihir tersebut jika tidak, beliau akan melaporkan perkara tersebut kepada Raja.

Tanpa dapat berkata apa-apa, Babbitty bersetuju untuk membantu Muggle tersebut. Beliau berkata kepada Babbitty bahawa Babbitty perlu bersembunyi di celah semak-samun keesokannya, dan akan cuba membuat yang kononnya Raja itu sedang membuat sihir yang sebenar. Semasa sedang mengadakan persembahan, Raja itu telah mengilangkan sebuah topi, mengapungkan seekor kuda, walaubagaimanapun ketika salah seorang penonton bertanya jika Raja itu mampu menghidupkan anjingnya yang sudah mati, Raja itu gagal dalam percubaanya. Babbitty tidak mampu berbuat apa-apa kerana beliau tidak tahu sebarang sihir yang mampu menghidupkan benda yang telah mati. Para penonton telah mentertawakan baginda, dan baginda ingin tahu bagaiamana sihir beliu tidak berkesan. Muggle itu telah menunjuk ke arah semak dan berkata bahawa terdapat seorang ahli sihir yang jahat sedang menghalang sihir tersebut. Babbitty segera melarikan diri, dan apabila anjing-anjing yang dihantar untuk mengejar beliau, Babbitty terus "hilang", menyebabkan anijing-anjing itu menyalak pada sebatang pokok.

Muggle itu berkata bahawa Babbitty telah menjadi sepohon crabapple, dan pokok tersebut perlu ditebang. Para penonton mula resah, lalu pokok itu ditebang. Semasa jumlah penonton mula berkurangan, mereka terdengar bunyi mengilai dari batang tunggul pokok yang telah ditebang tadi dan Babbitty memberitahu para penonton yang tinggal dengan berkata bahawa ahli sihir sebenar tidak akan dapat dibelah kepada dua bahagian, dan mereka perlu membelah Muggle itu sebagai bukti. Muggle itu akhirnya mengaku bahawa beliau merupakan seorang penipu dan beliau akan membuat permintaan kematian keatas dirinya bagi setiap ahli sihir yang dicederakan. Babbitty kemudiannya telah membuat permintaan untuk sebuah tugu didirikan sempena beliau sebagai peringatan kepada mereka atas apa yang telah terjadi. Raja itu berjanji kemudian berjanji untuk melaksanakannya. Tidak lama kemudian, keluar seekor arnab tua dari tunngul pokok tersebut dengan sebatang tongkat sakti di mulutnya, dan didapati bahawa beliau merupakan seorang animagus yang akhirnya meninggalkan kerajaan itu. Maka, buat selama-lamanya terdapat sebuah tugu Babbitty di atas tunggul berkenaan.

The Fountain of Fair Fortune sunting

 
Gambar bab The Fountain of Fair Fortune

Terdapat sebuah taman sihir tersembunyi yang dilindungi oleh "kuasa sihir yang ampuh". Sekali dalam setahun, seorang yang "malang" akan dibenarkan untuk mencari jalan masuk ke Air Pancut, untuk bermandi di dalamnya, dan mendapat "nasib bertuah untuk sepanjang hayat."

Mengetahui bahawa ini adalah satu-satunya cara untuk mengubah hidup, mereka yang berkuasa sihir atau tidak mengembara dari serata pelusuk kerajaan untuk mendapatkan peluang untuk memasuki taman tersebut. Disinilah tiga orang ahli sihir perempuan telah bertemu dan berkongsi kisah duka masing-masing. Pertama ialah Asha, yang menhidapi "sejenis penyakit yang tiada Penyembuh mampu sembuhkan" yang berharap Air Pancut itu dapat mengembalikan kesihatannya. Kedua ialah Altheda, yang telah dirompak dan dimalukan oleh seorang ahli sihir. Beliau berharap Air Pancut itu mampu menyembuhkan perasaan putus asanya dan juga membasmi kemiskinannya. Ahli sihir ketiga, Amata, yang telah ditinggalkan oleh kekasihnya, berharap Air Pancut tersebut itu dapat menyembuhkan perasaan "kemurungan dan rasa ingin berteman" dirinya. Ketiga-tiga mereka berpendapat bahawa lebih baik mereka bekerjasama untuk mencari jalan ke Air Pancut tersebut. Pada cahaya yang pertama, satu rekahan di dinding telah timbul dan "Creepers" ("Makhluk Merayap") telah keluar dari celahan taman dan melilitkan tubuh mereka ke badan Asha, ahli sihir yang pertama tadi. Dia memegang Altheda yang ketika itu sedang memegang Amata. Namun, Amata yang turut terperangkap di dalam perisai seorang kesatria, menyebabkan keempat-empat mereka tadi termasuk Kesatria tadi turut tertarik ke dalam taman tersebut melalui dinding tadi setelah Makhluk Merayap tadi merentap Asha.

Memandangkan hanya seorang sahaja yang dibenarkan untuk mandi di dalam Air Pancut, dua ahli sihir yang pertama tadi kecewa dengan tindakan Amata yang turut menjemput seorang lagi pesaing. Kesatria itu yang tidak mempunyai sebarang kebolehan untuk menggunakan kuasa sihir yang mengenali ketiga-tiga wanita tadi sebagai ahli sihir, mengenalkan dirinya sebagai "Sir Luckless" dan ingin menarik diri daripada cabaran untuk mencari Air Pancut tersebut. Namun, Amata tetap bertegas untuk mengajak beliau masuk ke dalam kumpulan tersebut.

Dalam perjalanan ke Air Pancut, kumpulan itu telah menghadapi tiga cabaran. Pertama, mereka terpaksa menghadapi seekor makhluk "raksasa cacing putih, kembung dan buta" yang meminta "bukti kesakitan". Selepas beberapa cubaan menggunakan kuasa sihir dan cubaan lain yang tidak membuahkan sebarang hasil, Asha telah menangis kerana tertekan tanpa menyedari bahawa titisan air mata itulah bentuk “bukti kesakitan” yang dicari yang akhirnya berjaya memuaskan hati cacing tersebut, yang akhirnya membenarkan keempat-empat mereka untuk melangkah masuk. Kemudian, mereka terpaksa melalui satu tebing yang curam dan mereka telah diminta untuk membayar "hasil usaha". Kemudian, mereka diminta untuk memanjat bukit yang menyebabkan mereka mengambil masa berjam-jam. Akhirnya, usaha Altheda yang menyorak kumpulannya akhirnya terbalas apabila titisan peluh terutama dari keningnya dijadikan bayaran “hasil usaha”. Akhirnya mereka terpaksa melintasi satu sungai dan mereka telah diminta untuk membayar “harta masa lampau”. Pelbagai cubaan untuk timbul atau melintasi sungai itu tidak membuahkan sebarang hasil sehinggalah Amata terfikirkan satu usaha iaitu dengan menggunakan tongkat saktinya untuk membawa keluar ingatannya tentang kekasihnya yang telah meninggalkannya, lalu menitiskannya ke dalam sungai tersebut. Lalu batu tempat untuk berpijak timbul dan akhirnya kempat-empat mereka berjaya melintasinya untuk ke arah Air Pancut, di mana mereka mesti membuat keputusan siapa indvidu yang dapat mandi dengan Air Pancut tersebut.

Asha jatuh pitam akibat keletihan dan hampir mati. Beliau berada dalam keadaan yang amat sakit hingga tidak mampu untuk sampai ke Air Pancut dan telah merayu supaya kawan-kawannya tidak mengerakkan tubuhnya. Altheda dengan pantas membuat campuran posyen yang kuat dalam usaha untuk mneyegarkan tubuhnya semula, dan akhirnya campuran itu berjaya memyembuhkan penyakit yang dialaminya selama ini selain daripada keletihannya, dan kini beliau tidak lagi perlukan Air Pancut tersebut. Dengan berjaya menyebuhkan Asha, Altheda kini sedar bahawa beliau mempunyai kuasa untuk menyembuhkan orang lain dan satu cara baru untuk mendapat rezeki. Beliau kini tidak lagi perlukan air dari Air Pancut tersebut untuk menyembuhkan “perasaan putus asanya dan kemiskinannya”. Ahli sihir ketiga, Amata menyedari setelah beliau menhgapuskan ingatannya tentang kekasihnya, dia kini baru dapat melihat sikap sebenar bekas kekasihnya iaitu kejam dan tidak bertimbangrasa. Beliau mencadangkan supaya Sir Luckless yang patut diberi peluang atas keberaniannya. Kesatria itu yang tersentak dengan nasib baiknya jatuh merayu dalam baju zirahnya yang berkarat merayu Amata untuk menerimanya. Si Kesatria yang kini sedar akan keberaniannya, dan Amata yang kini sudah menaruh harapan dalam hati Kesatria itu kini sedar yang beliau sudah berjumpa dengan lelaki yang sesuai dengan dirinya. Keempat-empat kini dengan impian yang masing-masing telah tercapai, berlalu pergi bersama-sama tanpa menyedari bahawa Air Pancut itu sebenarnya tidak mempunyai sebarang kuasa sihir langsung.

