Megat Terawis merupakan Bendahara Perak dan bergelar Orang Kaya Bendahara Paduka Raja Perak. Dia merupakan anak kepada Daulat Yang Dipertuan Pagar Ruyung. Keturunannya merupakan pemegang jawatan Bendahara di Perak. Salah seorang dari keturunannya, Megat Menjanas (Orang Kaya Bendahara Paduka Seri Maharaja), berkahwin dengan anak Sultan en:Muzaffar Shah II of Perak, iaitu Raja Shah Alam Sayong.

Sejarah sunting

Megat Terawis telah datang ke Perak bersama-sama dengan Sultan en:Muzaffar Shah I of Perak dari Kampar dan mendirikan kerajaan di sana. Selang beberapa lama, berlaku perselisihan antara baginda dengan Tun Saban yang membawa kepada perperangan. Sultan Mudzaffar Shah I, Perak menawarkan jawatan Bendahara kepada sesiapa yang berjaya membunuh Tun Saban, dan disahut oleh Megat Terawis. Megat Terawis kemudiannya dilantik menggantikan Tun Mahammad menjadi Bendahara Perak dengan gelaran Bendahara Paduka Raja.

Sejak hari itu orang-orang keturunan Megat menjawat jawatan Bendahara di Perak. Pada masa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain Inayah Shah I - Sultan Perak ke - 15 (1756 - 1770). Bendahara Megat Abu Kasim meletak jawatan Bendahara dan menyerahkan jawatannya kepada sultan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan sultan mendirikan Istana di Pulau Indera Sakti yang dibawah kelolaan Bendahara. Selepas itu, jawatan Bendahara Perak dipegang oleh mereka dari darah raja (1770-1959).

Keturunan Megat Terawis banyak berhijrah dari Perak Tengah khususnya dari Kampung Gajah ke Kuala Kangsar, Perak kerana istana Sultan Perak dipindahkan ke sana. Makam Megat Terawis kini terletak di Kampung Gajah , Perak di tebing kanan Sungai Perak. Papan tanda dan binaan makam telah dibuat oleh Jabatan Muzium Perak. Makam ini berhampiran dengan jambatan Kampung Gajah.

Keturunan Megat sunting

Sesetengah ahli keluarga Megat Terawis yang terkenal kini termasuk:

  • Megat Muhammad Ali
    (ketua puak megat,1880) bin Megat ...
    • Megat Omar bin Megat Muhammad Ali
    • Megat Ayub bin Megat Muhammad Ali


  • Dato' Megat Mohd Nordin bin Megat ...
    • Megat Ainuddin bin Megat Mohd Nordin

  • Megat Mohd Nor bin Megat ...
    • Tan Sri Dato’ Megat Zaharuddin bin Megat Mohd Nor











Megat Ibrahim bin Megat ..

Megat Ismail bin Megat ..


Megat Ahmad bin

lihat juga sunting



Nota sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting