Takwim Jepun
Jepun mula menggunakan takwim Gregorius pada 1 Januari 1873. Sebelum tahun 1873, Jepun menggunakan kalendar qamari-suria yang diubah suai daripada takwim Cina.
Penulisan tarikh
suntingPenulisan tarikh bagi ini adalah sama seperti kalendar Cina iaitu mengikut urutan seperti berikut: tahun, bulan dan hari. Misalnya, tarikh 20 September 2001 ditulis seperti: 2001年9月20日
Tahun
suntingSejak penggunaan takwim Gregoriys, tiga buah sistem berlainan digunakn di Jepun:
- Zaman Kristian Barat
- nama zaman Jepun (nengō atau gengō) yang berdasarkan pemerintahan maharaja terkini, misalnya tahun 2004 ialah tahun Heisei ke-16
- Tahun empayar yang berdasarkan pengasasan mitos Jepun oleh Maharaja Jimmu pada tahun 660 SM.
Antara ketiga-tiga sistem tersebut, yang kedua-dua pertama masih digunakan pada hari ini; kalendar empayar digunakan sehingga akhir Perang Dunia II, walaupun ia masih dikekalkan dalam sebilangan konteks rasmi.
Bulan
suntingNama-nama Jepun yang moden untuk bulan secara harfiah diterjemahkan sebagai "bulan pertama", "bulan kedua", dan sebagainya. Nombor yang berkenaan digabung dengan akhiran -gatsu yang bermaksud "bulan":
|
|
Tambahan lagi, setiap bulan mempunyai nama tradisi yang masih digunakan dalam sesetengah bidang seperti puisi; daripada dua belas bulan tersebut, shiwasu masih digunakan secara meluas sehingga kini. Pembuka perenggan surat atau sapaan dalam ucapan mungkin meminjam salah satu nama ini bagi menyampaikan imbasan musim. Sesetengahnya, seperti yayoi dan satsuki, mempunyai dua maksud sebagai nama diberikan (bagi wanita). Nama bulan ini turut muncul dari masa ke semasa dalam jidaigeki, yang merupakan siaran televisen kini dan set wayang pada akhir tempoh Edo atau lebih awal.
Yang berikut adalah senarai nama tradisi (nama bulan, dengan sebutan dan maksud harfiah)
- Januari Mutsuki
- Februari Kisaragi - 如月
- Mac Yayoi - 弥生
- April Uzuki - 卯月
- Mei Satsuki - 皐月
- Jun Minatsuki atau Minazuki - 水無月
- Julai Fumizuki (bulan buku) - 文月
- Ogos Hazuki (bulan daun) - 葉月
- September Nagatsuki (bulan panjang) - 長月
- Oktober Kannazuki atau Kaminazuki (bulan tiada dewa) - 神無月, Kamiarizuki (bulan dewa) bagi negeri Izumo yang mempercayai bahawa semua dewa berkumpul pada bulan ini untuk mesyuarat tahunan mereka di Tempat Keramat Izumo.
- November Shimotsuki (bulan fros) - 霜月
- Disember Shiwasu (bulan guru sibuk) - 師走 kerana para guru sibuk pada akhir tahun.
Nama hari dalam sebulan
suntingSetiap hari dalam bulan mempunyai nama separa sistematik yang mempunyai bentuk yang tidak tetap:
1 | 一日 | tsuitachi | 2 | 二日 | futsuka |
3 | 三日 | mikka | 4 | 四日 | yokka |
5 | 五日 | itsuka | 6 | 六日 | muika |
7 | 七日 | nanoka | 8 | 八日 | yōka |
9 | 九日 | kokonoka | 10 | 十日 | tōka |
11 | 十一日 | jūichinichi | 12 | 十二日 | jūninichi |
13 | 十三日 | jūsannichi | 14 | 十四日 | jūyokka |
15 | 十五日 | jūgonichi | 16 | 十六日 | jūrokunichi |
17 | 十七日 | jūshichinichi | 18 | 十八日 | jūhachinichi |
19 | 十九日 | jūkunichi | 20 | 二十日 | hatsuka (selalunya, nijūnichi) |
21 | 二十一日 | nijūichinichi | |||
22 | 二十二日 | nijūninichi | 23 | 二十三日 | nijūsannichi |
24 | 二十四日 | nijūyokka | 25 | 二十五日 | nijūgonichi |
26 | 二十六日 | nijūrokunichi | 27 | 二十七日 | nijūshichinichi |
28 | 二十八日 | nijūhachinichi | 29 | 二十九日 | nijūkunichi |
30 | 三十日 | sanjūnichi | 31 | 三十一日 | sanjūichinichi |
Dalam takwim tradisional, hari ketiga puluh merupakan hari terakhir bulan, dan nama tradisionalnya, iaitu misoka, masih wujud (walaupun sanjunichi lebih biasa digunakan, dan merupakan istilah biasa). Hari terakhir untuk tahun ialah ōmisoka (hari ketiga puluh yang besar), dan kekata itu masih digunakan hingga kini.
Nama hari dalam seminggu
sunting月曜日 | getsuyōbi | bulan | Isnin |
火曜日 | kayōbi | api | Selasa |
水曜日 | suiyōbi | air | Rabu |
木曜日 | mokuyōbi | kayu | Khamis |
金曜日 | kinyōbi | emas | Jumaat |
土曜日 | doyōbi | tanah | Sabtu |
日曜日 | nichiyōbi | matahari | Ahad |
Hari-hari cuti
suntingNota: Hari yang berada di pertengahan dua hari cuti umum dijadikan hari cuti dan dipanggil "Cuti Bank". Hari berkenaan jatuh pada 4 Mei dan merupakan hari cuti umum pada setiap tahun. Apabila hari cuti jatuh pada hari Ahad, hari yang berikutnya juga menjadi hari cuti.
Tarikh | Nama perayaan dalam bahasa Melayu | Nama perayaan dalam bahasa tempatan | Penjelasan |
---|---|---|---|
1 Januari | Tahun Baru | 元日 | Terdapat tradisi kunjungan pertama ke kuil (hatsumode) |
Hari Isnin kedua dalam bulan Januari | Hari Kedewasaan | 成人の日 | Upacara bernama Seijin shiki diadakan di seluruh Jepun bagi menyambut penduduk yang mencapai usia 20 tahun. |
11 Februari | Hari Penubuhan Negara | 建国記念日 | Hari untuk memperingati pertabalan maharaja Jepun yang pertama |
20 Mac atau 21 Mac | Hari Ekuinoks Musim Bunga | 春分の日 | Hari untuk menziarahi pusara atau kubur |
29 April | Hari Showa* | みどりの日 | Hari untuk memperingati Maharaja Showa |
3 Mei | Hari Peringatan Perlembagaan* | 憲法記念日 | Hari bermulanya perlembagaan Jepun |
4 Mei | Hari Kehijauan* | 緑の日 | Hari untuk menghargai tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar |
5 Mei | Hari Kanak-kanak* | 子供の日 | Hari untuk menghargai kanak-kanak |
Hari Isnin ketiga dalam bulan Julai | Hari Laut | 海の日 | Hari untuk menghargai lautan |
Hari Isnin ketiga dalam bulan September | Hari Menghormati Warga Tua | 敬老の日 | Hari bagi menghormati dan menghargai warga emas |
23 September atau 24 September | Hari Ekuinoks Musim Luruh | 秋分の日 | Hari untuk menziarahi pusara atau kubur |
Hari Isnin kedua dalam bulan Oktober | Hari Sukan dan Kesihatan | 体育の日 | Hari bagi memperingati pembukaan Sukan Olimpik di Tokyo |
3 November | Hari Kebudayaan | 文化の日 | Hari untuk memperkenalkan kebudayaan Jepun. Sebelum itu, hari itu disambut bagi memperingati hari keputeraan Maharaja Meiji |
23 November | Hari Kesyukuran Buruh | 勤労感謝の日 | Hari untuk berterima kasih kepada kaum pekerja atau buruh |
23 Disember | Hari Keputeraan Maharaja | 天皇誕生日 | Merupakan hari bagi ulang tahun keputeraan maharaja Jepun yang sekarang |
- * Sebahagian daripada Minggu Emas.
Perayaan bermusim
suntingYang berikut dikenali sebagai lima perayaan bermusim (sekku 節句)
- 1 Januari - Tahun Baru Jepun
- 7 Januari - Jinjutsu, Nanakusa-no-sekku
- 3 Mac - Jōshi
- 5 Mei - Tango/Tango no Sekku: Hari Kanak-Kanak (pada asalnya adalah Hari Kanak-Kanak Lelaki, dan untuk kanak-kanak perempuan adalah Hinamatsuri)
- 7 Julai - Shichiseki/Tanabata
- 9 September - Chōyō
- 31 Disember - Petang Tahun Baru
Rokuyō
suntingRokuyō merupakan siri enam hari yang digunakan untuk menelah kebaikan atau keburukkan sesuatu hari. Ia masih terdapat di kalendar Jepun dan sering digunakan untuk merancang tarikh upacara perkahwinan dan pengebumian. Rokuyō yang juga dikenali sebagai rokki adalah seperti yang berikut (menurut aturan):
- senshō - Mendapat tuah sebelum tengah hari, bernasib buruk selepas tengah hari
- tomobiki - Perkara yang tidak baik akan berlaku pada kawan anda. Upacara pengebumian harus dielakkan.
- senbu - Bernasib buruk sebelum tengah gari, mendapat tuah selepas tengah gari
- butsumetsu - Hari yang buruk. Upacara perkahwinan harus dielakkan.
- taian - Hari penuh tuah yang merupakan hari yang baik untuk upacara perkahwinan.
- shakkō - Waktu 11 pagi hingga 1 petang membawa tuah. Selepas waktu itu, nasib tidak begitu baik.