Manjung
Manjung merupakan sebuah daerah di negeri Perak. Daerah ini mempunyai keluasan dan 1,113/58 kilometer persegi dan mempunyai penduduk seramai 192 ribu orang. Manjung merupakan antara empat daerah di Perak yang mempunyai perairan laut. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Seri Manjung manakala Sitiawan menjadi bandar terbesar.
Manjung منجوڠ | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Perak |
Daerah | Manjung |
Pusat | Seri Manjung |
Bandar terbesar | Sitiawan |
Pihak berkuasa tempatan | Majlis Perbandaran Manjung |
Pentadbiran | |
• Datuk Bandar | Yaakop bin Fakir Mohd PCM., AMP., PJK. |
Keluasan | |
• Jumlah | 1,113.58 km2 (429.96 batu persegi) |
Penduduk (2020) | |
• Jumlah | 246,977 |
• Kepadatan | 220/km2 (570/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Poskod | 320xx-325xx, 327xx, 349xx |
Kod panggilan | +6-05 |
Plat pendaftaran kenderaan | A |
Bunga | Bunga Loceng |
Laman sesawang | mpm.gov.my |
Sejarah
suntingDaerah Manjung sebelum tahun 1973 dikenali sebagai Daerah Dindings. Daerah ini pernah menjadi sebahagian dari Negeri Selat yang pada ketika itu daerah ini berada dibawah pentadbiran Pulau Pinang. Daerah Dindings telah menjadi sebahagian dari Pulau Pinang sebaik sahaja Perjanjian Pangkor ditandatangani oleh pihak Britain dengan Raja Muda Abdullah. Perjanjian ini ditandatangani bagi menghentikan pertumpahan darah akibat dari 2 peristiwa utama iaitu perebutan takhta di antara kerabat diraja Perak sebaik sahaja kemangkatan Sultan Jaafar dan peperangan diantara Puak Ghee Hin dan Hai San di Larut untuk merebut kawasan perlombongan bijih timah di Jajahan Larut Taiping.
Sebagai syarat perjanjian tersebut, Sultan Perak perlu menerima seorang Residen British iaitu Sir J.W.W. Birch, menyerahkan Jajahan Dindings kepada British, perlantikan penolong Residen di Taiping iaitu Kapten Speedy di Matang dan Sultan Ismail diturunkan dari takhta Perak.
Semasa era penjajahan Inggeris, Jajahan Dindings merangkumi 3 kawasan utama iaitu Bandar Sitiawan, Bandar Lumut dan Pulau Pangkor sahaja. Walau bagaimanapun pada tahun 1937, setelah hampir 10 tahun Sultan Perak pada ketika itu iaitu Sultan Alang Iskandar telah merayu kepada British agar Jajahan Dindings dikembalikan ke pangkuan Perak dan British telah menyerahkan kembali pada tahun berkenaan. Alasan utama baginda, Perak tidak mempunyai kawasan berpantai. Setelah penyerahan Jajahan Dindings, Kerajaan Perak telah menyatukan jajahan berkenaan dengan Bruas dan kawasan - kawasan persisiran pantai bahagian selatan. Pada tahun 1973, Daerah Dindings telah diberi nama baru iaitu Daerah Manjung dan nama berkenaan berkekalan sehingga kini.
Pecahan pentadbiran
suntingDaerah Manjung terbahagi kepada lima buah mukim, sebuah bandar dan 15 pekan;[2]
Demografi
suntingTahun | Pend. | ±% |
---|---|---|
1970 | 127,861 | — |
1980 | 143,610 | +12.3% |
1991 | 168,331 | +17.2% |
2000 | 191,132 | +13.5% |
2010 | 227,071 | +18.8% |
2020 | 246,977 | +8.8% |
Pada tahun 2020, jumlah penduduk di daerah Manjung seramai 246,977 orang. Daerah ini mempunyai kepadatan penduduk 219 orang perkilometer persegi iaitu kepadatan penduduk padat. Mukim Sitiawan mencatatkan jumlah penduduk paling tinggi iaitu 118,868 orang. Majoriti penduduk merupakan Bumiputera iaitu 58.1 peratus dari keseluruhan penduduk. Majoriti penduduk juga beragama Islam iaitu 56.2 peratus dari keseluruhan penduduk.[3]
Kaum | Jumlah penduduk | Peratus |
---|---|---|
Bumiputera | 133,517 | 58.1 |
Cina | 65,855 | 28.7 |
India | 29,417 | 12.8 |
Lain-lain | 823 | 0.4 |
Agama | Jumlah penduduk | Peratus |
---|---|---|
Islam | 138,851 | 56.2 |
Buddha | 55,177 | 22.3 |
Hindu | 28,322 | 11.5 |
Kristian | 10,447 | 4.2 |
Lain-lain | 5,821 | 2.4 |
Tidak diketahui | 7,316 | 3.0 |
Tidak beragama | 1,043 | 0.4 |
Rujukan
sunting- ^ "Rancangan Struktur Negeri Perak 2040" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-03-28. Dicapai pada 2019-12-06.
- ^ http://www.mygeoportal.gov.my/sites/default/files/dokumen_upi/KOD%20DAN%20NAMA%20SEMPADAN%20PENTADBIRAN%20TANAH_PERAK.pdf
- ^ https://www.dosm.gov.my/mycendash/
Pautan luar
sunting