Letupan dwibibir tak bersuara
Letupan dwibibir tak bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam kebanyakan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara p dalam Abjad Fonetik Antarabangsa dalm p dalam X-SAMPA. Dalam bahasa Melayu, konsonan letupan/hentian dwibibir tak bersuara dilambangkan oleh huruf p, contohnya: panas, spanar dan tetap.
Nombor AFA | 101 | ||
---|---|---|---|
Pengekodan | |||
X-SAMPA | p | ||
| |||
Sampel audio | |||
Bunyi [p] tidak terdapat dalam 10% dari bahasa yang ada bunyi [b]. Inilah salah satu ciri-ciri yang terdapat dalam bahasa-bahasa kawasan "lilit-Sahara" (Afrika di utara khatulistiwa, termasuk semenanjung Arab). Tidak diketahui berapa usia ciri-ciri ini, ataupun sama ada ini adalah kesan fenomena bahasa Arab sebagai bahasa berprestij (Bahasa Arab kehilangan bunyi /p/ pada zaman prasejarah), ataupub bahasa Arab itu sendiri dipengaruhi oleh corak kawasan yang lebih lama. Ketiadaan bunyi [p] juga didapati di kawasan-kawasan lain, contohnya di Eropah: bahasa-bahasa Proto-Celt dan Basque Lama apabila direkonstruksi didapati ada bunyi [b] tetapi tiada bunyi [p].
Walau apapun, bunyi [p] tetap mudah dijumpai dalam pelbagai bahasa. Kebanyakan bahasa cuma ada [p] biasa, sementara yang lain ada lebih dari satu jenisnya, misalnya: kebanyakan bahasa-bahasa Indo-Arya seperti bahasa Hindi, membezakan [p] yang biasa dan berhembusan.
Ciri-ciri
suntingCiri-ciri letupan dwibibir tak bersuara:
- Cara artikulasinya adalah letupan atau hentian, iaitu dihasilkan dengan menghalang aliran udara dalam saluran vokal.
- Daerah artikulasinya adalah dwibibir, iaitu disebut dengan menutup kedua-dua bibir.
- Jenis pembunyiannya adalah tak bersuara, iaitu dihasilkan tanpa menggetarkan pita vokal.
- Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
- Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
- Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.
Bentuk varian
suntingIPA | X-SAMPA | Huraian |
---|---|---|
p | p | p biasa |
pʰ | p_h | p berhembusan |
pʲ | p' (atau p_j) | p yang dipalatalkan |
pʷ | p_w | p yang dibibirkan |
p̚ | p_} | p yang tak lepas |
p̌ | p_v | p bersuara |
pʼ | p_> | p ejektif |
Penggunaan
suntingBahasa | Perkataan | IPA | Erti | Catatan | |
---|---|---|---|---|---|
Melayu | panas | [panas] | 'panas' | Rujuk fonologi bahasa Melayu | |
Belanda[1] | [[[Ortografi bahasa Belanda|plicht]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [plɪxt] | 'tugas' | Rujuk fonologi bahasa Belanda | |
Catalonia[2] | [[[Ortografi bahasa Catalonia|parallamps ]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [ˌpaɾəˈʎams] | 'pengalir kilat' | Rujuk fonologi bahasa Catalonia | |
Cina | Mandarin | 爆炸 /bàozhà | [pɑʊ˥˩ tʂa˥˩] | 'meletup' | Dibezakan dengan bentuk berhembusan. Rujuk Bahasa Mandarin Baku |
Inggeris | [[[Ortografi bahasa Inggeris|pack]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [pʰæk] | 'pek' | Rujuk fonologi bahasa Inggeris | |
Itali[3] | [[[Bahasa Itali|papà]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [paˈpa] | 'ayah' | Rujuk fonologi bahasa Itali | |
Jepun[4] | ポスト /[[[Romanization of Japanese|posuto]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [posɯto] | 'peti surat' | Rujuk fonologi bahasa Jepun | |
Perancis[5] | [[[Ortografi bahasa Perancis|pomme]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [pɔm] | 'epal' | Rujuk fonologi bahasa Perancis | |
Poland[6] | [[[Ortografi bahasa Poland|pas]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [pas] | 'tali pinggang' | Rujuk fonologi bahasa Poland | |
Portugis[7] | [[[Ortografi bahasa Portugis|pai]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [paɪ̯] | 'bapa' | Rujuk fonologi bahasa Portugis | |
Rusia[8] | плод | [plot] | 'buah' | Dibezakan dengan bentuk terlelangit. Rujuk fonologi bahasa Rusia | |
Sepanyol[9] | [[[Ortografi bahasa Sepanyol|peso]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [ˈpe̞so̞] | 'berat' | Rujuk fonologi bahasa Sepanyol | |
Zapotec | Tilquiapan[10] | pan | [paŋ] | 'roti' |
Rujukan
sunting- ^ Gussenhoven (1992:45)
- ^ Carbonell & Llisterri (1992:53)
- ^ Rogers & d'Arcangeli (2004:117)
- ^ Okada (1991:94)
- ^ Fougeron & Smith (1993:73)
- ^ Jassem (2003:103)
- ^ Cruz-Ferreira (1995:91)
- ^ Padgett (2003:42)
- ^ Martínez-Celdrán, Fernández-Planas & Carrera-Sabaté (2003:255)
- ^ Merrill (2008:108)
Bibliografi
sunting- Carbonell, Joan F. & Joaquim Llisterri (1992), "Catalan", Journal of the International Phonetic Association 22 (1-2): 53-56
- Cruz-Ferreira, Madalena (1995), "European Portuguese", Journal of the International Phonetic Association 25 (2): 90-94
- Fougeron, Cecile & Caroline L Smith (1993), "Illustrations of the IPA:French", Journal of the International Phonetic Association 23 (2): 73-76
- Gussenhoven, Carlos (1992), "Dutch", Journal of the International Phonetic Association 22 (2): 45-47
- Jassem, Wiktor (2003), "Polish", Journal of the International Phonetic Association 33 (1): 103-107
- Martínez-Celdrán, Eugenio; Ana Ma. Fernández-Planas & Josefina Carrera-Sabaté (2003), "Castilian Spanish", Journal of the International Phonetic Association 33 (2): 255-259
- Merrill, Elizabeth (2008), "Tilquipan Zapotec", Journal of the International Phonetic Association, 38 (1): 107–114
- Okada, Hideo (1991), "Phonetic Representation:Japanese", Journal of the International Phonetic Association 21 (2): 94-97
- Padgett, Jaye (2003), "Contrast and Post-Velar Fronting in Russian", Natural Language & Linguistic Theory 21 (1): 39-87
- Rogers, Derek & Luciana d'Arcangeli (2004), "Italian", Journal of the International Phonetic Association 34 (1): 117-121