Mohd Yusof bin Muda

Tuan Haji Mohd Yusof bin Muda P.P.N., P.J.K. (5 November 1953 - ) ialah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Chukai semenjak 1 Disember 2003 setelah empat tahun menjadi Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman.

Pendidikan dan Kerjaya Akademik sunting

Dilahirkan di Kampung Pantai Merchang, Marang, Terengganu, Mohd Yusof mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Merchang pada tahun 1959 dan menyambung belajar di peringkat menengah di Sekolah Panji Alam, Kuala Terengganu. Setelah tamat Tingkatan 5 pada tahun 1970, beliau ditawarkan menjadi guru sementara di Sekolah Menengah Maras (sekarang SMK Tengku Mizan), Kuala Terengganu selama dua bulan pada tahun 1972 sebelum mendapat latihan perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim (sekarang Universiti Pendidikan Sultan Idris), Tanjung Malim, Perak.

Selepas tamat latihan perguruan pada akhir tahun 1973, beliau antara kumpulan pertama guru terlatih dari Semenanjung dihantar berkhidmat di Sarawak pada Januari 1974 dan ditugaskan mengajar di Sekolah Rendah Kampung Seberang, Mukah, Sarawak. Ketika bertugas di Mukah, beliau telah menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran secara persendirian dan lulus Sijil Penuh pada tahun 1975. Selepas berkhidmat selama dua tahun di Mukah, pada tahun 1976 beliau ditukarkan mengajar di Sekolah Menengah Chung Hwa, Sibu.

Sebelum balik bertugas di Semenanjung pada tahun 1979 beliau sempat berkhidmat di Sekolah Menengah Sacred Heart, Sibu selama setahun. Di Semenanjung beliau ditugaskan menjadi guru penolong di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Puteh, Kemaman. Oleh kerana sekolah ini sekolah baru dan belum digred, selepas berkhidmat setahun Pengetua sekolah tersebut telah melantik beliau menjadi Guru Penolong Kanan Kurikulum.

Semasa berkhidmat di Sekolah Menengah Ayer Puteh iaitu pada 20 April 1980 beliau telah berkahwin dengan Rahmah bt Johan dan dikurniakan enam orang anak; Adib, Anuar, Siti Munirah, Azizan, Muhammad Arif dan Muhammad Azizol.

Beliau ditukarkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail Kemaman pada tahun 1984 apabila Sekolah Menengah Ayer Puteh digredkan dan jawatan GPK1 disandang oleh guru siswazah. Di sekolah ini beliau dilantik sebagai Penolong Penyelia Petang.

Pada 15 Februari 1994 beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Penyelia Petang di Sekolah Kebangsaan Kijal. Selepas sebulan berkhidmat beliau ditawarkan menjawat Penyelia Sekolah di Unit Kurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu sehingga tahun 1999. Apabila berlaku kekosongan Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman, beliau telah ditawarkan menjadi Guru Besar di sekolah tersebut.

Semasa di Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman dalam tahun 2000 beliau telah membina Sistem Maklumat Murid Berkomputer (SMM) diikuti dengan Sistem Pengurusan Peperiksaan (SPP) untuk diguna pakai di sekolah tersebut. Beliau juga berusaha membina sendiri Sistem Rangkaian Setempat (LAN) untuk memudahkan guru-guru sekolah tersebut memasukkan maklumat.

Pada tahun 2001, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah meminta kebenaran beliau untuk diedarkan sistem itu di seluruh sekolah rendah di negeri Terengganu. Sistem ini diberi nama oleh JPN Terengganu sebagai e-Pantau. Semenjak tahun tersebut pencapaian UPSR negeri Terengganu mula mendahului negeri-negeri lain di Malaysia. Pencapaian ini berkekalan hingga tahun 2011 dengan memegang rekod sebelas tahun berturut-turut.

Apabila beliau ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Chukai, beliau telah mengubah budaya kerja ke arah penggunaan ICT dalam pengurusan sekolah. Beliau telah membina sistem tambahan seperti Sistem Pengurusan Kokurikulum, Sistem Merit Demerit, Sistem Laporan Adab Belajar, Sistem Pentaksiran Lisan, Sistem Pengurusan Aset, Sistem Kehadiran Staf Berkomputer (Punchcom), Sistem Pengurusan Perpustakaan dan lain-lain.

