Laluan Persekutuan Malaysia 68

Laluan Persekutuan 68 ialah sebatang laluan persekutuan yang menghubungkan Gombak di Selangor hingga ke Kampung Ketari di Bentong, Pahang [2]. Di Selangor, laluan ini dinamakan sebagai Jalan Gombak manakala di Pahang dinamakan sebagai Jalan Kuala Lumpur [2]. Jalan ini dikenali dengan nama-nama lain seperti:

  • Jalan Bentong Lama
  • Jalan Genting Sempah-Genting Highlands
  • Jalan Lama Bentong-Gombak / Jalan Lama Gombak-Bentong
  • Jalan Lama Bentong-KL / Jalan Lama KL-Bentong
  • Jalan Pahang Lama [3]
Laluan Persekutuan 68
Jalan Gombak
Maklumat laluan
Panjang59.8 km (37.2 mi)
Wujud1915[1]–kini
Simpang utama
Hujung baratSetapak, Kuala Lumpur
Persimpangan utama Jalan Genting Klang-Pahang
Jalan Kampung Bandar Dalam
B22 Jalan Batu Caves
E8 Tabliczka AH141.svg AH141 Lebuhraya Karak
Jalan Genting Sempah-Genting Highlands
C7 Jalan Janda Baik
Jalan Sambung Kuala Lumpur/Karak-Bentong
Laluan Persekutuan 8
Hujung timurKetari berhampiran
Bentong, Pahang
Lokasi
Destinasi
utama
Gombak
Genting Sempah
Janda Baik
Bukit Tinggi
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Sebelum wujudnya Lebuhraya Karak E8/FT2, jalan ini asalnya merupakan sebahagian jajaran Jalan Kuala Lumpur-Kuantan FT2; namun, disebabkan selekohnya yang tajam, keadaan jalan yang sempit serta kekurangan ciri-ciri keselamatan, sebuah lebuh raya pengganti iaitu Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak FT2 (kini Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak E8/FT2) dibina, menyebabkan jalan ini diwartakan semula sebagai Jalan Persekutuan 68.

Latar belakang laluan sunting

Jalan Gombak bermula di Persimpangan Setapak, di mana ia dihubungkan dengan Jalan Pahang FT2 dan Jalan Genting Klang. Namun, Jalan Gombak masih merupakan sebahagian jajaran FT2 sehingga ke simpang Kampung Bandar Dalam, di mana laluan FT2 dilencongkan ke Jalan Kampung Bandar Dalam FT2 sementara kod laluan Jalan Gombak bertukar kepada FT68.[4][5][6]

Jajaran dari permulaannya di Persimpangan Setapak sehingga Persimpangan Batu 8 merupakan jalan raya kembar dengan had laju 60 km/j. Selepas Persimpangan Batu 8, jalan FT68 menjadi jalan raya tunggal tetapi mengekalkan had laju 60 km/j berikutan keadaan jalan yang lebih sempit. Selepas Kampung Sungai Rumput, Jalan Gombak FT68 menjadi semakin berkelok-kelok, menyebabkan had lajunya diturunkan kepada 50 km/j.[5] Pada kedudukan tersebut, Jalan Gombak FT68 mula mendaki Banjaran Titiwangsa sehingga sempadan negeri Selangor-Pahang di mana ia dihubungkan dengan Jalan Genting Sempah-Genting Highlands dan bertindih dengannya sehingga ke Bulatan Genting Sempah yang menghubungkan jalan FT68 dengan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak E8/FT2.[4][5]

Dari Genting Sempah, Jalan Gombak FT68 menuruni Banjaran Titiwangsa, melalui pekan Bukit Tinggi di sepanjang laluannya. 7 km sebelum jalan berakhir, jalan FT68 dihubungkan ke Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak E8/FT2 buat kali terakhir melalui sebatang jalan cabang pendek sepanjang 400 m. Jalan Gombak FT68 berakhir di Persimpangan Ketari berhampiran Bentong, di mana ia dihubungkan dengan Jalan Persekutuan 8.[5][4]

