Kilobit ialah unit maklumat, dengan simbol kb, yang kekadang salah disingkatkan kepada kbit.

Kuantiti bit
Awalan SI Awalan perduaan
Nama
(Simbol)
Piawai
SI
Jarang
diguna
Nama
(Simbol)
Nilai
kilobit (kb) 103 210 kibibit (Kibit) 210
megabit (Mb) 106 220 mebibit (Mibit) 220
gigabit (Gb) 109 230 gibibit (Gibit) 230
terabit (Tb) 1012 240 tebibit (Tibit) 240
petabit (Pb) 1015 250 pebibit (Pibit) 250
eksabit (Eb) 1018 260 eksbibit (Eibit) 260
zetabit (Zb) 1021 270 zebibit (Zibit) 270
yotabit (Yb) 1024 280 yobibit (Yibit) 280

Takrif piawainya ialah 1 kilobit = 103 bit = 1,000 bit. Dalam konteks saiz ingatan-storan dan ruang-alamat, takrif perduaan alternatif yang merupakan 210 = 1,024 bit kekadang digunakan (sila lihat awalan perduaan), walaupun kegunaan ini adalah kabur maknanya.

Kilobit seringnya digunakan untuk menyatakan kelajuan komunikasi digital, misalnya sambungan internet PSTN 56 kbit/s atau jalur lebar 512 kbit/s. Dalam konteks kelajuan penghantaran telekomunikasi, takrif perpuluhan 1 kilobit = 1,000 bit digunakan secara tetap.

Kilobit adalah berkait rapat dengan kibibit yang mempunyai nilai 210 = 1,024 bit tanpa sebarang kekaburan.

Kilobit (disingkatkan kepada kb dengah huruf kecil b) harus tidak dikelirukan dengan istilah kilobait (disingkatkan menjadi kB dengan huruf besar b).

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting