Batik
Batik (Jawi dan Pegon: باتيق, Hanacaraka: ꦧꦛꦶꦏ꧀ bathik) adalah seni tampak yang dikembangkan oleh Orang Jawa dari Pulau Jawa, Indonesia. Seni ini menerakan atau menandakan ("mencanting") corak pelbagai gaya menggunakan lilin pada kain yang kemudiannya diwarnakan meninggalkan kesan cantingan.[1][3][2]
![]() Motif Batik dari Surakarta di Jawa Tengah provinsi di Indonesia; seebelum 1997 | |
Jenis | Art fabric |
---|---|
Bahan | Kain, sutra, kapas |
Tempat asal | Indonesia[1][2] |
Batik | |
---|---|
![]() | |
Negara | Indonesia |
Domain | Traditional craftsmanship, oral traditions and expressions, social practices, rituals and festive events |
Rujukan | 170 |
Kawasan | Asia-Pasifik |
Sejarah inskripsi | |
Inskripsi | 2009 (sesi 4th) |
Senarai | Representative List |
![]() Written batik (batik tulis) and stamped batik (batik cap) |
Education and Training in Batik | |
---|---|
Negara | Indonesia |
Domain | Traditional craftsmanship, oral traditions and expressions, social practices, rituals and festive events |
Rujukan | 318 |
Kawasan | Asia-Pasifik |
Sejarah inskripsi | |
Inskripsi | 2009 (sesi 4th) |
Senarai | Register of Good Safeguarding Practices |
![]() Education and training in Indonesian Batik intangible cultural heritage for elementary, junior, senior, vocational school and polytechnic students, in collaboration with the Batik Museum in Pekalongan |
Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik. Batik terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya ialah batik tulis, batik skrin, batik celup, dan batik terap.[4] Batik pesisir pantai Indonesia buatan pulau Jawa mempunyai sejarah akulturasi, campuran budaya asli dan asing. Ia adalah model yang lebih baru berbanding dengan batik pedalaman, dan ia menggunakan lebih banyak warna, walaupun coraknya tidak begitu rumit. Ini kerana batik pedalaman pernah dibuat oleh pakar terpilih yang tinggal di kawasan istana, manakala batik pantai boleh dibuat oleh sesiapa sahaja.[5]
Batik ialah tradisi pencelupan tahan lilin kain purba di Jawa, Indonesia.[6][7] Seni batik paling maju di dunia masih dibuat di sana. Di Jawa, semua bahan untuk proses itu sedia ada – kapas dan lilin lebah serta tumbuhan yang menghasilkan pewarna sayuran yang berbeza.[8] Batik Indonesia mendahului rekod bertulis: G. P. Rouffaer berpendapat bahawa teknik itu mungkin telah diperkenalkan pada abad ke-6 atau ke-7 dari India atau Sri Lanka.[9] Sebaliknya, ahli arkeologi Belanda J.L.A. Brandes dan ahli arkeologi Indonesia F.A Sutjipto percaya batik Indonesia adalah tradisi asli, kerana beberapa wilayah di Indonesia seperti Toraja, Flores, dan Halmahera yang tidak langsung dipengaruhi oleh agama Hindu, telah membuktikan tradisi pembuatan batik juga.[10]
Batik sangat penting bagi orang Indonesia dan ramai orang memakainya untuk acara rasmi atau santai. Batik biasa digunakan oleh masyarakat Indonesia dalam pelbagai ritual, upacara, tradisi, perayaan, malah dalam kegunaan harian.
Hari ini, Batik telah menjadi sebahagian daripada budaya dunia terutama di Nusantara, dan sejak lama, merangkumi negara-negara Asia Tenggara.
Batik Indonesia, yang dianggap sebagai keseluruhan teknik, teknologi, serta pengembangan motif dan budaya batik, telah ditetapkan oleh UNESCO sebagai Warisan Kemanusiaan untuk Budaya Lisan dan Nonbendawi (Masterpieces of the Oral and Intangible Heritage of Humanity) sejak 2 Oktober 2009.[11]
Pada masa ini, terdapat corak-corak baru yang dikenali sebagai batik moden bagi memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa berubah-ubah, tetapi batik tradisi turut dihasilkan di samping itu.