The Tale of the Three Brothers sunting

Cerita ini adalah satu-satunya cerita yang telah dijelaskan dengan panjang lebar berbanding keempat-empat cerita yang lain, ia telah diterangkan dalam bab 21 buku Harry Potter dengan Azimat Maut. Bagi cerita ini, terdapat dua gambar bab yang digunakan iaitu tiga tengkorak dan yang di tengah terdapat simbol Azimat Maut di dahinya.

 
Ilustrasi pertama "The Tale of the Three Brothers".
Kisah ini mengisahkan tiga beradik yang mengembara bersama tiba di sebatang sungai yang sukar untuk diredahi. Mereka memunculkan satu jambatan ajaib merentangi sungat tersebut. Ketika di pertengahan jambatan, mereka bertembung dengan Maut yang marah kerana kehilangan tiga mangsa. Dia berpura-pura kagum dengan kebolehan mereka lalu mengatakan yang dia akan memakbulkan sebarang hajat yang dikehendaki mereka. Saudara yang tua meminta tongkat sakti yang tidak terkalahkan. Saudara yang tengah meminta kebolehan untuk memanggil mereka yang telah mati. Saudara yang bongsu sedar akan niat Maut itu dan meminta satu cara untuk mengelakkan Maut dari mengikutinya. Maut memberikan jubah halimunan. Selepas itu, tiga beradik itu berpisah.
Saudara yang tua, bangga dengan tongkat sakti berkuasanya, dirompak ketika tidur dan dibunuh. Saudara yang tengah menggunakan kebolehannya untuk memanggil wanita yang dicintainya, yang mati sebelum sempat dikahwininya. Walau bagaimanapun, dia tidak gembira untuk hidup kembali lalu saudara yang tengah itu membunuh diri untuk mengikut perempuan itu. Bagi saudara yang bongsu, Maut tidak dapat mencarinya, kerana dia sentiasa bersebunti dalam jubah tersebut. Setelah bertahun-tahun berlalu, saudara yang bongsu itu menanggalkan jubah itu dan menyerahkannya kepada anaknya. Bangga dengan pencapaiannya, dia menemui Maut sebagai kawan lama dan memilih untuk 'pergi' bersama-sama sebagai "setanding".

The Warlock's Hairy Heart sunting

 
Gambar bab The Warlock's Hairy Heart

Watak utama adalah seorang pemuda sihir yang muda, kaya, tampan, berkebolehan, namun melihat emosi sebagai satu jenis kelemahan, dan bercadang untuk menghalang dirinya daripada jatuh cinta dengan menggunakan Ilmu Hitam. Pemuda itu yang terlalu terbawa-bawa dengan sikapnya percaya bahawa dirinya wajar dicemburui oleh orang lain kerana kekuasaannya dan keteguhannya. Namun, pada suatu hari, beliau terdengar perbualan antara dua orang pembantunya. Salah seorang daripada pembantu berasa kasihan pada tuannya, manakala seorang lagi pula mempersendakan tuannya kerana tidak pernah mempunyai seorang isteri. Pemuda itu bercadang untuk mencari seorang wanita yang cantik, berbakat dan kaya supaya beliau dicemburui oleh orang lain.

Pemuda itu bertemu dengan wanita yang mempunyai sifat-sifat yang dicarinya. Wanita itu yang tertarik namun pada masa yang sama rasa kurang senang bersetuju untuk menghadiri jamuan makan yang diadakan di kediaman pemuda itu. Pemuda itu cuba untuk membuat wanita itu kagum termengkelan apabila wanita itu berkata bahawa beliau hanya akan percaya dengan kata-kata itu jika wanita itu menyangka pemuda itu mempunyai sebuah jantung. Lalu, pemuda itu membawa wanita itu turun ke kawasan penjara di mana terdapat satu bekas sihir yang menempatkan jantungnya yang masih berdegup.

Disebabkan terlalu lama berpisah dengan tuannya, ia telah mengecut dan berbulu. Wanita itu meminta pemuda itu meletakkan jantung itu semula ke dalam tubuhnya, dan pemuda itu terus melakukannya. Wanita itu yang gembira dengan tindakan lelaki itu terus memeluk tubuh lelaki tersebut. Namun, jantung itu yang berada dalam keadaan yang terlalu teruk kerana telah lama berpisah dengan badan menjadi semakin tenat akibat kewangian rambut wanita iitu dan kemulusan kulitnya yang menembusi jantung tersebut.

