Metropolis (filem)

(Dilencongkan dari Filem Metropolis, 1927)

Metropolis adalah sebuah filem drama cereka sains Jerman tahun 1927 arahan Fritz Lang. Diterbitkan di Jerman sewaktu tempoh kestabilan Republik Weimar, penggambaran filem ini dijalankan di set yang mempunyai gambaran sebuah negara maju yang futuristik tetapi mengalami masalah distopia dan menggunakan konteks ini untuk mengenalpasti berkenaan krisis sosial diantara pekerja dan penggaji selari dengan kapitalisme, yang telah digambarkan oleh Karl Marx dan Friedrich Engels. Filem ini telah dibuat dalam Babelsberg Studios oleh Universum Film A.G. (UFA). Kos pembuatan filem ini memakan lebih kurang 4 juta reichsmark.[2]

Metropolis
Poster Tayangan Asli Terbitan Tahun 1927
PengarahFritz Lang
PenulisThea von Harbou
Fritz Lang
(Tidak Dipaparkan)
Dihasilkan olehErich Pommer
DibintangiAlfred Abel
Brigitte Helm
Gustav Fröhlich
Rudolf Klein-Rogge
SinematografiKarl Freund
Günther Rittau
Walter Ruttmann
Muzik olehGottfried Huppertz (Versi Asli)
Diedarkan olehUFA
Tarikh tayangan
Templat:Filmdate[1]
Masa tayangan
153 minit/24 paparan gambar/saat
NegaraTemplat:Filem Republik Weimar
Bahasa Filem Senyap
Sarikata Bahasa Jerman
Bajet5,100,000 Reichsmark (anggaran)

Filem Metropolis telah dipotong beberapa kali selepas tayangan perdananya di Jerman, dan kebanyakan rakaman yang telah dibuat telah hilang setelah hampir seabad. Terdapat usaha-usaha untuk memulihkannya, selain menjumpai beberapa rakaman terdahulu yang hilang.

Filem ini media filem pertama tersenarai telah dipahatkan dalam Warisan Ingatan Dunia UNESCO.[3][4]

Barisan pelakon sunting

Pemuliharaan sunting

Pemulihan Metropolis yang dijalankan pada tahun 2001 ditayangkan di Festival Filem Berlin.[3]

Pada tahun 2008, satu salinan filem ini sepanjang 30 minit lebih lama daripada yang diketahui telah dikenalpasti berada di Argentina. Setelah aktiviti pemulihan dijalankan di Jerman, filem yang telah dipulihkan kembali itu ditayangkan kepada umum buat pertama kali selepas tayangan perdananya di Berlin dan Frankfurt pada 12 Februari 2010. Peristiwa Friedrichstadtpalast telah ditayangkan secara langsung di skrin di Brandenburg Gate[6] dan juga di TV di Arte. Hari ini, Metropolis diingati sebagai salah satu filem terbaik yang telah dihasilkan, dan pencapaian terbaik hasil karya Fritz Lang sebagai pengarah.[perlu rujukan]

Rujukan sunting

  1. ^ Kreimeier, Klaus (1999). The Ufa story: a history of Germany's greatest film company, 1918–1945. Berkeley: University of California Press. m/s. 156. ISBN 0520220692.
  2. ^ Hahn, Ronald M. / Jansen, Volker: Die 100 besten Kultfilme. Heyne Filmbibliothek, München 1998, ISBN 3-453-86073-X, S. 396 (German)
  3. ^ a b "METROPOLIS -Sicherungsstück Nr. 1: Negative of the restored and reconstructed version 2001". UNESCO Memory of the World Programme. 14 Mei 2008. Dicapai pada 14 Disember 2009.
  4. ^ "Memory of the World: Metropolis – Sicherungsstück Nr. 1: Negative of the restored and reconstructed version 2001" UNESCO. Dicapai pada 5 November 2018
  5. ^ "Metropolis". Film Portal. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 April 2019. Dicapai pada 10 Januari 2019.
  6. ^ "Polanski's Ghost, Scorsese's Island to Debut at Berlin Festival". Bloomberg. 7 Februari 2010. Dicapai pada 30 Januari 2011.

Pautan luar sunting


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "note" ada tetapi tag <references group="note"/> yang sepadan tidak disertakan