Kecederaan semasa bekerja

Kecederaan semasa bekerja atau kecerdaan pekerjaan ialah kecederaan mana-mana anggota badan akibat bekerja. Organ yang paling biasa terlibat ialah tulang belakang, tangan, kepala, paru-paru, mata, rangka, dan kulit. Kecederaan pekerjaan boleh berpunca daripada pendedahan kepada bahaya pekerjaan (fizikal, kimia, biologi atau psikososial), seperti suhu, bunyi bising, gigitan serangga atau haiwan, patogen bawaan darah, aerosol, bahan kimia berbahaya, sinaran dan kelesuan. Walaupun banyak kaedah pencegahan yang telah ditetapkan, kecederaan mungkin masih berlaku disebabkan oleh ergonomik yang lemah, pengendalian beban berat secara manual, penyalahgunaan atau kegagalan peralatan, pendedahan kepada bahaya dan latihan keselamatan yang tidak mencukupi.[1]

Kemalangan di stadium bola sepak.

Latar belakangSunting

Dianggarkan bahawa di seluruh dunia terdapat lebih daripada 350,000 kematian di tempat kerja dan lebih daripada 270 juta kecederaan di tempat kerja setiap tahunnya.[2] Pada tahun 2000, terdapat kira-kira 2.9 bilion pekerja di seluruh dunia. Kecederaan pekerjaan mengakibatkan kehilangan 3.5 tahun kehidupan sihat bagi setiap 1,000 pekerja di dunia.[3] 300,000 daripada kecederaan pekerjaan mengakibatkan kematian.[4] Pekerjaan yang paling biasa dikaitkan dengan kecederaan serius ini berbeza-beza di seluruh dunia bergantung kepada industri utama di negara tertentu.[5] Secara keseluruhannya, pekerjaan yang paling berbahaya adalah dalam sektor pertanian, perikanan dan perhutanan. Di negara yang lebih maju, kerja pembinaan dan pembuatan dikaitkan dengan kadar kecederaan tulang belakang, tangan dan pergelangan tangan yang tinggi.[6][7]

Mengikut negaraSunting

Amerika SyarikatSunting

Di Amerika Syarikat pada tahun 2012, 4,383 pekerja meninggal dunia akibat kecederaan kerja, 92% daripadanya adalah lelaki,[8] dan hampir 3 juta kecederaan dan penyakit di tempat kerja yang tidak membawa maut telah dilaporkan yang menyebabkan perniagaan kerugian kolektif sebanyak $198.2 bilion dan 60 juta hari bekerja.[9] Pada tahun 2007, 5,488 pekerja meninggal dunia akibat kecederaan kerja,[10] 92% daripadanya adalah lelaki, dan 49,000 meninggal dunia akibat kecederaan berkaitan kerja.[11] Institut Kebangsaan untuk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) menganggarkan bahawa 4 juta pekerja di A.S. pada tahun 2007 mengalami kecederaan atau penyakit berkaitan kerja yang tidak membawa maut.[12]

MalaysiaSunting

Di Malaysia, pekerja berhak mendapatkan pampasan sekiranya cedera semasa bekerja, dibawah Akta Pampasan Pekerja 1952. Jika pekerja sudah meninggal dunia akibat dari kemalangan atau penyakit khidmat yang terbit dari atau dalam masa pekerjaan, orang tanggungan yang berhak menerima bayaran pampasan.[13] Laporan media 30 November 2018 mengatakan bahawa, Akta Pampasan Pekerja 1952 akan dimansuhkan. M. Kulasegaran mengatakan hal demikian kerana, membolehkan perlindungan sama rata kepada pekerja tempatan dan pekerja asing yang bekerja di Malaysia.[14]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Hazards & Exposures". Centers for Disease Control and Prevention. Dicapai pada 2016-07-07.
  2. ^ Barling, J., & Frone, M. R. (2004). Occupational injuries: Setting the stage. In J. Barling & M. R. Frone (Eds.), The psychology of workplace safety. Washington, DC: APA.
  3. ^ Concha-Barrientos, Marisol; Nelson, Deborah Imel; Fingerhut, Marilyn; Driscoll, Timothy; Leigh, James (2005-12-01). "The global burden due to occupational injury". American Journal of Industrial Medicine. 48 (6): 470–481. doi:10.1002/ajim.20226. ISSN 0271-3586. PMID 16299709.
  4. ^ Takala, Jukka; Hämäläinen, Päivi; Saarela, Kaija Leena; Yun, Loke Yoke; Manickam, Kathiresan; Jin, Tan Wee; Heng, Peggy; Tjong, Caleb; Kheng, Lim Guan (2014-01-01). "Global estimates of the burden of injury and illness at work in 2012". Journal of Occupational and Environmental Hygiene. 11 (5): 326–337. doi:10.1080/15459624.2013.863131. ISSN 1545-9632. PMC 4003859. PMID 24219404.
  5. ^ El-Menyar, Ayman; Mekkodathil, Ahammed; Al-Thani, Hassan (2016-01-01). "Occupational injuries in workers from different ethnicities". International Journal of Critical Illness and Injury Science (dalam bahasa Inggeris). 6 (1): 25–32. doi:10.4103/2229-5151.177365. PMC 4795358. PMID 27051619.
  6. ^ Dong, Xiuwen Sue; Wang, Xuanwen; Daw, Christina (2012-06-01). "Fatal falls among older construction workers". Human Factors. 54 (3): 303–315. doi:10.1177/0018720811410057. ISSN 0018-7208. PMID 22768635. S2CID 8261847.
  7. ^ Yu, Shanfa; Lu, Ming-Lun; Gu, Guizhen; Zhou, Wenhui; He, Lihua; Wang, Sheng (2012-03-01). "Musculoskeletal symptoms and associated risk factors in a large sample of Chinese workers in Henan province of China". American Journal of Industrial Medicine. 55 (3): 281–293. doi:10.1002/ajim.21037. ISSN 1097-0274. PMID 22125090.
  8. ^ US Department of Labor, Bureau of Labor Statistics. "Census of Fatal Occupational Injuries Charts, 1992-2012."
  9. ^ Workplace Safety By The Numbers - "U.S. Bureau of Labor Statistics"
  10. ^ US Department of Labor, Bureau of Labor Statistics. "National census of fatal occupational injuries in 2007." Washington, DC: US Department of Labor; 2008. Retrieved at: About NIOSH. Available at [1].
  11. ^ Steenland K, Burnett C, Lalich N, Ward E, Hurrell J. Dying for work: the magnitude of U.S. mortality from selected causes of death associated with occupation. Am J Ind Med 2003;43:461--82. Retrieved at:About NIOSH.
  12. ^ US Department of Labor, Bureau of Labor Statistics. Workplace injuries and illnesses in 2007. Washington, DC: US Department of Labor; 2008. Retrieved at: About NIOSH. Available at [2].
  13. ^ "Soalan Lazim Akta Pampasan Pekerja". jtksm.mohr.gov.my. Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia. Dicapai pada 20 Januari 2022.
  14. ^ Astro Awani (30 November 2018). "Akta Pampasan Pekerja 1952 dimansuhkan - Kula Segaran". Astro Awani. Dicapai pada 20 Disember 2021.

Pautan luarSunting