Faisal Halim

pemain bola sepak Malaysia
(Dilencongkan dari Mohd Faisal Abdul Halim)

Muhammad Faisal bin Abdul Halim (lahir 7 Januari 1998) ialah pemain bola sepak profesional Malaysia yang bermain sebagai penyerang untuk kelab Liga Super Malaysia Selangor FC dan pasukan kebangsaan Malaysia.

Muhammad Faisal bin Abdul Halim
Maklumat peribadi
Nama penuh Muhammad Faisal bin Abdul Halim
Tarikh lahir (1998-01-07) 7 Januari 1998 (umur 26)
Tempat lahir

Mengkuang Titi,

Pulau Pinang, Malaysia
Ketinggian 1.58 m (5 ka ​2 316 in)
Posisi permainan Pemain Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Selangor
Nombor 7
Kerjaya remaja
2012–2015 Penang F.C.
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2015 Penang F.C. 0 (0)
2016–2020 Sri Pahang 60 (6)
2021–2022 Terengganu FC 42 (10)
2023– Selangor FC 14 (18)
Pasukan kebangsaan
2016– Malaysia B-20 8 (0)
2016– Malaysia B-23 4 (1)
2019– Malaysia 18 (9)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 1 January 2024
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 7 Januari 2022

Kerjaya sunting

Pulau Pinang FA sunting

Faisal Halim adalah pemain dari skuad Piala Belia yang kemudiannya diserapkan ke skuad Piala Presiden Pulau Pinang.Prestasi yang sangat baik dalam pasukan Belia Pulau Pinang 2015 bimbingan Ketua Jurulatih Noraffendi Taib telah mencuri tumpuan pengendali pasukan Piala Presiden Pulau Pinang yang seterusnya mengambil beliau bermain dalam Skuad Piala Presiden P.Pinang. [1] Dia menjaringkan satu gol dalam penampilan pertama dalam kejohanan Piala Malaysia menentang PDRM FC di mana Pulau Pinang tewas 2-3. Beliau adalah salah seorang pemain muda yang telah dipanggil untuk berlatih dengan skuad pasukan senior sebagai persediaan untuk Piala Malaysia 2015. Beliau dijangka membantu barisan hadapan Pulau Pinang. Prestasi beliau dalam pertandingan Piala Belia dan Piala Presiden sudah membawanya kepada perhatian pihak pengurusan Pulau Pinang.[2]

Pahang sunting

Pada November 2015, Faisal menandatangani kontrak dengan Pahang, dan membantu pasukan memenangi Piala FA Malaysia 2018.

Terengganu sunting

Pada 6 Disember 2020, Faisal Halim menandatangani kontrak dengan Terengganu dan menyarung nombor 7 dalam musim 2021. Beliau menjaringkan gol pertamanya menentang Perak dalam kemenangan 2–0 di Stadium Ipoh.

Selangor sunting

Pada 22 Disember 2022, pengumuman dibuat bahawa Faisal telah berpindah ke Selangor dalam pertukaran bebas.[3][4] Faisal menjaringkan gol pertamanya saat menentang KL City menerusi sepakan penalti. Selangor memenangi perlawanan tersebut 3-1.

Statistik kerjaya sunting

Antarabangsa sunting

Sehingga 7 Januari 2023[5]
Kemunculan dan gol mengikut pasukan dan tahun
Pasukan Tahun Kemunculan Gol
Malaysia 2019 1 0
2021 3 0
2022 12 8
2023 10 5
Jumlah 26 13
No Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1. 27 Mei 2022 Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia   Brunei 3–0 4–0 Persahabatan
2. 8 Jun 2022   Turkmenistan 2–0 3–1 Kelayakan Piala Asia AFC 2023
3. 9 Disember 2022   Kemboja 1–0 4–0 Persahabatan
4. 3–0
5. 14 Disember 2022 Stadium Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia   Maldives 2–0 3–0
6. 21 Disember 2022 Stadium Thuwunna, Yangon, Myanmar   Myanmar 1–0 1–0 Piala AFF 2022
7. 24 Disember 2022 Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia   Laos 2–0 5–0
8. 3–0
9. 7 Januari 2023   Thailand 1–0 1–0
10. 16 November 2023   Kyrgyzstan 4 - 3 4 - 0 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2026

Faisal Halim berjaya memenangi perlawanan dengan 1 goal yang menamatkan Kyrgyzstan dari peringkat 94 dalam FIFA melalui bantuan daripada Arif Aiman yang berjaya membuat "Comeback is Real" dalam perlawanan kelayakan tersebut.

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.stadiumastro.com/Arena/Berita/Penuh.aspx?id=167921&title=faisal-jadi-kebanggaan-harimau-kumbang/
  2. ^ http://www.thestar.com.my/Metro/Scoreboard/2015/09/02/Coach-keen-to-stay-with-cubs-Veloo-already-seeing-results-after-one-year-with-U21-Penang-team/
  3. ^ "Faisal Halim Officially Joins Selangor FC". selangorfc.com. Selangor FC. 22 Disember 2022. Dicapai pada 22 Disember 2022.
  4. ^ Abdullah, Meor (22 Disember 2022). "RASMI: Faisal Halim Sah Bersama Selangor". vocketfc.com. Vocket FC. Dicapai pada 22 Disember 2022.
  5. ^ (Inggeris) Profil Faisal Halim di National-Football-Teams.com

Pautan luar sunting