Tangkak

(Dilencongkan dari Bandar Tangkak)

Tangkak merupakan sebuah bandar di Daerah Tangkak, Johor, Malaysia. Tangkak merupakan sebuah penempatan yang telah lama dibuka, sebelum ia dibangunkan oleh Dato' Muhammad Salleh bin Perang, Dato' Bentara Luar [4] pada akhir kurun ke-19. Nama asal Tangkak sebelum itu adalah Chohong

Bandar Tangkak
تڠكاق
Bandar
Bendera Bandar Tangkak تڠكاق
Mohor rasmi Bandar Tangkak تڠكاق
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"[1]
Lagu:
Negaraku
Negara Malaysia
Negeri Johor
Daerah Tangkak
MukimTangkak
BandarTangkak
Pentadbiran
 • JenisMajlis Daerah Tangkak
 • Yang di-Pertua Majlis Daerah TangkakTuan Mohd Masni bin Wakiman [2]
Keluasan
 • Tanah147.18 batu persegi (381.2 km2)
Penduduk
 (Anggaran 2015)
 • Jumlah52,014 [3]
Poskod
84900
Kod kawasan+6069XXXXXX
Laman sesawangMajlis Daerah Tangkak

Tangkak memiliki 52,015penduduk *(Anggaran 2015)[5]

Sejarah sunting

Tangkak mula diterokai pada abad ke-19 oleh kumpulan orang-orang dari Pagar Ruyung yang mula membuka Cohong. Kedudukan Cohong di negeri Melaka adalah perkampungan yang berhampiran dengan Tangkak yang telah diterokai pada abad ke-18. Kumpulan yang membuka Tangkak telah menyusuri sebuah anak sungai di hulu Sungai Kesang mudik ke hulu menuju ke arah Gunung Ledang. Di tebing sebelah kiri sungai terdapat sebuah bukit. Mereka meredah hutan berpaya menuju ke bukit tersebut dengan merangkak melalui akar-akar dan rotan yang menjalar di hutan berpaya.

Setelah perkampungan berjaya dibuka, mereka sering berulang alik ke tempat asalnya Cohong dan apabila diajukan pertanyaan "Engkau duduk tang mana?", maka dijawabnya "Aku duduk tempat tang merangkak sana! Oleh kerana sering disebut perkataan "tempat merangkak" atau "tang merangkak" maka akhirnya diringkaskan menjadi sebutan Tangkak.


Pada tahun 1901, Kerajaan Johor mewujudkan sistem pentadbiran moden apabila Pusat Pentadbiran di Cohong dipindahkan ke bandar Tangkak. Taraf daerah diberikan dan pentadbirannya bergelar Pegawai Daerah. Ketika itu Negeri Johor mempunyai Sistem Pesuruhjaya Kerajaan yang mengetuai pentadbiran daerah yang besar dan Pegawai Daerah ditugaskan mentadbir daerah yang kecil.

Selepas tamat perang dunia kedua, sistem pentadbiran daerah telah diubah. Jawatan Pesuruhjaya Kerajaan telah dihapuskan dan Pegawai Daerah ditugaskan mentadbir Daerah Besar, manakala Penolong Pegawai Daerah mentadbir daerah kecil. Tangkak merupakan daerah kecil pada ketika itu.[6]

Kedudukan sunting

Bandar Tangkak juga berhampiran dengan Gunung Ledang yang merupakan pusat pelancongan dan mempunyai pemandangan yang indah dan air terjun yang jernih. Ia juga bersempadan dengan Jasin, Melaka dan lebih kurang 45 minit dari bandar Melaka. Dari Kuala Lumpur, Tangkak hanya kira-kira 2 jam perjalanan melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar ke Tol Tangkak dan belok ke kanan. Dan bandar Tangkak hanya kira-kira 3 minit dari Susur keluar tol. Ia terletak dalam daerah Tangkak.

Infrastruktur sunting

 
Arked Bandar Tangkak

Tangkak seperti bandar-bandar lain di Malaysia mempunyai sistem jalan raya yang baik dan mempunyai pelbagai kemudahan seperti sekolah, hospital dan pusat pendidikan seperti Kolej Matrikulasi Johor, Institut Latihan Perindustrian Sagil, Kolej Komuniti Ledangdan Pusat Kegiatan Guru Tangkak.

Tarikan utama sunting

Tangkak dikenali di kalangan penduduk tempatan dengan gelaran Syurga Kain atau Bandar Fabrik kerana mempunyai banyak kedai kain yang menjual pelbagai fabrik yang cantik. Memang tidak dapat dinafikan apabila menjejakkan kaki ke Tangkak, kita boleh lihat dari kiri dan kanan jalan dipenuhi dengan deretan kedai-kedai kain tersebut.

Pelancongan sunting

 
Masjid Jamek Tangkak

Bandar Tangkak hanya 17km dari Gunung Ledang yang merupakan gunung tertinggi di Johor. Gunung ini dapat dilihat dengan jelas dari mana-mana sudut bandar Tangkak. Gunung Ledang terkenal dalam lagenda Puteri Gunung Ledang.

Taman perumahan sunting

  • Kampung Baru 1
  • Kampung Baru 2
  • Taman Tangkak 2
  • Taman Sri Nilam
  • Kampung Payamas Dalam
  • Taman Gunung Emas
  • Taman Lagenda
  • Taman Damai
  • Taman Sialang
  • Taman Sri Ledang
  • Taman Maju Jaya
  • Taman Happy Garden
  • Taman Intan Tangkak
  • Taman CHI Ming
  • Taman Ikhtiari
  • Taman Tangkak Jaya 5
  • Kampung Padang Lerek 1
  • Kampung Padang Lerek 2
  • Taman Emas
  • Taman Anggerik
  • kampung sri mansor
  • Taman Mega Mas
  • Kampung Sri Makmur
  • Kampung Anjung Batu
  • Kampung Bukit Banjar
  • Kampung Solok
  • Kampung Anjung Batu
  • Taman Mega Ria Fasa 2
  • Kampung Pengkalan Besar
  • Kampung Bukit Kecil
  • Bandar Baru Tangkak
  • Kampung Dok 1
  • Kampung Dok 2
  • Kampung Dok 3
  • Kampung Baru Bekoh
  • Kampung Bekoh
  • Taman Pemanis

Pekan berhampiran sunting

Lihat juga sunting

  • Muar - Daerah asal sebelum di pecahkan menjadi daerah Ledang dan ditukarkan nama kepada Tangkak sebagai daerah ke sepuluh.
  • Dewan Negeri Gambir

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Malaysian Flag and Crest from www.malaysia.gov.my". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-10. Dicapai pada 2013-08-13.
  2. ^ [1]
  3. ^ [2]
  4. ^ [The Plus Guide to Peninsular Malaysia, The West Coast and Central peninsular, with a Special Supplement for the East Coast States. PROJEK LEBUHRAYA UTARA_SELATAN BERHAD, 1996]
  5. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-05-18. Dicapai pada 2015-05-08.
  6. ^ Sejarah Tangkak