Jenderam terletak pada kedudukan 2.8' Utara, 101.7' Timur, terletak di daerah Sepang, Dengkil, Selangor Darul Ehsan. Bersebelahan dengan Sungai Langat, kira-kira 30 km dari Kuala Sungai Langat yang menjadi laluan utama pedagang-pedagang dan penghijrah terutama Sumatera, Jawa dan China ke Kajang, Semenyih, Reko dan sebagainya.

Sebahagian mukabuminya antara 10-50 meter dari aras laut dan begitu sesuai ditanam dengan padi sawah satu ketika dahulu.

Pelabuhan Jenderam sunting

Fail:Bot jenderam.jpg
Bot Jenderam
  • Pada tahun 1977 pula pelombong bijih timah Syarikat Tit Nam Hoong di Jenderam Hilir menjumpai pelbagai artifak. Objek terdiri daripada objek-objek tembikar asing seperti mangkuk dan sebuah tempayan kecil China dan dua buah kendi, objek-objek logam seperti beberapa jongkong timah, bekas-bekas gangsa, dan objek-objek kayu seperti sebuah pengayuh kayu dan batu tumbuk. Semua artifak 'Bot Jenderam' ini dipamerkan di Muzium Shah Alam, Selangor.

Zaman Mesolitik sunting

Komunis Melayu sunting

  • Pada zaman daurat tahun 1948 hingga 1960, ramai penduduk kampung Melayu di sini menyokong dan menjadi pengikut Parti Komunis Malaya. Ini kerana pemimpin-pemimpin komunis Indonesia seperti Tan Malaka dari Indonesia dipercayai pernah datang ke sini kerana di sini ramai keturunan Minangkabau.
  • Seorang guru bernama Cikgu Karim telah dipanggil oleh beberapa pemuda komunis dan dibunuh berhampiran rumahnya di Jenderam kerana disyakki bekerjasama dengan tentera Jepun semasa pemerintahan Jepun. Karim menjadi guru semasa Zaman Jepun dan berkebolehan bercakap bahasa Jepun.
  • Berikutan itu dan beberapa insiden lain, rumah-rumah penduduk Jenderam telah dibakar dan 1500 penduduk Melayu dipindahkan ke Keluang, Johor.

Pendidikan sunting

Tuan Guru Haji Kamaluddin Md Zin. No 1 lorong Bahagia Jenderam Hulu 43800 dengkil. selangor/

Kampung Jenderam Hulu sunting

Kampung Jenderam Hilir sunting


Ekonomi sunting

Pada tahun 1996, Mohd. Isham Ibrahim dari Universiti Malaya membuat kajian tentang "Pengeluaran dan pemasaran industri belimbing" satu kajian kes di Kampung Jenderam Hulu, Dengkil. Beliau ialah pelajar Jabatan Antropologi and Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Yayasan Al-Jenderami sunting

Yayasan ini ditubuhkan pada 23 Jun 2003 di bawah Akta Syarikat 1965, Company Limited Guarantee and Not Having A Share Capital. “Dikecualikan daripada cukai pendapatan di bawah seksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1976. Ruj : LHDN.01/35/42/51/179.6-5583”

YAYASAN AL-JENDERAMI sebuah yayasan bantuan kemanusiaan yang berfungsi sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu serta menolong umat islam tidak kira dalam mahupun luar negeri seperti Indonesia, Kampuchea serta yang lain. Ianya terletak dan beroperasi di Kampung Baru Jenderam Hilir, Dengkil di dalam daerah Sepang.

Yayasan ini telah menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan lebih daripada 15 tahun, yang mana sebelum ini hanya bergerak di bawah sebuah kampung yang diasaskan dan didiami oleh bekas-bekas kakitangan UDA (Perbadanan Pembangunan Bandar). Tujuan yayasan ini ditubuhkan adalah untuk turut serta dan sama-sama membantu merealisasikan wawasan kerajaan di dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat Malaysia.

Yayasan ini diasaskan oleh As-Syeikh Hj. Mohd. Hafidz b Selamat dan diterajui oleh Hj. Abu Bakar b Abd. Aziz sebagai Pengerusi dan dibantu oleh Ahli Lembaga Pengarah dan barisan Ahli Pengurusan.Alamatnya ialah Kompleks Yayasan Al-Jenderami, Lot 4029, Lorong Aman,Kampung Baru Jenderam Hilir, 43800 Dengkil.

Pada bulan Mei 2005, Ijtima' Ulama Sekolah Pondok Senusantara dianjurkan di sini. Yayasan ini telah mengadakan sekolah pondok di sini.