José Rizal

(Dilencongkan dari Jose Rizal)

José Protasio Rizal Mercado y Alonso Realonda (Sebutan Sepanyol: [xoˈse riˈsal]; 19 Jun 1861, Calamba, Laguna30 Disember 1896, Bagumbayan, Manila) ialah wira kebangsaan Filipina. Beliau ialah seorang yang berbakat. Selain daripada menjadi seorang doktor, beliau juga merupakan ahli seni pahat, penyair, penulis drama dan pengarang novel. Beliau boleh bertutur dalam bermacam-macam bahasa seperti bahasa Tagalog, Melayu, Cina, Arab, Ibrani, Inggeris, Jepun, Sepanyol, Itali, Portugis, Latin, Perancis, Yunani, Rusia, Sanskrit dan dialek-dialek Filipina yang lain.

José Rizal
Kelahiran
José Protasio Rizal Mercado y Alonso Realonda[1]

19 Jun 1861[2]
Meninggal dunia30 Disember 1896(1896-12-30) (umur 35)[3]
Sebab kematianPelaksanaan hukuman mati oleh pasukan penembak
MonumenTaman Luneta, Manila,
Calamba, Laguna,
Daet, Camarines Norte,
Carson, California
Nama lainPepe, Jose (gelaran)[4][5]
Pusat pendidikanAteneo Municipal de Manila, Universiti Santo Tomas, Universidad Central de Madrid
OrganisasiLa Solidaridad, La Liga Filipina
PasanganJosephine Bracken (1896)[6]
Ibu bapaFrancisco Mercado Rizal (ayah)
Teodora Alonso Realonda (ibu)
Tandatangan
Jose Rizal

José sangat disanjung seperti seorang "putera agung" atas perjuangannya meneguhkan jatidiri bangsa Filipina meskipun tercengkam dalam tangan penjajah Sepanyol; sahabat penanya Ferdinand Blumentritt memuji tinggi beliau "saperti sabutir bintang berekor di-langit yang chahaya 'ajaib-nya hanya timbul sa-kali tiap2 dua ratus tahun".[7]

Keluarga sunting

Jose Rizal merupakan anak yang ketujuh dalam keluarga Francisco Rizal Mercado dan Teodora Alonso dan dilahirkan dalam sebuah keluarga Cina-Mestizo yang mewah di Calamba, Provinsi Laguna, Filipina. Rizal merupakan keturunan kelima Domingo Lam-co, seorang saudagar Cina yang telah berhijrah ke Filipina dari Amoy, China akhir abad ke-17. Lam-co berumah tangga dengan seorang wanita keturunan Cina-Mestizo, Inez de la Rosa. Untuk melepaskan keturunannya daripada polisi perkauman yang dikenakan ke atas penduduk Cina oleh kerajaan Sepanyol yang memerintah Filipina pada masa itu, Lam-co menukar nama keluarganya kepada "Mercado". Nama "Mercado" ditukar kepada "Rizal" oleh Jose Rizal sendiri, atas nasihat abangnya, Paciano Mercado, supaya kegiatan kemerdekaan yang dijuang oleh Rizal tidak mempunyai implikasi ke atas keluarganya.

Pendidikan sunting

Jose Rizal mula belajar dengan Justiniano Cruz di Laguna. Beliau kemudian pergi ke Manila untuk belajar di Ateneo Municipal de Manila (kini Universiti Ateneo de Manila) di mana beliau meraih ijazah Sarjana Muda pada 1877. Beliau menyambung pelajarannya di Ateneo Municipal untuk meraih ijazah dalah bidang pengukuran dan pemetaan tanah dan pada masa yang sama, belajar di Universiti Santo Tomas dalam bidang sastera dan falsafah. Apabila beliau sedar bahawa ibunya akan menjadi buta, beliau telah bercadang untuk mengambil bidang perubatan (pakar sakit mata) tetapi tidak menamatkan kursusnya kerana beliau berasa pelajar Filipina didiskriminasikan oleh paderi-paderi Dominican yang mengurus universiti tersebut.