Beliau berusaha menambah komputer sekolah dan membina sistem rangkaian termasuk rangkaian tanpa wayar. Dengan beralih kepada pengurusan digital warga SK Chukai telah dapat menimba pengalaman baru dan dapat meningkatkan mutu kerja yang lebih cekap dan pantas.

Sebagai sekolah tertua di Kemaman beliau bersama-sama dengan staf sekolah ini telah mencipta visi untuk menjadikan 'SK Chukai sebagai sekolah contoh menjelang tahun 2010' dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah memilih sekolah ini satu-satu sekolah rendah di Chukai untuk melaksanakan 'Pembestarian Sekolah' mulai tahun 2006.

Beliau telah bersara daripada menjadi penjawat awam pada 5 November 2011 setelah lapan tahun menjadi Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Chukai.

Menjelang persaraannya pada tahun 2011, beliau telah membina pula Sistem Pengurusan Peperiksaan Menengah Atas (SPPMA) dan pada tahun 2015 Sistem Pengurusan Peperiksaan Sekolah Rendah (SPPSR). Kedua-dua aplikasi itu sedang digunakan di semua sekolah di negeri Terengganu.

Anugerah sunting

  • 1998 - Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Jabatan Pelajaran Terengganu.
  • 2000 - Menerima PJK daripada D.Y.M.M. Sultan Terengganu
  • 2002 - Anugerah Guru Inovatif Daerah sempena Hari Guru Daerah Kemaman.
  • 2002 - Anugerah Guru Cemerlang Negeri sempena Hari Guru Negeri Terengganu.
  • 2003 - Anugerah Guru Inovatif Perseorangan Negeri sempena Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu.
  • 2003 - Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Jabatan Pelajaran Terengganu.
  • 2006 - Anugerah Head Master of The Year sempena Hari Guru Daerah Kemaman.
  • 2007 - Dilantik menjadi Guru Besar Cemerlang DGA38 mulai 16 November 2007.
  • 2008 - Anugerah Guru Cemerlang Sempena Hari Guru Negeri Terengganu 2008.
  • 2009 - Anugerah Pemimpin ICT Sempena Hari Guru Negeri Terengganu 2009.
  • 2011 - Anugerah Guru Inovatif Daerah sempena Hari Guru Daerah Kemaman 2011.
  • 2012 - Anugerah Guru Berjasa Daerah sempena Hari Guru Daerah Kemaman 2012.
  • 2012 - Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Jabatan Pelajaran Terengganu.
  • 2012 - Menerima PPN daripada D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Malaysia.

