George II dari Great Britain

George II (George Augustus; Jerman: Georg August; 30 Oktober/9 November 1683 O.S./N.S. O.S./N.S. - 25 Oktober 1760) ialah Raja Britain dan Ireland, Duke of Brunswick-Lüneburg ( Hanover) dan seorang putera-pemilih Empayar Rom Suci dari 11 Jun 1727) sehingga kemangkatannya pada tahun 1760.

George II
George bersemayam di atas takhta
Potret oleh Thomas Hudson, 1744
Raja Great Britain dan Ireland,
Pemilih Hanover (lagi...)
Pemerintahan11/22O.S./N.S. Jun 1727 –
25 Oktober 1760
Pertabalan11/22O.S./N.S. Oktober 1727
Didahului olehGeorge I
Diikuti olehGeorge III
Keputeraan30 Oktober / 9 November 1683O.S./N.S.
Istana Herrenhausen,[1] atau Istana Leine,[2] Hanover
Kemangkatan25 Oktober 1760(1760-10-25) (umur 76)
Istana Kensington, London
Pemakaman11 November 1760
Westminster Abbey, London
PasanganCaroline dari Ansbach (k. 1705; m. 1737)
Anakanda
Butiran
Nama penuh
George Augustus
Jerman: Georg August
KerabatHanover
AyahandaGeorge I dari Great Britain
BondaSophia Dorothea dari Celle
AgamaProtestan
TandatanganTandatangan George II

Dilahirkan dan dibesarkan di utara Jerman, George ialah raja Inggeris paling terakhir setakat ini yang lahir di luar Great Britain. Akta Pewarisan1701 dan Akta Kesatuan 1707 menempatkan nenendanya, Sophia dari Hanover, dan keturunan Protestannya untuk mewarisi takhta Inggeris. Selepas kematian Sophia dan Anne, Ratu Britain, pada tahun 1714, ayahandanya, Pemilih Hanover, menjadi George I dari Great Britain. Pada tahun-tahun pertama pemerintahan ayahandanya sebagai raja, George dikaitkan dengan ahli politik pembangkang sehingga mereka bergabung semula dengan parti pemerintah pada tahun 1720.

Potret oleh Kneller, 1716

Sebagai raja dari tahun 1727, George kurang menguasai dasar domestik Britain, yang sebahagian besarnya dikendalikan oleh Parlimen Britain. Sebagai Pemilih Hanover, baginda menghabiskan dua belas musim panas di Hanover, tempat baginda mempunyai kawalan langsung terhadap dasar pemerintah. Baginda mempunyai hubungan yang sukar dengan anakanda sulungnya, Frederick, yang menyokong pembangkang di parlimen. Semasa Perang Penggantian Austria, George turut serta dalam Pertempuran Dettingen pada tahun 1743, dan dengan itu menjadi raja Inggeris terakhir yang memimpin tentera dalam pertempuran. Pada tahun 1745, penyokong Katolik yang menuntut takhta Britain, James Francis Edward Stuart ("Si Pengaku Tua"), yang dipimpin oleh putera James iaitu Charles Edward Stuart ("Si Pengaku Muda" atau "Bonnie Prince Charlie"), berusaha dan gagal untuk menjatuhkan George pada akhir pemberontakan Jacobite. Frederick meninggal secara tiba-tiba pada tahun 1751, sembilan tahun sebelum ayahandanya, sehingga George II akhirnya digantikan oleh cucunya, George III.

Selama dua abad setelah kemangkatan George II, sejarah cenderung melihatnya dengan jijik, menumpukan perhatian kepada perempuan simpanannya, baran, dan sombong. Sejak itu, penilaian semula warisannya telah menyebabkan para sarjana menyimpulkan bahawa baginda lebih banyak mempengaruhi dasar luar negeri dan lantikan ketenteraan daripada yang difikirkan sebelumnya.

George in his seventies
Potret oleh John Shackleton, sekitar tahun 1755–1757

Rujukan sunting

  1. ^ Cannon.
  2. ^ Thompson, p. 10.

Pautan luar sunting

George II dari Great Britain
Cabang kadet bagi Kerabat Welf
Tarikh keputeraan: 9 November 1683 Tarikh kemangkatan: 25 October 1760
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
George I
Raja Great Britain dan Ireland,
Pemilih Hanover

11/22 Jun 1727 – 25 Oktober 1760
Diikuti oleh:
George III
Kerabat diraja British
Kosong
  Gelaran dipegang dahulu oleh  
James
Putera Wales
Duke Cornwall
Duke Rothesay

1714–1727
Diikuti oleh:
Frederick
Jawatan akademik
Didahului oleh
The Duke of Ormonde
Canselor Universiti Dublin
1715–1727
Diikuti oleh:
HRH Frederick, Putera Wales