Hashim Jasin

ulama dan ahli politik Malaysia

Tuan Guru Dato' Haji Hashim bin Jasin merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia[1]. Beliau merupakan Mursyidul Am PAS yang berperanan sebagai Ketua Majlis Syura Ulamak PAS [2]. Beliau adalah mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Perlis bertanding di atas tiket PAS. Pada 9 Oktober 2016, Tuan Guru Haji Hashim dilantik sebagai Mursyidul Am PAS bagi menggantikan Almarhum Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din yang meninggal dunia pada 16 September 2016 di California.

Yang Berbahagia Tuan Guru Dato' Haji

Hashim Jasin

DPSJ (Perlis)
Hashim pada 2022
Mursyidul Am PAS
Ketua Majlis Syura Ulamak PAS
Memegang jawatan
2016
Didahului olehHaron Din
Pesuruhjaya PAS Perlis
Dalam jawatan
1991 – 2013
Digantikan olehMohd Shukri Ramli
Dalam jawatan
1971 – 1973
Didahului olehMahmud Mohd Noor
Digantikan olehAhmad Long
Anggota Dewan Undangan Negeri Perlis
untuk Sanglang
Dalam jawatan
1999 – 2013
Didahului olehKarim Salleh
Digantikan olehMohd Shukri Ramli (PAS)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Arau, Perlis
Dalam jawatan
1998 – 1999
Didahului olehKamarudin Ahmad (BN-UMNO)
Digantikan olehMastika Junaidah Husin (BN-UMNO)
Butiran peribadi
LahirHashim bin Jasin
(1939-08-01) 1 Ogos 1939 (umur 84)
Malaysia
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
Sekutu gabungan
politik lain
Perikatan Nasional
PasanganUstazah Datin Sarah Rejab (m. 2023)
PekerjaanUlama, Ahli politik

Pendidikan sunting

Hashim Jasin bersekolah di Sekolah Melayu Jelampuk, kemudian melanjutkan pengajian di Sekolah Alawiyah, Arau. Seterusnya beliau menyambung pengajian di Universiti Baghdad Iraq dalam Sastera Arab dan Perundangan Islam.[3] Beliau merupakan salah seorang daripada 10 pelajar Malaysia yang mendapat tajaan melanjutkan pengajian ke Baghdad, Iraq oleh kerajaan Iraq pada 1964. Rakan seangkatannya yang lain ialah Hassan Shukri (almarhum), Dahlan Mohd Zain (almarhum), Sheikh Azmi Ahmad (bekas Mufti Pulau Pinang), Tuan Guru Haji Abdul Ghani Kasa, Hasbullah Kasban, Muhammad Daud Iraqi (almarhum), Isamuddin Ahmad, Abdul Rahim Mohd Zain dan Abdul Halim Yahya. Seorang lagi mahasiswa Malaysia yang turut seangkatan di Iraq ialah Tuan Guru Jaliluddin Abdul Wahid[4].

Pilihan raya sunting

Dalam Pilihan raya kecil Parlimen Arau 1998, Hashim Jasin telah memenangi kerusi Parlimen Arau dengan majoriti 1,323 undi mengalahkan calon BN, Ismail Kassim

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004, Hashim Jasin telah memenangi kerusi DUN Sanglang dengan majoriti 45 undi, mengalahkan calon BN Datuk Mastika Junaidah Husin.

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008, Hashim Jasin sekali lagi memenangi DUN Sanglang selepas Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan DUN Sanglang dimenangi oleh beliau dan kemenangan calon BN Abdullah Hassan pada 8 Mac 2008 dibatalkan[5]

Pilihan raya sunting

Kerusi Yang Ditandingi oleh Hashim Jasin
Tahun Kawasan Individu Undi Lawan Undi Peratusan Mengundi Majoriti
1998[6] Parlimen Arau Hashim Jasin (PAS) 12,864 Ismail Kassim (BN-UMNO) 11,541 70.27% 1,323
1999 DUN Sanglang, Perlis Hashim Jasin (PAS) 3,245 Haji Karim Salleh (BN-UMNO) 2,912 81.43% 333
2004[7] DUN Sanglang, Perlis Hashim Jasin (PAS) 3,221 Datuk Mastika Junaidah Husin (BN-UMNO) 3,176 83.22% 45
2008 DUN Sanglang, Perlis Hashim Jasin (PAS) 3,333 Abdullah Hassan (BN-UMNO) 3,286 84.60% 149
2018 Parlimen Arau Hashim Jasin (PAS) 11,362 Datuk Seri Dr Shahidan Kassm (BN-UMNO) 16,547 4,856
Datuk Dr Abd Rahman Daud (PH-PPBM) 11,691

Anugerah sunting

  •   Perlis
    •   Darjah Dato’ Panglima Sirajuddin Jamalullail (DPSJ) - Dato' (2018)[8] [9]

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ http://pasabah.tripod.com/arkib/hashim.html
  2. ^ Mohd Hafiz Abd Mutalib (15 Disember 2020). "Hashim Jasin kekal Mursyidul Am Pas, Ahmad Timbalan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 16 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ http://pasabah.tripod.com/arkib/hashim.html
  4. ^ Mohd Fadli Ghani (10 Oktober 2016). "Perjuangan Istiqamah Ustaz Haji Hashim Jasin Menuju Persada Mursyidul Am PAS Keempat". Berita PAS. Dicapai pada 16 Disember 2020.
  5. ^ Abdul Rahim Sabri (16 September 2008). "Calon PAS diisytihar menang di Sanglang". Malaysiakini. Dicapai pada 16 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  6. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-10. Dicapai pada 2016-10-09.
  7. ^ https://www.malaysiakini.com/news/89798
  8. ^ http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sultan-kedah-dianugerah-darjah-kerabat-hashim-jasin-dapat-datuk-1.710636
  9. ^ Sultan Kedah dahului penerima Darjah Kebesaran Perlis