Dia Isteri Luar Biasa (drama)
Dia Isteri Luar Biasa adalah drama Melayu adaptasi daripada novel Dia Isteri Luar Biasa, karangan Umie Nadzimah, terbitan Pena Creative Sdn. Bhd. dan ditayangkan di TV3 pada 2015.[1]
Dia Isteri Luar Biasa | |
---|---|
Genre | Drama Cinta |
Ditulis oleh | Umie Nadzimah |
Pengarah | Jamal Khan |
Dibintangi oleh | Shukri Yahaya Nur Fathia Keith Foo Siti Elizad Ziela Jalil |
Lagu pembukaan | Potret oleh Akim & The Majistret |
Lagu penutup | Tak Pernah oleh Nur Fathia & Shukri Yahaya |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan episod | 26 |
Penerbitan | |
Penerbit | Ziela Jalil |
Lokasi | Malaysia |
Tempoh siaran | 1 jam |
Syarikat penerbitan | Pena Creative Pictures |
Syarikat pengedaran | Primeworks Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Julung kali ditayangkan di | Malaysia |
Siaran asal | 18 Mei 2015 – 30 Jun 2015 |
Status | Tamat |
Kronologi | |
Mengikuti | Hati Perempuan |
Diikuti oleh | Syurga Nur |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Drama ini dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Nur Fathia sebagai watak utama.
Sinopsis
suntingDia Isteri Luar Biasa mengisahkan tentang kehidupan Dewi Yusra (Nur Fathia) yang merupakan seorang feminisma yang memperjuangkan hak-hak wanita teraniaya, seperti wanita yang didera dan dipukul suami dan diceraikan. Ini adalah kerana, Dewi sendiri melihat ibunya didera dan dipukul oleh ayahnya ketika dia kecil. Ibunya kemudiannya diceraikan oleh ayah Dewi dengan talak tiga. Setelah kematian ibunya, Dewi telah mengembangkan perniagaan nasi ayam yang diasaskan oleh ibunya ke 25 cawangan lain di seluruh negara. Dewi mempunyai trauma terhadap hujan ribut dan bunyi petir, kerana dia sering teringat tentang ibunya yang diceraikan dalam keadaan begitu, pada masa dahulu. Disebabkan kisah silam hidupnya, Dewi sukar untuk mempercayai mana-mana lelaki. Dia percaya, dia boleh hidup tanpa cinta dari seorang lelaki dan dia men-stereotype bahawa semua lelaki adalah sama seperti ayahnya.
Dewi bagaimanapun, ingin mencari suami sementara, kerana dia mahu mendapatkan anak. Dewi pernah mencuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan untuk mendapatkan anak sendiri, namun ditolak kerana menyalahi undang-undang. Sahabat baiknya, Kamarul juga pernah menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi, tetapi Dewi tidak mempunyai perasaan kepadanya. Nina, anak kawan baiknya Eda sering menjadi peneman dirinya, dan Dewi menganggapnya seperti anaknya sendiri.
Kehadiran Dr. Raden Amzar (Shukri Yahaya) dalam satu insiden lucu yang tidak disengajakan semasa mereka dalam penerbangan pulang ke Malaysia dari Heathrow, London, mengikat Dr. Raden Amzar untuk terus berada disisi Dewi. Disebabkan beg galas mereka yang tertukar ketika turun dari kapal terbang, Dewi bertemu semula dengan Dr. Raden Amzar. Dewi menjemputnya ke kedai nasi ayamnya dan menjamu Dr. Raden Amzar.
Seterusnya, Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi suami semantaranya. Apa yang dirancang berjalan lancar. Dewi dan Raden Amzar ditangkap khalwat dan terpaksa menikah secara rahsia. Mereka bernikah di Lombok dan mereka merahsiakan perkahwinan tersebut daripada keluarga Raden Amzar. Apabila keluarga Raden Amzar mengetahui tentang pernikahan mereka, Ummi Raden Amzar tidak dapat menerima menantunya, yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Walau bagaimanapun, persepsi Ummi kepada Dewi Yusra berubah setelah satu kejadian hujan ribut petir di rumahnya, yang menyebabkan Dewi Yusra memeluk Ummi dan Ummi menenangkan Dewi Yusra. Ummi kemudiannya menerima hakikat yang Dewi Yusra adalah jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah swt untuk anak keduanya itu. Ummi juga terpegun dengan sifat Dewi Yusra yang baik hati dan sopan-santun, walaupun Dewi Yusra tidak menutup aurat dengan sempurna.
Walaupun Dewi menganggap semua lelaki sama seperti ayahnya, Dr. Raden Amzar sangat berbeza dari yang dia sangkakan. Dr. Raden Amzar mengangkat martabat wanita yang digelarnya isteri. Ini adalah kerana, Dr. Raden Amzar mempunyai ilmu agama yang tinggi dan dia tidak seperti typical lelaki-lelaki melayu yang beranggapan isteri perlu membuat semua kerja-kerja rumah dan melayan suami. Dr. Raden Amzar sangat mencintai Dewi, walaupun Dewi cuma menikahinya untuk mendapatkan zuriat. Setelah beberapa lama bernikah, Dewi sudah sedikit-sedikit menyukai Dr. Raden Amzar, namun dia tidak mahu mengankui perasaannya.
Akhirnya Dewi disahkan mengandung, rancangan awal Dewi yang mahu meninggalkan Dr. Raden Amzar setelah mengandung gagal bila Dewi menerima alahan yang teruk. Dr. Raden Amzar sentiasa berada di sisi Dewi ketika isterinya dalam keadaan itu. Walaupun Dewi melayan Dr. Raden Amzar dengan kasar setelah dia mendapat tahu dia mengandung, Dr. Raden Amzar masih melayannya dengan baik. Dr. Raden Amzar mengupah salah seorang pelajarnya untuk menjaga Dewi ketika dia out-station. Dewi begitu merindukan Dr. Raden Amzar apabila lelaki itu tiada di sisinya. Cuma Dewi tidak mahu mengakui isi hatinya dan Dewi takut suaminya itu mungkin sama seperti ayahnya.
Pelakon
suntingPelakon | Watak | Penerangan |
---|---|---|
Nur Fathia | Dewi Yusra | Main female protagonist, Bercinta dengan Dr Raden Amzar |
Shukri Yahaya | Dr Raden Amzar | Main male protagonist, Bercinta dengan Dewi Yusra |
Keith Foo | Kamarul Bahrin / Cik Kam | Rakan karib Dewi Yusra, bercinta dengan Dr Akma |
Siti Elizad | Kak Long Zahra | Main villain, Isteri kepada Shariman dan kakak sulung Dr Raden Amzar |
Leez Rosli | Nurul Fatiha | Bekas tunang Raden Amzar, kemudiannya bercinta kepada Shariman |
Alex Yanz | Shariman | Suami kepada Kak Long Zahra, bermain kayu tiga dengan Nurul Fatiha |
Ziela Jalil | Umi Sakinah | Ibu kepada Kak Long Zahra dan Raden Amzar |
Nonny Nadirah | Eda | Main villain, kawan baik Dewi Yusra, kemudian mengkhianatinya, ibu Nina |
Pian Kepoh | Azam | Adik sepupu Raden Amzar |
Farzana Latiff | Nina | Anak kepada Eda, anak angkat kepada Dewi Yusra |
Nur Fatimah Faizal | Amani | Anak kepada Dewi Yusra |
Lagu Tema
suntingNo. | Tajuk | Artis | Masa | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Akim & The Majistret" | Potret | 4:41 | |||||||
2. | "Nur Fathia & Shukri Yahaya" | Tak Pernah | 4:07 | |||||||
Jumlah masa: 8:48 |
Rujukan
sunting- ^ Drama Dia Isteri Luar Biasa mcentralmy. Dicapai pada 30 Mac 2023.
Pautan luar
suntingTV3: Akasia, Isnin–Khamis, 6:55 petang | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Dia Isteri Luar Biasa | Berikutnya |
Hati Perempuan | Syurga Nur |