Para tetamu yang menghadiri jamuan itu mula tertanya-tanya di manakah penganjur. Lalu mereka mula mencari pemuda tersebut dan menjumpai pemuda itu di kawasan penjara. Pemuda itu sedang merangkak, sambil memegang-megang dan menjilat jantung milik wanita tadi sementara wanita itu terbaring dengan kesan luka di dadanya tidak bernyawa. Pemuda itu cuba untuk menukar jantung miliknya dengan jantung wanita itu. Namun, jantungnya yang kuat enggan membenarkannya. Disebabkan tidak mahu diperintah oleh jantung sendiri, membuat keputusan untuk membelah dadanya dan mencabut keluar jantungnya. Buat seketika, pemuda itu berada seperti di puncak kemenangan dengan sebuah jantung bagi setiap belah tangan sebelum jatuh mati di atas mayat wanita tadi.

The Wizard and the Hopping Pot sunting

 
Gambar bab The Wizard and the Hopping Pot

Kisah ini merupakan sebuah cerita mengenai jasa seorang tua yang dengan bermurah hati menggunakan kawahnya untuk mereneh posyen dan antidot yang digunakan untuk membantu orang lain yang datang meminta bantuannya. Semasa kematiannya, beliau meningggalkan semua harta milknya kepada satu-satunya anak tunggal lelakinya, yang malangnya tidak mewarisi sifat kemurahan hati ayahnya. Selepas kematian ayahnya, beliau telah menjumpai satu sepatu dengan nota dari mendiang ayahynya yang tertulis "Dengan harapan, anakanda tidak memerlukan ini lagi".

Terkilan kerana ditinggalkan tanpa sebarang harta kecuali sebuah kawah, anak itu akan menutup pintu bagi setiap tetamu yang datang bertandang untuk meminta bantuan. Tetamu pertama datang adalah seorang wanita tua yang cucunya dijangkiti ketuat. Selepas sahaja pintu ditutup, si anak terdengar bunyi dari dapur dan melihat kawah pemberian ayahnya mempunyai sebatang kaki yang ditumbuhi ketuat. Tetamu seterusnya adalah seorang lelaki tua yang datang dengan keldainya yang lapar yang tidak dapat bergerak untuk membantu lelaki tua itu unutk ke pasar untuk membeli barang makanan untuk keluarga orang tua itu yang sedang kelaparan. Sebaik sahaja si anak menuutup pintu kali ini, kawah itu mula membuat bunyi seperti keldai. Beberapa kejadian yang sama berlaku, sehinggalah si anak mengalah dan membuat keputusan untuk memanggil jiran-jirannya dan mula menawarkan bantuan sehinggalah beliau menyelesaikan semua masalah yang dihadapi jiran-jirannya sehinggalah kawah itu memuntahkan satu sepatu misteri yang anehnya sepadan dengan kaki kawah yang kini sunyi, dan kedua-dua si anak dan kawah itu berjalan ke arah matahari terbenam.

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-22. Dicapai pada 2007-12-25.
  2. ^ http://www.the-leaky-cauldron.org/2007/12/13/beedle-the-bard-sells-for-nearly-2m-pounds
  3. ^ "Rowling completes post-Harry Potter book". Associated Press. 2007-11-01. Dicapai pada 2007-11-26. Check date values in: |date= (bantuan)
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-17. Dicapai pada 2007-12-25.
  5. ^ http://news.bbc.co.uk/1/hi/entertainment/7142656.stm
  6. ^ Hand-written Rowling book sells for $3.9 mil, MSNBC, 2007-12-13, dicapai pada 2007-12-13 Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  7. ^ "Amazon purchase book". Amazon.
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan cnnHPOffshoot tidak disediakan
  9. ^ "The Tales of Beedle the Bard, Standard Edition". Amazon.com.
  10. ^ "The Tales of Beedle the Bard, Collector's Edition". Amazon.com.
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan rowling.com tidak disediakan

Lihat Juga sunting

Pautan luar sunting


Siri Harry Potter rekaan J. K. Rowling

The Sorcerer's/Philosopher's Stone buku filem
The Chamber of Secrets buku filem
The Prisoner of Azkaban buku filem
The Goblet of Fire buku filem
Order of the Phoenix buku filem  
The Half-Blood Prince buku filem  
The Deathly Hallows buku filem pertama dan kedua  

WatakTempatSihirSubjek - Objek - Makhluk - Buku