Sejarah sunting

Jalan Gombak FT68 asalnya merupakan sebahagian jajaran Jalan Kuala Lumpur-Kuantan FT2. Ia dibina pada tahun 1915.[1] Namun, jalan raya ini terkenal kerana selekohnya yang sangat tajam, gaungnya yang dalam, keadaan jalan yang sempit serta kekurangan ciri keselamatan, menjadikan jalan raya ini sangat berbahaya. Maka, pada tahun 1970an, sebuah laluan pengganti bagi jajaran Jalan Gombak yang sempit dan berselekoh tajam dari Kuala Lumpur ke Karak dibina. Jajaran pengganti ini dikenali sebagai Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak FT2, yang menampitkan Terowong Genting Sempah sepanjang 914.4 m. Lebuh raya tol sepanjang 75.2 km tersebut dibina dengan kos RM136.4 juta dan dibuka kepada lalu lintas pada 7 Januari 1978.[7] Hasilnya, Jalan Gombak lama diwartakan semula sebagai Jalan Persekutuan 68.

Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak FT2 kemudian dinaik taraf menjadi lebuh raya capaian terkawal penuh pada tahun 1994 dan siap sepenuhnya 4 tahun kemudian.[8] Namun, tidak seperti projek Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban E37/E2 yang mana jajaran lama Jalan Persekutuan 1 dari Kuala Lumpur sehingga Seremban dipulihkan semula sebagai sebahagian daripada peojek tersebut, tiada sebarang usaha pemulihan dilakukan terhadap Jalan Gombak FT68 semasa kerja-kerja naik taraf Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak E8/FT2. Hasilnya, sangat sedikit pengguna jalan raya yang sanggup menggunakan jalan FT68 kerana keadaannya yang sangat berbahaya, walaupun ketika Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak E8/FT2 mengalami kesesakan teruk semasa musim perayaan.[5]

Prasarana dan Tarikan sunting

Antara prasarana dan tarikan yang terletak di sepanjang laluan ini ialah:

 
Papan tanda ke Pusat Rekreasi Alang Sedayu.

Rumah Pak Ali sunting

Rumah Pak Ali terletak di Batu 6. Tarikannya ialah binaan rumah kayu tanpa paku. Namun tarikan ini telah musnah dalam kebakaran.

Pusat Rekreasi Alang Sedayu sunting

Pusat Rekreasi Alang Sedayu terletak di Batu 12¾. Pusat rekreasi ini menjadi laluan pejalan kaki ke air terjun Sungai Pisang yang terletak di seberang Lebuhraya Karak  .

Hospital Orang Asli Gombak sunting

Hospital Orang Asli Gombak terletak di Km 24 [3].

Malaysia In Miniature Land (Mimaland) sunting

Taman rekreasi Mimaland telah ditutup.


Rujukan sunting

  1. ^ a b Roads in Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Kerja Raya Malaysia. 2011. m/s. 16. ISBN 978-967-5399-17-6. |access-date= requires |url= (bantuan)
  2. ^ a b "Jalan Gombak - Google Maps". Dicapai pada 2 November 2012.
  3. ^ a b "~*My St0rY*~: Hospital Orang Asli Gombak Visit". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-27. Dicapai pada 2 November 2012.
  4. ^ a b c Inventori Rangkaian Jalan Utama Persekutuan Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Kerja Raya Malaysia. 2009. ISBN 978-983-44278-2-5. |access-date= requires |url= (bantuan)
  5. ^ a b c d e "Jalan Gombak FT68". Blog Jalan Raya Malaysia. 10 August 2014. Dicapai pada 10 August 2014.
  6. ^ Statistik Jalan (Edisi 2013). Kuala Lumpur: Kementerian Kerja Raya Malaysia. 2013. m/s. 16-64. ISSN 1985-9619. |access-date= requires |url= (bantuan)
  7. ^ "Perasmian Terowong dan Lebuh Raya Karak-Kuala Lumpur". Hari Ini Dalam Sejarah. Arkib Negara Malaysia. 1978-01-07. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-24. Dicapai pada 2015-05-31.
  8. ^ "Lebuh raya: Kempunankah rakyat pantai timur?". Utusan Malaysia. 1998-04-13. Dicapai pada 2014-09-14.



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.