Kampung Tok Ku, Kuala Terengganu

Kampung Tok Ku merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Terengganu, dalam negeri Terengganu Darul Iman , iaitu sebuah negeri di timur Malaysia, dan yang bersempadan dengan Kelantan di utara, Pahang di bahagian barat dan selatannya dan Laut Cina Selatan di bahagian timur.

Kampung Tok Ku
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Tok Ku
Mohor rasmi Kampung Tok Ku
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriTerengganu Darul Iman
Daerah Kuala Terengganu
KampungKampung Tok Ku
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
21000
Kod kawasan+609
Lokasi Kampung Tok Ku di Peta Google

Kemudahan asas sunting

Pendidikan sunting

Tempat beribadat sunting

Sejarah sunting

Kampung Tok Ku mendapat namanya sempena seorang tokoh agama yang sangat dihormati masyarakat setempat, iaitu Syed Muhammad bin Zainal Abidin al-Aidarus atau lebih dikenali sebagai Tok Ku Tuan Besar. Beliau lahir pada tahun 1794 di Cabang Tiga (sekarang dikenali sebagai Kampung Tok Ku), Terengganu dan adalah seorang yang berketurunan Syed dan berasal dari Hadhramaut, Yaman. Pada zaman mudanya, beliau menuntut ilmu di Mekah dan berguru dengan beberapa tokoh agama di sana. Pada tahun 1846 beliau kembali ke Terengganu dan mengajar di surau yang dibina olehnya di Cabang Tiga (sekarang dikenali sebagai Masjid Tok Ku Tuan besar).

Sebagai seorang tokoh agama yang dihormati, beliau dianugerahkan gelaran ‘Tuan Besar Paduka Indera’ oleh Sultan Omar (1839-1875). Tok Ku pernah menyandang jawatan Mufti Terengganu ke-2 dari 1860 hingga 1876 dan diberi kuasa autonomi untuk menguruskan daerah Cabang Tiga oleh Sultan Omar. Menurut sejarah, Cabang Tiga (Kampung Tok Ku sekarang) pernah menjadi ibu negeri di bawah pemerintahan Sultan Zainal Abidin 1 (1725-1733). [1]

Tok Ku Tuan Besar adalah bapa kepada Tok Ku Paloh iaitu Syed Abdur Rahman bin Syed Muhammad dari Kampong Paloh. Tok Ku Tuan Besar meninggal dunia pada tahun 1878 ketika berusia 84 tahun dan dimakamkan belakang masjidnya.

Poskod sunting

Poskod yang digunakan di Kampung Tok Ku, Kuala Terengganu, Terengganu adalah 21000.[2]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting