Fiq Halim
Mohammad Firdaus "Fiq" Abdul Halim merupakan seorang penyanyi dan pemuzik Malaysia. Beliau merupakan bekas juara Mentor musim kedua pada tahun 2006.[1] Beliau juga merupakan protege kepada penyanyi Amy Search ketika bertanding didalam Mentor 2, dan menerbitkan dua single nyanyiannya, "Tiga Malam Tanpa Bintang" dan "Bukti", beliau kemudian menghilang seketika daripada industri muzik tanah air. Namun pada 2010, beliau membuat kemunculan semula dengan menerbitkan album sulungnya berjudul Diagnostik dan mula berkolaborasi dengan artis-artis masa kini seperti Akim, Aepul Roza dan Aweera.
Fiq Halim | |
---|---|
Nama lahir | Mohammad Firdaus bin Abdul Halim |
Juga dikenali sebagai | Fiq Mentor |
Kelahiran | 1981 (umur 40–41) Sandakan, Sabah, Malaysia |
Berasal dari | Sandakan, Sabah, Malaysia |
Genre | Rock, pop rock |
Pekerjaan | Penyanyi |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2006-kini |
Syarikat rakaman | EMI Warner Music Malaysia |
Pengkarya berkait | Amy Search, Nieyl, Akim, Aepul Roza, Aweera |
Mentor 2Sunting
Fiq pernah menyertai Mentor 2 pada tahun 2006 dan berjaya terpilih sebagai Protege kepada legenda rock tanah air iaitu Amy Search. Setelah beradu suara selama beberapa minggu, beliau berjaya ke konsert akhir bersama dengan Nieyl dan Kat, serta berjaya dinobatkan sebagai juara Mentor musim kedua. Pada konsert grand finale, Fiq juga berjaya menewaskan Ima, iaitu protege kepada Inul Daratista dari program realiti Indonesia, Bintang Mencari Bintang dimana formatnya juga sama dengan Mentor. Berikut adalah persembahan beliau dalam Mentor 2;
Konsert | Lagu | Keputusan |
---|---|---|
Prolog | "Kejoraku Bersatu" (Search) | - |
Intro | "Pawana" (Search) | Dipilih oleh Amy Search |
Battle 1 | "Realiti Dan Fantasi" (Crossfire) "Irama Marakas" (Search) (duet Amy Search) |
1st |
Battle 2 | "Istana Menanti" (Rahim Maarof) (duet Rahim Maarof) "Seruan" (Lefthanded) |
1st |
Battle 3 | "Meniti Titian Usang" (Search) (duet Nieyl) "Enigma" (Wings) |
1st |
Semifinal 2 | "Jangan Musnahkan Cinta Ini" (Amy Search) + "Bahalol" (XPDC) "Gemuruh" (Wings) (duet Amy Search) "Paling Comel" (Achik Spin & Siti Nordiana) (duet Nieyl) |
1st |
Grand Finale | "Tiada Lagi" (Amy Search) + "Bujang Senang" (Wings) "Isi Dan Kulit" (Search) (duet Amy Search) "Fantasia Bulan Madu" (Search) (duet Deja Moss) |
Juara |
DiskografiSunting
Album studioSunting
- Diagnostik (2010)
Album kompilasiSunting
- Fiq & Nieyl (2007)
SingleSunting
- "Tiga Malam Tanpa Bintang" (2007)
- "Bukti" (2007)
- "Mesti Ada Cinta" (duet bersama Akim) (2012)
- "Manifestasi Cinta" (duet bersama Mirwana) (2012)
- "Diagnosa" (2012)
- "Balistik Cinta" (2014)
- "Satu Peluang Lagi" (2015)
- "Yang Benar" (2015)
- "Selamatkan Aku" (duet bersama Aepul Roza & Aweera) (2017)
- "Waktunya" (2018)
PencapaianSunting
Mentor 2Sunting
- Juara Mentor (musim 2)
RujukanSunting
- ^ Dari budak kilang ke juara Mentor dbBos-fm. Dicapai pada 16 Disember 2006.