Kursus-Kursus Dalam Perkhidmatan sunting

Tarikh Kursus Tempat Penganjur
26 Mei – 30 Jun 1979 Kursus Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Rendah SM Panji Alam JPNT
26 Nov – 6 Dis 1989 dan 4 Feb – 3 Mac 1990 Kursus Peningkatan Keilmuan Profesionalisme Keguruan - Sijil Cemerlang IAB Genting Highlands IAB, KPM
18 - 22 Julai 1992 Bengkel Penyelia-Penyelia Negeri Terengganu INTAN Wilayah Timur, Kemaman JPNT
21 Sept – 12 Dis 1992 Kursus Komputer Dalam Pendidikan – Sijil Kepujian IAB Genting Highlands IAB, KPM
7 April 1993 Bengkel Akhbar Dalam Darjah PKG Binjai Berita Harian
18 – 23 April 1994 Kursus Kakitangan Sumber Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dalam KBSM Primula Besut Beach Resort, Besut PPK, KPM
9 – 11 Mei 1994 Seminar Pendidikan Geografi Malaysia Pusat Perkembangan Kurikulum(PPK) PPK, KPM
17 - 21 September 1994 Bengkel Pembinaan Bahan Sokongan P & P Kajian Tempatan Tahun 4 PSPN JPNT & PPK
21 - 23 November 1994 Bengkel Pemantapan Pelaksanaan Pendidikan Moral KBSM Hotel J.W. Palace, Sg. Petani, Kedah BS, KPM
26 - 27 Nov. 1994 Mesyuarat Pemurnian Hasil Bengkel Kursus Pendedahan Perubahan KBSR Kajian Tempatan Tahun 4 Sri Molek, Dungun JPNT
3 - 7 April 1995 Kursus Professional Writing For Publication IAB Genting Highlands IAB, KPM
5 - 9 Jun 1995 Kursus Pengukuhan Geografi KBSM Pusat Perkembangan Kurikulum(PPK) PPK, KPM
11 - 14 Sept. 1995 Kursus Penyelia Geografi Hotel Perkasa, Kundasang, Sabah BS, KPM
24 - 28 Sept. 1995 Persidangan Pendidikan Kajian Tempatan Berasaskan Sumber Peringkat Kebangsaan Hotel Selesa, Pasir Gudang, Johor BTP, KPM
19 - 20 Nov. 1995 Kursus Pendedahan Perubahan Mata Pelajaran KBSR kepada Guru Besar Kolej Latihan Telekom. Marang JPNT
25 Mac – 4 Mei 1996 Kursus Reka Bentuk dan Pengaturcaraan Dbase SMPP – Sijil Cemerlang IAB Genting Highlands IAB, KPM
29 Julai – 2 Ogos 1996 Kursus Pengukuhan Geografi Sekolah Menengah Atas Pusat Perkembangan Kurikulum(PPK) PPK, KPM
29 Sept. – 3 Okt 1996 Konvensyen Bina Minda Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan BTP & JPNK
21 - 23 Okt. 1996 Kursus Sains dan Teknologi Merentas Kurikulum Air Keroh d’Village, Melaka PPK, KPM
2 – 4 Nov. 1996 Kursus Penyenggaraan , Troubleshooting, Baik Pulih dan Upgrading PC Residence Inn Cherating, Pahang UTM
11 - 16 Nov. 1996 Bengkel Penilaian Kerja Kursus Geografi PMR Berdasarkan Elemen dan Kriteria Grand Continental Langkawi LP, KPM
18 - 21 Dis. 1996 Seminar Kebangsaan Penyelidikan Pendidikan Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan BPPP, KPM
14 - 15 Mei 1997 Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer IPSI, Tg Mlim IPSI
24 - 29 Mei 1997 Kursus Pengurusan Maklumat – Power Point IAB Cawangan Utara IAB, KPM
2 - 7 Ogos 1997 Kursus Penerapan Kemahiran Berfikir bagi Pengurus Sekolah Menengah IAB Cawangan Utara IAB, KPM
5 - 7 Sept. 1998 Bengkel Teknologi Multimedia UPM Terengganu UPM
2 - 3 Feb. 1999 Kursus Pembelajaran Masteri PSPN JPNT
5 - 10 April 1999 Kursus Untuk Tenaga Pengajar SMPP/EMIS IAB Genting Highlands IAB, KPM
19 - 23 April 1999 Persidangan Kebangsaan Pusat Sumber Sekolah Hotel Copthome Orchid, Pulau Pinang BTP, KPM
16 - 21 Ogos 1999 Mesyuarat Pembinaan Garis Panduan Perlaksanaan KDP di Sekolah Rendah dan Menengah Regency Hotel & Resort, Port Dickson PPK, KPM
15 - 19 Okt. 2000 Kursus Pengurusan Akaun Sekolah Residence Inn Cherating, Pahang JPNT
30 Okt. – 3 Nov. 2000 Kusus Peningkatan Profesionalisme Guru Besar Terengganu Pusat Kokurikulum, Kuala Berang JPNT
13 - 17 Mei 2002 Kursus Pengurusan Latihan Dalam Organisasi IAB Genting Highlands IAB, KPM
19 - 23 Okt. 2003 Kursus Pengaturcaraan Visual Basic Hotel Seri Malaysia, KT BPG, KPM
6 - 10 Sept. 2004 Kursus Aplikasi TMK Dalam P & P Berasaskan Notebook Apple Indera Mahkota Training Villa & Resort, Kuantan BPG, KPM
18 Feb. – 2 Mac 2006 Kursus Pengurusan Pejabat dan Kewangan IAB Cawangan Utara IAB, KPM
20 – 21 Ogos 2006 Seminar Inovasi Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Terengganu Hotel Grand Continental Kuala Terengganu PSPN Terengganu & JPNT
27 – 30 Nov. 2006 Kursus Pengurusan Kewangan MSSM Primula Beach Resort Kuala Terengganu Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan, KPM
10 – 15 Nov. 2007 Kursus Pemantapan Kepimpinan ICT dan Pembestarian Grand Continental Kuala Terengganu Institut Aminuddin Baki, KPM
17 Ogos 2008 Seminar Penampilan Diri Kepimpinan Pendidikan Akademik Bomba Dan Penyelamat, Wakaf Tapai, Marang Jabatan Pelajaran Terengganu
18 - 23 April 2009 Kursus Pengurusan Projek Hotel Sutra Inn, Kota Bharu Kelantan Institut Aminuddin Baki, Cawangan Utara