Beliau kemudian pergi ke Madrid, Sepanyol untuk menghabiskan kursusnya dalam perubatan walaupun ditentang oleh bapanya. Beliau lulus dengan ijazah perubatan dari Universidad Central de Madrid.

Karya sunting

Jose Rizal terkenal dengan karangan dua novel, Noli Me Tángere (1887) dan El Filibusterismo (1891), kedua-duanya merupakan kritikan mengenai penjajahan Sepanyol ke atas Filipina. Buku-buku tersebut bertanggungjawab membangkit semangat persatuan dan identiti kebangsaan di kalangan rakyat Filipina.

Peninggalan sunting

Rizal merupakan pelopor sebuah masyarakat yang terbuka, berbanding dengan tanggapan orang mengenai beliau sebagai seorang ahli revolusi kemerdekaan. Sebagai ketua gerakan Propaganda Movement pelajar-pelajar Filipina di Sepanyol, beliau telah menyumbang beberapa rencana kepada surat khabar La Solidaridad di Barcelona dengan agenda-agenda yang berikut:

  • Filipina menjadi salah satu provinsi Sepanyol
  • Perwakilan di Cortes (Parlimen)
  • Paderi-paderi Filipina dan bukan paderi Sepanyol di gereja di Filipina
  • Kebebasan berhimpun dan bersuara
  • Hak yang sama di sisi undang-undang (untuk rakyat Filipina dan penguasa Sepanyol)

Jikalau usulan ini diterima, novel yang dikarang Rizal boleh dibenarkan oleh kerajaan untuk disebarkan kepada orang awam. Namun, penjajah Sepanyol tidak bersedia menerima pendapat Rizal dan apabila beliau pulang ke Manila pada 1892, beliau dituduh ingin menggulingkan kerajaan dan dibuang ke Dapitan, Mindanao.

Rizal sekali lagi dituduh bersubahat oleh kerajaan kolonial apabila sebuah gerakan kemerdekaan, Katipunan cuba untuk memberontak. Rizal ditangkap dan dihukum atas tuduhan hasutan (sedition). Rizal menerima hukuman tembak sehingga mati oleh skuad penembak yang akan berlansung di Bagumbayan (kini Rizal Park, di Manila). Beliau diberi peluang untuk menghindari hukuman tersebut dengan berkhidmat sebagai doktor di Cuba, namun beliau menolak tawaran itu. Sehari sebelum hukuman dijatuhkan, beliau telah mengarang sajak, "Mi Último Adiós" (Selamat tinggalku yang Terakhir).[7] Jose Rizal, bersama Mohandas Gandhi dari India dan Sun Yat-sen dari Taiwan boleh dianggap sebagai ketua-ketua kemerdekaan Asia yang ulung.

Hari peringatan kematian Jose Rizal ialah 30 Disember dan ialah hari cuti di Filipina. Petikan daripada surat terakhirnya: Prof. Fernando Blumentritt -

Saudaraku, apabila anda menerima surat ini, saya telahpun meninggal. Besok pada pukul 7, saya akan ditembak: tetapi saya tidak bersalah atas jenayah pemberontakan....

My dear Brother, when you receive this letter, I shall be dead by then. Tomorrow at 7, I shall be shot; but I am innocent of the crime of rebellion...

Rujukan sunting

  1. ^ Valdez, Valdez & et al. 2007, halaman 57
  2. ^ a b Valdez, Valdez & et al. 2007, halaman 59
  3. ^ a b Valdez, Valdez & et al. 2007, halaman 7
  4. ^ Nery, John (2011). "Revolutionary Spirit: Jose Rizal in Southeast Asia", p. 240. Institute of Southeast Asian Studies, Singapore. ISBN 978-981-4345-06-4.
  5. ^ Fadul 2008, p. 31.
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan spouse tidak disediakan
  7. ^ a b M. Yusof Mustafa (30 Disember 1965). "Rizal menulis sajak abadi ketika maut menanti". Berita Harian. m/s. 4 – melalui NewspaperSG.

Sumber sunting

Pautan luar sunting