Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

Jambatan Kedua Pulau Pinang atau nama rasminya Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah E28[4] ialah sebuah jambatan tol jalan raya kembar baharu di Pulau Pinang, Malaysia yang telah siap dibina sepenuhnya pada Februari 2014. Ia menghubungkan Batu Kawan di tanah besar Seberang Perai dan Batu Maung. Jambatan ini ialah jambatan kedua yang menghubungkan pula tersebut ke tanah besar selepas Jambatan Pulau Pinang. Jambatan yang menelan kos RM 4.5 bilion ini mempunyai panjang 24 km (15 batu) dan menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.[3] China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC) pada awalnya dijangka memulakan kerja-kerja pembinaan pada November 2007 dan dijangka siap pada 2012, namun ia hanya bermula pada November 2008 dan siap pada Februari 2014.[2] Jambatan ini dibina dengan pinjaman besar daripada kerajaan Republik Rakyat China.[5] Ia dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak pada 1 Mac 2014 dan dinamakan bersempena Yang di-Pertuan Agong ke-14 Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.[3]

Lebuhraya E28
Lebuhraya Jambatan Kedua Pulau Pinang
Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah[1]
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB)
Panjang23.37 km (14.52 mi)
Wujud2006–kini
SejarahPembinaan bermula November 2008; asalnya dijangka siap Mei 2012, siap secara rasmi Februari 2014[2]
Simpang utama
Hujung timurBatu Kawan
Persimpangan utamaE1 Tabliczka AH2.svg AH2 Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara
E2 Lebuhraya Jelas
P10 Jalan Batu Maung
Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu
Hujung baratBatu Maung
Lokasi
Destinasi
utama
Bukit Tambun, Batu Kawan, Simpang Ampat, Juru, Bayan Lepas, Bayan Baru, Batu Maung, Teluk Tempoyak, Teluk Kumbar, Balik Pulau, Permatang Laut, George Town, Serdang, Bandar Baharu, Selama, Jelapang, Ipoh
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri
Jambatan Kedua Pulau Pinang
جمبتن كدوا ڤولاو ڤينڠ
Pandangan udara jambatan
Koordinat5°14′59″N 100°21′05″E / 5.249791°N 100.351353°E / 5.249791; 100.351353Koordinat: 5°14′59″N 100°21′05″E / 5.249791°N 100.351353°E / 5.249791; 100.351353
MembawaKenderaan bermotor
MenyeberangiSelat Selatan
LokasiE28 Lebuhraya Jambatan Kedua Pulau Pinang
Nama rasmiJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
PenyelenggaraJambatan Kedua Sdn Bhd
Laman sesawangwww.jambatankedua.com.my
Ciri-ciri
Reka bentuk
Panjang keseluruhan24 kilometer (15 bt)
Lebar250 meter (820 ka)
Sejarah
Pereka bentuk
Dibina oleh
Dibuka2 Mac 2014[3]
Dirasmikan1 Mac 2014[3]
Lokasi
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Jambatan Kedua Pulau Pinang juga mempunyai kompleks tol bersepadu yang pertama di Malaysia dan yang terbesar dengan mempunyai 28 lorong.

Pada 2014-2015, Larian Jambatan Pulau Pinang pun telah bertukar diadakan dekat Bayan Lepas ini.

Ciri-ciri sunting

Empat lorong dengan dua lorong motosikal dibina di atas jambatan ini. Panjang jambatan ini ialah 24 km (15 batu). 17 km (10 batu) daripada jambatan ini akan merentasi Selat Selatan, selat yang menghubungkan Pulau dan Seberang Perai. 1.5 km (1 batu) akan berada di kawasan Batu Maung, sementara 6 km (3 batu) akan berada di kawasan Batu Kawan. Enam persimpangan lebuh raya akan dibina dalam projek ini. K. Preamakanthan dari UEM Construction Sdn Bhd merupakan pengarah projek yang bertanggungjawab ke atas projek ini.

Ia akan mempunyai dua platform yang meliputi kawasan perkhidmatan & rehat di persimpangan tengah. Ia direka seakan-akan menyerupai mutiara. Kawasan rehat ini akan menjadi kawasan rehat lebuh raya terapung pertama di Malaysia.

Sejarah sunting

Pada Ogos 2006, kerajaan persekutuan Malaysia mengatur pelan untuk membina Jambatan Kedua Pulau Pinang yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Pada 12 November 2006, majlis penanaman cerucuk besi Jambatan Kedua Pulau Pinang yang baru dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Selepas beberapa bulan, kerja-kerja menuang tanah dan penimbusan tiang berjaya dilakukan, China Harbour Engineering Co Ltd dan United Engineers Malaysia Berhad (UEM Group) mengumumkan projek ini akan disiapkan pada 2013. Kerja-kerja pembinaan bermula pada awal Januari 2008.[6]

Pada April 2008, kerajaan mengumumkan projek ini akan ditundakan selama 9 bulan disebabkan masalah perolehan tanah dan isu reka bentuk dan juga lonjakan kos bahan binaan[7]. Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru dilantik, Lim Guan Eng mencadangkan diskaun tol untuk setiap kelewatan projek ini[8] dan meluahkan kekecewaan ke atas kelewatan pembinaan projek ini[9].

Keruntuhan sebahagian binaan Jambatan sunting

Pada pukul 6.50pm tanggal 6 Jun 2013, sebahagian dari binaan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang berada di bahagian Batu Maung telah runtuh menyembah bumi. Bahagian yang berukuran 30 meter panjang itu runtuh dan dipercayai menghempap sebuah kereta dibawah runtuhan debu.

Timbalan pengurus jabatan komunikasi dan hubungan awam Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) telah mengesahkan keruntuhan berlaku di salah satu seksyen di Pakej 3A Jambatan Kedua Pulau [10].

Seramai 4 orang dikenal pasti telah terbunuh akibat keruntuhan bahagian jambatan, 4 orang tersebut dipercayai berada dalam kereta ketika tragedi berlaku, mereka dihempap oleh batuan keatas kereta dan menyebabkan mereka mati serentak.

Menurut jurucakap polis, bahagian Peralihan Batu Maung yang menghubungkan jambatan dengan Jalan Tun Dr Lim Chong Eu yang runtuh itu telah menghempap sebuah kereta yang lalu diatas jalan dibawah struktur.[11]

Senarai Persimpangan sunting

Kawasan Lebuhraya Batu Kawan sunting

Km Nombor Persimpangan Ke Catatan
EXIT 2201 PERSIMPANGAN BATU KAWAN-PLUS     AH2 LEBUHRAYA UTARA-SELATAN JAJARAN UTARA
UTARA
Bukit Kayu Hitam
Alor Setar
Butterworth
SELATAN
Kuala Lumpur
Ipoh
Taiping
Persimpangan Sistem Tertutup Trompet
Plaza tol Batu Kawan-NSE

P Plaza tol Batu Kawan-NSE   Sempadan barat
      AH2 LEBUHRAYA UTARA-SELATAN ARAH UTARA JAJARAN UTARA
Sempadan terhad Lebuhraya PLUS

    JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG

Kawasan jambatan sunting

Km Berhenti Persimpangan Ke Catatan
EXIT 2202 PERSIMPANGAN BATU KAWAN P-- Batu Kawan
Kompleks Sukan Batu Kawan
Persimpangan
Plaza tol Batu Kawan-Jambatan Kedua Pulau Pinang
(Memasuki jambatan sahaja)

P Plaza tol Batu Kawan-Jambatan Kedua Pulau Pinang Memasuki jambatan sahaja
R&R Kawasan Rawat dan Rehat Batu Kawan   Sempadan timur
R&R Kawasan Rawat dan Rehat Batu Kawan   Sempadan barat
Jambatan Kedua Pulau Pinang
24 kilometer
Mula/Tamat jambatan
Jambatan Kedua Pulau Pinang
R&R V Kawasan Rawat dan Rehat dan Platform Pemandangan
  V
Platform Pemandangan
Kawasan Rawat dan Rehat
Bulatan-U
Gerbang tengah
Sempadan masing-masing
Jambatan Kedua Pulau Pinang
24 kilometer
Mula/Tamat jambatan
EXIT 2203 PERSIMPANGAN TELUK TEMPOYAK P10 Batu Maung
P--- Teluk Tempoyak
Dinaikkan tanjakan On/Off persimpangan
Dari/Ke Jambatan Kedua Pulau Pinang sahaja
    JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG

    LEBUHRAYA BATU MAUNG

EXIT 2204 PERSIMPANGAN BATU MAUNG   PERSIMPANGAN BATU MAUNG
UTARA
1331 George Town
P10 Batu Maung
SELATAN
P10 Bayan Lepas
  Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
Dinaikkan haluan-Y di persimpangan

Kawasan Lebuhraya Batu Maung sunting

Km Berhenti Persimpangan Ke Catatan
UTARA
1331 LEBUHRAYA BAYAN LEPAS
George Town
1331 LEBUHRAYA BAYAN LEPAS
Sempadan terhad JKR

    JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG
(LEBUHRAYA BATU MAUNG)

EXIT 2205 PERSIMPANGAN BAYAN LEPAS P10 Batu Maung
Akuarium Pulau Pinang
Dinaikkan persimpangan
EXIT 2204 PERSIMPANGAN BATU MAUNG TIMUR
  JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG
Batu Kawan
    AH2 JAJARAN UTARA LEBUHRAYA UTARA-SELATAN
Ipoh
Kuala Lumpur
Dinaikkan haluan-Y di persimpangan
EXIT 2206 PERSIMPANGAN PERMATANG LAUT P10 Batu Maung
P10 Permatang Laut
P10 Teluk Tempoyak
Persimpangan
    JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG
(LEBUHRAYA BATU MAUNG)
Mula/Tamat lebuh raya

P10 JALAN BATU MAUNG
Sempadan terhad JKR

BARAT DAYA
P10 JALAN BATU MAUNG
Bayan Lepas
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ KOSMO! (01 Mac 2014). "Jambatan Kedua Pulau Pinang rasmi dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah". Kosmo! Online. Dicapai pada 1 Mac 2014. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ a b c "Second Penang Bridge set to open in February 2014". The Star. 12 Disember 2013.
  3. ^ a b c d Bernama (1 Mac 2014). "PM rasmi Jambatan Kedua Pulau Pinang". Sinar Harian. Dicapai pada 4 Mac 2014.
  4. ^ "BM (brochure) - Jambatan Kedua Sdn Bhd" (PDF). Jambatan Kedua Sdn Bhd. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-03-06. Dicapai pada 4 Mac 2014.
  5. ^ Malaysia secures 800 mln usd loan from China for second Penang bridge - report - Forbes.com Internet Archive: Wayback Machine
  6. ^ Work on second Penang bridge begins
  7. ^ "Construction of Second Penang Bridge delayed". New Straits Times.
  8. ^ CHRISTINA CHIN and TAN SIN CHOW. "Discount 'punishment' for Second Penang Bridge delay". The Star.
  9. ^ ANDREA FILMER. "Penang CM disappointed over bridge delay". The Star.
  10. ^ http://my.news.yahoo.com/section-of-second-penang-bridge-collapses-124344704.html
  11. ^ http://my.news.yahoo.com/four-believed-dead-in-second-penang-bridge-collapse-153427748.html

Pautan luar sunting