Tan Sri Yeoh Tiong Lay (Cina ringkas: 楊忠禮Cina tradisional: 楊忠禮pinyin: Yáng ZhōnglǐPe̍h-ōe-jī: Iûⁿ Tiong-lé; 18 Disember 1929–18 Oktober 2017) merupakan seorang hartawan perniagaan Malaysia. Beliau mengasaskan YTL Corporation,[2] konglomerat terbesar Malaysia, dengan kepentingan dalam pembinaan, utiliti, hotel, pembangunan hartanah dan teknologi. YTL didasarkan terutamanya di Malaysia tetapi mempunyai operasi yang luas di Asia, Australia dan United Kingdom, di mana ia memiliki utiliti Wessex Water. YTL Corp mempunyai lebih daripada $ 3 bilion tunai.[3]

Yeoh Tiong Lay
楊忠禮
Tiong Lay pada Ogos 2009.
Kelahiran(1929-12-18)18 Disember 1929
Meninggal dunia18 Oktober 2017(2017-10-18) (umur 87)
Kuala Lumpur, Malaysia
PekerjaanAhli perniagaan, Pengerusi YTL Corporation
Nilai bersihAS$2.8 bilion (Mei 2015)[1]
PasanganPuan Sri Tan Kai Yong (k. 1953–2017)
Anak-anak7 (termasuk Francis Yeoh)

Kehidupan awal sunting

Yeoh Tiong Lay menamatkan pendidikan sekolah menengah di Sekolah Menengah Hin Hua di Klang, Selangor.[3]

Kerjaya sunting

Beliau merupakan salah seorang individu terkaya di Malaysia; Keluarganya dianggarkan mempunyai nilai bersih AS $ 2.8 bilion pada Mei 2015.[1]

Anugerah sunting

Beliau dianugerahkan Order of the Rising Sun, Rays Gold dengan Reben Leher oleh Maharaja Jepun atas usahanya mempromosikan hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun pada 19 Januari 2008.

Beliau merupakan salah seorang Pro-Canselor Universiti Malaysia Sabah di Kota Kinabalu, Sabah bersama Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, Ketua Menteri Sabah.

Kehidupan peribadi sunting

Tiong Lay berkahwin dengan Puan Sri Tan Kai Yong pada tahun 1953 dan berumah tangga selama 64 tahun.

Beliau ialah bapa kepada Tan Sri Francis Yeoh, yang merupakan anak sulung dari tujuh anaknya, yang semuanya terlibat dalam perniagaan keluarga.[3]

Dan juga kepada Dato’ Yeoh Soo Min, Dato’ Victor Yeoh Seok Kian, Dato’ Yeoh Seok Hong, Dato’ Sri Michael Yeoh, Dato’ Yeoh Soo Keng dan Dato’ Mark Yeoh yang semuanya terlibat dalam Kumpulan YTL dan memimpin bahagian masing-masing. Pada waktu kematiannya, beliau mempunyai 27 cucu (termasuk Ruth Yeoh, Rebekah Yeoh, Michelle Yeoh dan Rachel Yeoh), dan 5 cicit.

Terlibat dengan aktiviti amal di Malaysia, beliau memberi sokongan kewangan kepada pelbagai pertubuhan pendidikan di seluruh negara; salah seorang yang paling dihargai sebagai pengerusi Sekolah Tinggi Hin Hua, almamaternya.[4]

Kematian sunting

Beliau telah meninggal dunia pada 18 Oktober 2017 pada usia 87 tahun ketika cuti Hari Deepavali.[5]

Penghargaan sunting

Penghargaan Malaysia sunting

  •   Malaysia :
    •   Pingat Pangkuan Negara (PPN) (1967)[6]
    •   Kesatria Mangku Negara (KMN) (1983)[6]
    •   Panglima Setia Mahkota (PSM) - Tan Sri (1985)[6]

Penghargaan luar negara sunting

  •   Jepun :
    •   Kelas 3, Sinar Emas dengan Reben Leher Perintah Matahari Terbit (2008), yang diberikan oleh Maharaja Jepun atas usahanya mempromosikan hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun.
  •   Taiwan :
    • Perintah Brilliant Star (2015), yang diberikan oleh Presiden Republik China Ma Ying-jeou sebagai pengiktirafan atas sumbangannya terhadap pembangunan pendidikan dan kebudayaan Taiwan.

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Yeoh Tiong Lay". Forbes. Dicapai pada 15 May 2015.
  2. ^ YTL Corporation
  3. ^ a b c Ella Fikri (19 Oktober 2017). The life of Yeoh Tiong Lay, founder of YTL Group Vulcan Post. Dicapai pada 20 Oktober 2017.
  4. ^ "Yeoh family donates RM8mil to charity - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2017-10-30.
  5. ^ Pengasas YTL meninggal dunia Utusan Malaysia, 18 Oktober 2017
  6. ^ a b c d e "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2019-04-27.

Pautan luar sunting