Kampung Gong Sentol, Kuala Terengganu

Kampung Gong Sentol sebuah kampung yang terletak di Kuala Nerus (daerah baharu pada 2018) , dalam negeri Terengganu Darul Iman , iaitu sebuah negeri di timur Malaysia, dan bersempadan dengan Kelantan di utara, Pahang di bahagian barat dan selatannya dan Laut Cina Selatan di bahagian timur.

Kampung Gong Sentol
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Gong Sentol
Mohor rasmi Kampung Gong Sentol
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriTerengganu Darul Iman
Daerah Kuala Terengganu
KampungKampung Gong Sentol
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
21200
Kod kawasan+609
Lokasi Kampung Gong Sentol di Peta Google

Kampung Gong Sentol terletak kira- kira 5 kilometer daripada bandar Kuala Terengganu, Terengganu. Manakala 1-2 kilometer daripada Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan Batalion 18 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) Para, Kem Sri Pantai.

Asal Usul sunting

Kampung Gong Sentol (GS) dikatakan mempunyai bentuk muka bumi berbukit dan dikelilingi tanah pamah yang sesuai untuk pertanian.

Di kampung GS, ada satu anak sungai bercabang menghubungkannya dengan kampung sekitar seperti Banggol Tok Pah, Tanjong Nangka, Bukit Tumbuh, Gong Kijang dan mudik ke Sungai Terengganu (dipercayai jaringan jalan air utama zaman dahulu). Sungai ini menjadikan kawasan sekitar subur untuk dijadikan kawasan pertanian terutamanya padi, buah- buahan, sayur- sayuran,tembakau dan pelbagai jenis tumbuhan bermusim.

Tembakau adalah produk kampung yang sangat popular dan terbanyak dihasilkan di kawasan ini sehingga lewat 90-an. Sekarang, produk utama adalah Timun Cina (tembikai) dan cili. (Awang bem, orang lama yang menjadi orang tengah menjual sayur, ikan dan barangan runcit menggunakan van kepada suri rumah di beberapa kawasan sekitar kampung GS).

Menurut cerita penduduk awal kampung ini yang disampaikan secara lisan kepada setiap generasi, ia diberi nama Gong Sentol kerana terdapat banyak pokok Sentol iaitu sejenis pokok yang mengeluarkan buah bulat berbulu baldu berwarna hijau ketika muda dan kuning jingga apabila masak ranum.

Nama Gong pula diambil sempena keadaan bentuk muka buminya yang tinggi seperti bukit. Bentuk muka bumi berbukit ini juga dikenali sebagai 'GONG' bermaksud tanah yang tinggi. Bukti peninggalan 'Gong' masih ada sehingga sekarang. Jalan masuk ke kampung GS perlu melalui 'Gong' berkenaan. Maka diberi nama Gong Sentol.

Anda jangan keliru perkataan 'Gong' yang merujuk kepada bukit tinggi dengan 'Gong' bermaksud sombong.

Difahamkan, semua penduduk asal kampung ini berasal daripada keturunan yang sama dari Pattani, Thailand. Oleh kerana kebanyakan penduduk terdahulu berkahwin dengan ahli keluarga menyebabkan hubungan kekeluargaan rapat. Tidak hairan kalau semua penduduk di kampung GS adalah satu keluarga besar dan bersaudara.

Sosio ekonomi sunting

Sosio ekonomi di kampung ini semakin berkembang dari masa ke masa. Ketika era sebelum 80-an, kebanyakan penduduk kampung ini mengusahakan pertanian secara kecil- kecilan, menjalankan kerja buruh dan pertukangan. Apabila sistem jalan raya dan telekomunikasi dibangunkan serta taraf pendidikan meningkat, penduduk generasi baru mula meneroka bidang kerjaya lebih luas seperti menjalankan pertanian moden secara lebih bersistematik terutamanya dalam industri tembakau. Mereka juga berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. Ramai generasi baharu mula menjawat jawatan secara profesional di sektor swasta mahupun kerajaan. Maka lahirlah golongan- golongan ilmiah dan profesional seperti doktor, guru, jurutera, arkitek, wartawan dan sebagainya.

Kemasyarakatan sunting

Dari sudut kemasyarakatan, penduduk Kampung Gong Sentol boleh berasimilasi antara satu sama lain. Setiap acara seperti majlis kahwin, kenduri kesyukuran atau kematian akan diuruskan secara gotong-royong. Mereka masih mengamalkan budaya gotong-royong untuk eratkan silaturahim. Berhubung pendirian politik, penduduk bebas mengamalkan pilihan masing-masing. Perkara utama adalah, penduduk masih dapat hidup bersama dan menjalankan kerja- kerja kemasyarakatan secara sepakat tanpa pergaduhan atau masam muka.

Tarikan pelancongan sunting

Kampung Gong Sentol mempunyai beberapa daya tarikan pelancongan seperti penanaman padi secara tradisional. Pelancong- pelancong berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana proses penanaman padi secara tradisional iaitu dimulakan dengan proses tabur benih, mencabut semai (anak pokok) dan menyemai (susun) anak padi. Proses ini diwariskan turun temurun dan diamalkan sehingga kini oleh petani lelaki dan wanita.

Selain itu, di Kampung Gong Sentol juga terdapat beberapa tumbuhan yang jarang dijumpai seperti Pokok Jambu Arang (Anggur Malaysia) dan juga buah Pepisang. Pokok ini semakin pupus dan hilang ditelan zaman.

Beberapa rumah masih mengekalkan seni bina dan rekaan tradisional asal keluarga mereka. Setiap rumah akan mempunyai beranda besar sebagai tempat berkumpul ahli keluarga. Ia ciri tradisonal unik masyarakat di kampung ini.

Pusat Tarbiatul Amal, adalah pusat pengajaran agama yang pertama diwujudkan di kampung ini sejak 2015. Mereka menghimpunkan pelajar tahfiz lelaki dan hufaz Al-Quran.

Kemudahan asas sunting

Pendidikan sunting

  1. SMK Bukit Tunggal, tadika kemas

Tempat beribadat sunting

  1. Masjid Gong Kijang, Gong Sentol dan Banggol Limau. Surau Gong Sentol dan Pusat Tarbiatul Amal.

Poskod sunting

Poskod yang digunakan di Kampung Gong Sentol, Kuala Terengganu, Terengganu adalah 21200.[1]


Rujukan sunting

www.kggongsentol.com.my

Pautan luar sunting