EtimologiSunting
Perkataan ini berasal daripada bahasa Jawa: ꦲꦩ꧀ꦧꦛꦶꦏ꧀ , translit. ambathik hasil lakuran kata ꦲꦩ꧀ꦧ amba bererti "lebar" atau "luas" (merujuk kepada kain dicanting) dan ꦤꦶꦛꦶꦏ꧀ nithik yang bererti "membuat titik"[12][13][14] selanjutnya membawa maksud "menghubungkan titik-titik menjadi gambar tertentu pada kain yang luas atau lebar".[15]
PembudayaanSunting
Baju batik di IndonesiaSunting
Pada awalnya baju batik kerap dikenalkan pada acara acara rasmi untuk menggantikan baju jas. Tetapi dalam perkembangannya pada masa Order Baru, baju batik juga mulai dipakai sebagai pakaian rasmi pelajar sekolah (kecuali sekolah menengah kejuruan kerena biasanya memakai baju praktek) dan pegawai negeri (batik Korpri) yang menggunakan seragam batik pada hari Rabu dan Khamis. Perkembangan selanjutnya, batik mulai bergeser menjadi pakaian seharian terutama digunakan oleh kaum wanita. Pegawai swasta biasanya memakai batik pada hari Khamis atau Jumaat.
Tetapi khusus untuk wilayah Riau dan Kepulauan Riau, penggunaan pakaian pada hari Rabu dan Khamis biasanya memakai Baju Kurung.
Baju batik di MalaysiaSunting
Mulai 17 Januari 2008, semua kakitangan awam lelaki di Malaysia dikehendaki memakai baju batik Malaysia pada setiap hari Khamis. Sebelum ini peraturan memakai baju batik hanya pada hari Sabtu sahaja. Hari pemakaian baju batik ini kemudiannya diubah kepada 1 hari bulan dan 15 hari bulan. Akan tetapi, orang ramai mudah lupa menyebabkan pengembalian semula kepada sistem lama berdasarkan hari.[16]
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ a b "Indonesia Batik". UNESCO. Dicapai pada 21 October 2019.
- ^ a b "Batik". Merriam-Webster. Dicapai pada 2 January 2021.
- ^ "Batik". Cambridge. Dicapai pada 2 January 2021.
- ^ Sucheta Rawal (4 October 2016). "The Many Faces of Sustainable Tourism – My Week in Bali". Huffingtonpost.
- ^ Sari, Yuslena; Alkaff, Muhammad; Pramunendar, Ricardus Anggi (2018-06-26). "Classification of coastal and Inland Batik using GLCM and Canberra Distance". AIP Conference Proceedings. 1977 (1): 020045. Bibcode:2018AIPC.1977b0045S. doi:10.1063/1.5042901. ISSN 0094-243X.
- ^ Robert Pore (12 February 2017). "A unique style, Hastings artist captures wonder of crane migration". The Independent.
- ^ Sucheta Rawal (4 October 2016). "The Many Faces of Sustainable Tourism – My Week in Bali". Huffingtonpost.
- ^ "Batik in Java". The Batik Guild. Dicapai pada 29 April 2014.
- ^ Nadia Nava, Il batik – Ulissedizioni – 1991 ISBN 88-414-1016-7
- ^ Iwan Tirta, Gareth L. Steen, Deborah M. Urso, Mario Alisjahbana, 'Batik: a play of lights and shades, Volume 1', By Gaya Favorit Press, 1996 ISBN 979-515-313-7 ISBN 978-979-515-313-9[halaman diperlukan]
- ^ "Indonesia Batik". UNESCO. Dicapai pada 21 October 2019.
- ^ "Indonesia Batik". UNESCO. Dicapai pada 21 October 2019.
- ^ The Jakarta Post Life team. "Batik: a cultural dilemma of infatuation and appreciation". The Jakarta Post.
- ^ "Pengertian Batik". Primus Supriono. Dicapai pada 2 January 2021.
- ^ Poerwadharminta, WJS. Bausastra.
- ^ Peraturan baru pakaian batik bagi kakitangan awam, Bernama
- Pogadaev, Victor (2002). "The Magic of Batik" in "Vostochnaya Kollektsiya" (Oriental Collection), Spring 2002, p. 71-74.
Pautan luarSunting
- Katalog Tapak Web Batik Indonesia Diarkibkan 2007-09-28 di Wayback Machine
- (Inggeris) Batik-batik bersejarah
- Luwes Group Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine
- Warisan Budaya Malaysia Diarkibkan 2006-09-01 di Wayback Machine
- Arsitek Punca Cipta Diarkibkan 2006-07-10 di Wayback Machine
- Batik Belanda Diarkibkan 2006-08-10 di Wayback Machine
- Model Baju Batik