Barty Crouch Junior

(Dilencongkan dari Barty Crouch Jr)


Bartemius "Barty" Crouch Junior (dilahirkan pada 1963) merupakan watak rekaan dalam siri Harry Potter. Di dalam siri berikut, watak ini merupakan anak tunggal kepada pegawai Kementerian Sihir iaitu Barty Crouch. Beliau merupakan seorang ahli sihir yang bijak, memperoleh 12 P.S.B. ketika di Hogwarts. Beliau meninggalkan sekolah ketika kemuncak zaman kekuasaan pertama Lord Voldemort. Sehingga beliau dikenakan Ciuman Dementor pada 1995, beliau merupakan antara pengikut Voldemort yang paling setia.

Watak Harry Potter
Bartemius "Barty" Crouch Jr.
Barty Crouch Jr., dilakonkan oleh David Tennant,
Bartemius "Barty" Crouch Jr.
Jantina Lelaki
Warna rambut Perang
Warna mata Perang
Sekolah Tidak diketahui
kemungkinan Hogwarts
Keturunan Sihir
Dilakonkan oleh David Tennant
Kemunculan pertama Harry Potter and the Goblet of Fire (buku & filem)

Biografi sunting

Kesetiaan sebagai Death Eater sunting

Bapa beliau, yang berusaha untuk menangkap ahli sihir jahat dan menjadi Menteri Sihir, gagal untuk menumpukan perhatian kepada anaknya. Adalah mungkin ini menjadi sebab mengapa Crouch muda memilih kehidupan yang jahat. Selepas kejatuhan Voldemort buat kali pertama pada 1981, Barty turut tertangkap bersama Death Eater lain. Dia telah ditangkap bersama tiga lagi ahli sihir yang dituduh menyiksa pasangan Auror Frank dan Alice Longbottom dengan Sumpahan Cruciatus. Beliau dan Death Eater yang lain, (Bellatrix, Rodolphus, dan Rabastan Lestrange), di bawa ke muka pengadilan di hadapan Wizengamot, yang dikepalai sendiri oleh bapanya yang ketika itu jua merupakan ketua Jabatan Penguatkuasaan Undang-undang Sihir.

Barty bertegas mengatakan dia tidak bersalah, mendakwa dia hampir tertipu dan merayu kepada bapanya di hadapan seluruh Wizengamot (saksinya termasuk Rita Skeeter dan Albus Dumbledore) untuk membebaskannya dari sebarang tuduhan. Bartemius Crouch Sr. berada dalam keadaan tertekan untuk membawa semua Death Eater yang terlibat ke muka pengadilan. Beliau dikenakan hukuman oleh bapanya sendiri untuk berada di Azkaban seumur hidup ketika berumur 19 tahun.

Walau bagaimanapun, setahun kemudian, bapa beliau jugalah yang membebaskannya untuk memenuhi hajat ibunya yang hampir mati dengan menukar badan menggunakan Posyen Polijus. Ibunya mati tak berapa lama kemudian dan dikebumikan dengan menggunakan namanya.

Kurungan bapa sunting

Bapanya mengenakan sumpahan Imperius ke atasnya untuk mengawalnya daripada terlibat semula dengan kegiatan liarnya dulu. Maka, dia dipaksa untuk bersembunyi di bawah Jubah Halimunan setiap masa dan dijaga oleh elf rumahnya, Winky.

Malangnya, Bertha Jorkins, seorang pekerja Kementerian, mengetahui tentang hal ini apabila dia datang ke rumah Crouch tanpa pemberitahuan. Crouch Sr. cuba untuk menyelasaikan hal ini dengan menggunakan mantera pelupa tetapi disebabkan dia tidak mahir dalam jampi itu, Jorkin mengalami kerosakan otak.

Beberapa tahun kemudian, Peter Pettigrew yang di bawah arahan Voldemort, mengeluarkan maklumat ini dan berita tersebut sampai ke pengetahuan Lord Voldemort termasuklah berkenaan Kejohanan Ahli Sihir Trio yang akan dilakukan di Hogwarts. Maka, Voldemort membunuh Jorkins dan Kementerian mendakwa dia telah "hilang" berbulan-bulan lamanya.

Piala Dunia Quidditch sunting

Barty telah pergi ke Piala Dunia Quidditch dengan perlindungian Jubah Halimunan bersama Winky, iaitu dia duduk di kotak utama bersama Harry Potter dan Ron Weasley. Ketika perlawanan Quidditch, Barty bebas dari Sumpahan Imperius yang diletakkan bapanya. Akibat geram dengan tindakan bapanya, Barty membuat keputusan untuk membalas dendam, mencuri tongkat sihir Harry Potter yang dilihatnya. Beliau kemudian lepas dari pandangan Winky, yang takutkan ketinggian kotak utama hinggakan dia menutup matanya sepanjang perlawanan Quidditch.

Selepas Piala Dunia selesai, Barty menambahkan lagi huru-hara dan kekalutan yang sudahpun dibuat oleh beberapa orang Death Eater dengan menjelmakan Morsmordre di langit sekitar tapak perkhemahan. Disebabkan beliau menggunakan tongkat sakti Harry Potter untuk menjelmakan Tanda Kuasa Jahat, Harry telah disyaki. Walau bagaimanapun, satu-satunya yang dihukum malam itu ialah Winky, mangsa kemarahan Encik Crouch Sr. yang hilang kawalan terhadap anaknya.

Lord Voldemort menyelamatkan beliau dan mengenakan sumpahan Imperius pula ke atas bapanya. Lalu, beliau menculik Mad-Eye Moody dan menyamar sebagai Moody dengan bantuan posyen polijus.

 
Barty Crouch Jr. lakonan David Tennant dalam Harry Potter and the Goblet of Fire (filem)

Beliau mengambil alih tugas Moody yang sepatutnya mengajar Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam di Hogwarts. Kemudian, beliau sendiri telah membunuh ayahnya kerana sukar untuk menjalankan perancangannya disebabkan nama mereka yang sama.

Kejohanan Ahli Sihir Trio telah diadakan pada tahun itu dan dia harus memastikan Harry menang untuk memperoleh piala agar Harry dapat dihantar ke tanah perkuburan yang ditetapkan oleh Voldemort untuk menggunakan darahnya agar Voldemort dapat berkuasa semula. Rancangan Voldemort berjaya tetapi Harry dapat melarikan diri dari dibunuh.

Rahsia beliau telah terbongkar setelah keanehannya diketahui oleh Albus Dumbledore dan diberikan serum verita untuk menerangkan segalanya. Malangnya, kebenaran tidak sampai ke pihak kementerian apabila jiwanya disedut oleh Dementor. Tidak diketahui apa yang terjadi selepas itu, sama ada dia mati atau dikurung semula di Azkaban.

Lihat juga sunting