Layla Sania Khairuzikri (lahir 22 November 2002) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Layla membuat penampilan sulungnya dalam persada muzik tempatan dengan mengeluarkan single sulungnya, "Que Sera Sera" pada pertengahan 2019.[1][2] Beliau mulai dikenali ketika menyertai rancangan I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga pada tahun yang sama. beliau juga memenangi anugerah Pelakon Wanita harapan FFM2022 melalui filem Small Town Heroes

Layla Sania
Kelahiran
Layla Sania binti Khairuzikri

(2002-11-22) 22 November 2002 (umur 21)
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2012–2013, 2019–kini

Kerjaya sunting

Pada usia 10 tahun, Layla Sania memulakan kerjaya lakonan sebagai pelakon kanak-kanak menerusi telefilem Cucu Tok Aki, diikuti oleh drama Bangkitnya Seorang Perempuan.[2] Bagaimanapun, beliau meninggalkan kerjaya seni untuk seketika bagi memberi tumpuan kepada pelajarannya. Di usia 17 tahun, beliau bergiat aktif dalam teater dan suara latar.[2]

Pada tahun 2018, beliau dinobatkan sebagai juara pertandingan nyanyian MBP Singing Competition 2018. Layla menandatangani kontrak bersama Warner Music Malaysia pada 2019 dan muncul bersama single pertamanya, "Que Sera Sera" yang bermaksud "apa yang akan terjadi, pasti terjadi" dalam bahasa Sepanyol. Lagu ini ialah hasil nukilan bapanya sendiri, Khairuzikri yang menggunakan nama pena, Mystictune.[1][3]

Kemudian pada Februari 2020, beliau menjadi salah seorang peserta I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga. Lagu "You're The Only One in My Heart" nyanyian asal penyanyi Taiwan, Tiger Huang memperkenalkan lagi nama beliau dalam industri muzik tanah air.[4][5] Single keduanya pula menyusul dengan tajuk "Lakaran" pada Mac 2020.[6]

Layla muncul dengan lagu Mandarin pertamanya, "By Your Side" pada 22 Januari 2021.[5][7] Pada Julai 2021, Layla muncul sebagai artis kedua Malaysia selepas Yuna dan sebelum Dolla, yang dipaparkan di papan iklan digital tersohor di Times Square, New York, Amerika Syarikat. Penampilan beliau ialah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital, Spotify. Layla ialah wakil Equal Malaysia dan Singapura dan terbabit dalam projek ini di samping 34 artis mewakili 50 negara lain.[8][9]

Layla bersama-sama 15 artis berbilang kaum termasuk Iman Troye, Ariff Bahran, Priscilla Abby dan Henley Hii menyumbangkan suara untuk lagu patriotik sempena Hari Kemerdekaan negara ke-64 bertajuk "We Are One" hasil karya Teng Bee terbitan Multimedia Entertainment. Lagu ini diterbitkan bagi membangkitkan semangat rakyat Malaysia memerangi penularan pandemik COVID-19.[10]

Beliau kemudian muncul dengan single ketiga, "Bambino" yang menampilkan duet bersama Bunga Isme.[11]

Bakat sunting

Layla mempunyai kebolehan menyanyi dalam bahasa Mandarin dengan fasih dan menulis lirik dalam bahasa itu. Beliau menjadikan muzik dendangan penyanyi terkenal antarabangsa Amy Winehouse, Ariana Grande dan Duffy sebagai sumber inspirasi dan rujukan muziknya.[1][2]

Dalam temubual bersama The Sun Daily, Layla berkata, beliau amat meminati lagu-lagu dengan pengaruh blues. "Saya boleh menyanyikan lagu-lagu beremtak blues, tetapi pasaran di Malaysia tidak begitu menggemari muzik sebegini. Biasanya saya membuat persembahan pop dan R&B serta balada".[2]

Kehidupan peribadi sunting

Layla dilahirkan di Kuala Lumpur dan merupakan anak sulung daripada empat beradik. Beliau mendapat pendidikan di SMJK (C) Chong Hwa.[2]

Diskografi sunting

Single sunting

Tajuk Tahun
"Que Sera Sera" 2019
"Lakaran" 2020
"By Your Side" 2021
"Bambino" (duet bersama Bunga Isme)

Single promosi sunting

Tajuk Tahun Catatan
"We Are One" 2021 Lagu patriotik Hari Kebangsaan ke-64. Bersama Iman Troye, Jack Lim, Han Xiiao Aii, Ariff Bahran, Priscilla Abby, Yise Loo, Firdhaus, Juztin Lan, Pauline Tan, Henley Hii, Jie Ying, Daphne Low, Ztish El Nino dan Nadia Pang.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2022 Small Town Heroes Cikgu Aishah Filem pertama

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2013 Bangkitnya Seorang Perempuan Misya (kecil) TV3 Drama pertama
2014 DanDenDon Den TV AlHijrah Suara
2015 Aku Tak Miskin Lili TV1 Drama pendek
2023 One Million Dollar Voice Bella Astro Ria
Jangan Lupa Janji Mawar

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2012 Cucu Tok Aki Astro Ceria

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2019 Malaysia Hari Ini Dirinya sendiri TV3 Sebagai penyanyi undangan
2020 I Can See Your Voice Malaysia (musim 3) Sebagai peserta
Immortal Songs: Lagu Lama Menyengat Semula Sebagai penyanyi undangan episod 7

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "QUE SERA SERA Taruhan Penyanyi Baru Layla Sania". Suria. 19 Julai 2019. Dicapai pada 27 Disember 2020.
  2. ^ a b c d e f S. Indra Sathiabalan (19 Mei 2020). "Born to sing". The Sun Daily. Dicapai pada 27 Disember 2020.
  3. ^ Kamaruddin Razal (21 Julai 2019). "Penyanyi Baru Layla Sania Luah Rasa Kecewa Dalam Lagu". Astro Gempak. Dicapai pada 27 Disember 2020.
  4. ^ ""Sekali dia bantai lagu Chinese laaa..."". ContentMedia23. 17 Februari 2020. Dicapai pada 27 Disember 2020.
  5. ^ a b Sudirman Mohd Tahir (23 Januari 2021). "Layla asah sebutan Mandarin". Harian Metro. Dicapai pada 27 Disember 2021.
  6. ^ Kamaruddin Razal (25 Mac 2020). "Layla Sania Terus Mewarnai Industri Muzik Dengan Single 'Lakaran'". Astro Gempak. Dicapai pada 27 Disember 2020.
  7. ^ "Layla achieves her dream of releasing Mandarin song". The Star Online. 20 Mei 2021. Dicapai pada 27 Disember 2021.
  8. ^ Syafil Syazwan Jefri (21 Julai 2021). "Wajah Layla Sania di Times Square". Harian Metro. Dicapai pada 27 Disember 2021.
  9. ^ Gordon Kho (22 Julai 2021). "Malaysian singer Layla Sania picked by Spotify for NYC Times Square billboard ad". The Star Online. Dicapai pada 27 Disember 2021.
  10. ^ Najiy Jefri (26 Ogos 2021). "15 artis bersatu suara". Harian Metro. Dicapai pada 27 Disember 2021.
  11. ^ Syafil Syazwan Jefri (17 Disember 2021). "Layla, Bunga berpadu suara". Harian Metro. Dicapai pada 26 Disember 2021.

Pautan luar sunting