Murugan Chillayah

Guru yogi, meditasi, kerohanian dan seni tradisi India

Murugan Chillayah, juga dikenali sebagai Guruji Murugan (Tamil: குருஜி முருகன், Sanskrit: गुरुजी मुरुगन), (lahir 22 November 1978), ialah berbangsa Malaysian Indian yang lahir di Negeri Sembilan, Malaysia, yang merupakan guru dalam beberapa seni tradisional India (termasuk Silambam, Kuttu Varisai, Yoga Tradisional, dan Varma Kalai), guru yoga yang berpengalaman dan pemimpin rohani. Beliau sering dirujuk sebagai Guruji (kehormatan). Guruji Murugan adalah pengasas dan pengerusi Silambam Asia, Persatuan Silambam Dunia, dan Persatuan Yoga Dunia. Beliau juga menyokong dan memimpin pelbagai inisiatif antarabangsa untuk program Seni Tradisional India 5R (Research, Revive, Rejuvenate, Restore, and Retention) dengan kerjasama United Nations SDGS untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan [1], Kempen Tindakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations SDGS) untuk Matlamat Pembangunan Mampan oleh Persatuan Yoga Dunia (World Yoga Association) [2], Kempen Tindakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations SDGS) untuk Matlamat Pembangunan Mampan oleh Persatuan Silambam Dunia (World Silambam Association) [3], dan lain-lain lagi.

Guruji Murugan
Guruji Murugan Chillayah di Uttarakhand, Himalaya, India (2015)
Lahir (1978-11-22) 22 November 1978 (umur 45)
Negeri Sembilan, Malaysia
Nama lahirMurugan Chillayah
GuruMahaguru Ambiga Arumugam, Shihan Chua Yeow Kee, Swami Sudhir Anand
FalsafahSaivisme, Yoga
GelaranGuruji

Biografi sunting

Kehidupan awal sunting

Murugan Chillayah dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia, kepada Saradamah (ibu) dan Chillayah (ayah). Beliau adalah anak lelaki sulung, dan juga mempunyai seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan.[4]

Pendidikan sunting

Murugan pernah belajar di SK Sri Subang Jaya SS14 dan SMK Subang Jaya SS14, di Subang Jaya, dan meninggalkan Malaysia untuk mengikuti pengajian Diploma dalam Pengurusan Perniagaan Antarabangsa di IBMEC, sebuah kolej swasta di Somerset, Singapura, tetapi tidak menamatkan pelajaran kerana jadual kerja yang terhad di Singapura.[4] Selain itu, beliau juga telah mengambil kursus jangka pendek dalam Sains Doping di bawah penyelia pengajiannya Fabien Ohl, dekan Fakulti Sains Sosial dan Politik di Universiti of Lausanne di Switzerland. Kemudiannya, beliau telah melanjutkan pengajian ijazah Sarjana Muda Sains (BSc.) dalam Pentadbiran Perniagaan di University of People, California, Amerika Syarikat.[4]

Perguruan kearah kerohanian dan bertapa sunting

Pada usia yang muda 9 tahun, Murugan sudah mula menunjukan minat dalam seni tradisional India dan kemudiannya menjadi murid dibawah mahaguru Ambiga dari Malaysia dalam seni mempertahankan diri tradisional India yang dikenali sebagai Kuttu Varisai (seni bela diri tanpa senjata) dan Silambam (seni tempur bersenjata) dan ditauliahkan sebagai guru silambam pada tahun 1996 semasa Arangetram (persembahan sulung di khalayak ramai untuk seni tradisional India) di Kuil Sri Subramaniar, Bandar Sunway, Malaysia.

Pada tahun 1999, beliau telah mula menjelajah beberapa negara di Asia termasuk India kerana berminat untuk mengetahui dan menceburi lebih mendalam ilmu-ilmu seni tradisi India, kerohanian, ilmu pertapaan dan masyarakat. Beliau mula mempelajari seni tempur Jepun Kyokushinkaikan di bawah Shihan Chua Yeow Kee di Singapura.

Kemudian, beliau telah pergi ke India, untuk mempelajari yoga tradisional dan meditasi di bawah bimbingan Swami Sudhir Anand. Setelah selesai mempelajari ilmu asas dari Swami, beliau mula ziarah (pilgrimage) ke tempat-tempat suci di banjaran Himalaya di India, untuk belajar lebih mendalam tradisi yoga dengan bimbingan sadhu dan yogi yang hidup di kawasan pergunungan, bersama dengan falsafah yogi, teks atau amalan Hindu, meditasi dan mendalami ilmu alam pertapaan.

Pada tahun 2014, Guruji Murugan mengambil bahagian dalam upacara peralihan hidup melalui Upanayana (pemakaian benang suci) di Kuil Omkarananda Dipeshwar Mandir, Rishikesh, yang berdekatan Sungai Ganga. Kemudiannya beliau telah di inisiasi sebagai Brahmacharya di India dengan upacara penuh yang telah dijalankan dihadapan beberapa orang-orang alim Hindu, sadhu dan yogi di pergunungan Himalaya dengan istiadat penuh mengambil nazar untuk beliau menerima kehidupan sebagai Sannyasa (tahap rahib atau pertapa) untuk mendalami iktibar hidup.

Selepas itu, beliau mengembara di beberapa bahagian Uttarakhand sehingga sampai ke hulu Sungai Gangga di kawasan Gangotri dengan menziarahi beberapa sadhu dan yogi (pertapa atau pengamal yoga) yang hidup sebagai zuhud (seseorang yang hidup di pergunungan Himalaya secara soleh tanpa dikuasai oleh keseronokan atau kemewahan di alam dunia). Dari penziarahan tersebut, Guruji Murugan berpeluang untuk mempelajari fungsi dan kesalinghubungan yoga tradisional dengan 5 jenis sifat elemen dasar pembentuk alam (juga dikenali sebagai maha pancha-bhuta), kerohanian, falsafah Tantra, dan keinsafan dari segala dosa. Dari pengalaman tersebut, beliau mula mengajar yoga tradisional yang berkait dengan pelbagai aktiviti pendidikan, falsafah pendidikan bersepadu (yang merangkumi keseluruhan ilmu-ilmu pengetahuan am yang berkait dengan ilmu dunia), pranayama, meditasi, dan asana, yang digabungkan dengan seni tradisi Silambam, Kuttu Varisai, Yoga Tradisional, dan Varma Kalai.[1]

Mengasaskan Silambam Asia sunting

Pada 22 November 1999, nama utama Silambam yang berasal dari Tamil Nadu di zaman awal India, telah didokumentasikan oleh Murugan Chillayah sebagai satu nama organisasi yang rasmi dengan tujuan untuk membawa seni tradisi dan sukan tradisional India dengan menyatukan unsur-unsur pendidikan, kesihatan, kecergasan, kebudayaan, pengetahuan alam semula jadi, mengenal pasti atau mengetahui perihal perubahan iklim, dan juga aktiviti rekreasi yang berkaitan melalui latihan Silambam, Kuttu Varisai, Yoga Tradisional, dan Varma Kalai. Nama utama, Silambam, telah didaftarkan secara sah dan diiktiraf sebagai organisasi rasmi selepas menerima kelulusan pelepasan keselamatan daripada Pihak Berkuasa Kawal Selia di Singapura.[5]

Sehubungan dengan itu, beliau juga telah mendaftar Silambam Asia (Tamil: சிலம்பம் ஆசியா) (IAST: Silambam Āsiya) dengan Kementerian Dalam Negeri (JPPM) di Malaysia dengan anggota daripada dua belas negara di benua Asia dan diiktiraf secara rasmi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations),[6] yang kini semakin berkembang di benua Asia dan di seluruh dunia.

Silambam Asia juga bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations SDGS) untuk Matlamat Pembangunan Mampan bagi memelihara dan melindungi intipati kesenian tradisional India, sukan, kebudayaan, dan kandungan pendidikan dalam Silambam di peringkat benua dan antarabangsa.[1]

Mengasaskan World Silambam Association sunting

Ia diikuti dengan penubuhan Persatuan Silambam Dunia (Tamil: உலக சிலம்பம் சங்கம்) (IAST: Ulaka Cilampam Caṅkam) yang didaftar dengan Kementerian Dalam Negeri (JPPM) di Malaysia dan sedang berkembang pesat untuk memelihara dan melindungi intipati Silambam di seluruh dunia, telah didaftarkan oleh Murugan Chillayah untuk menjadi nama organisasi rasmi untuk menyediakan seni tradisi dan sukan tradisional India dengan menyatukan unsur-unsur pendidikan, kesihatan, kecergasan, kebudayaan, pengetahuan alam semula jadi, mengenal pasti atau mengetahui perihal perubahan iklim, dan juga aktiviti rekreasi yang berkaitan melalui latihan Silambam, Kuttu Varisai, Yoga Tradisional, dan Varma Kalai.[7][8]

Persatuan Silambam Dunia (WSA) telah diiktiraf secara rasmi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations)[9] dan bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations SDGS) untuk Matlamat Pembangunan Mampan.[1]

Mengasaskan World Yoga Association sunting

 
Guruji Murugan Chillayah telah dihormati dan dialu-alukan oleh Mr. Sutichai Bunditvorapoom, Pengarah Biro Konvensyen dan Pameran Thailand di UIA-TCEB di mesyuarat Round Table Asia-Pacific 2019 di Pattaya, Thailand.[10][11]

Persatuan Yoga Dunia (Tamil: உலக யோகா சங்கம்) (IAST: Ulaka Yōkā Caṅkam) telah didaftar dengan Kementerian Dalam Negeri (JPPM) di Malaysia untuk memulihara amalan tradisional yoga, menyebarkan faedahnya, dan memelihara serta melindungi intipati yoga tradisional di seluruh dunia. Program mereka bertujuan untuk menghilangkan tekanan, menanam semangat kemanusiaan, disiplin dalam kehidupan dan menyampaikan keamanan sejagat. Pelajaran atau latihan utama yang dilaksanakan termasuk meditasi tradisional, latihan asana, dan latihan perguruan yoga.[12]

Pada tahun 2018, ia telah diiktiraf secara rasmi dengan kerjasama United Nations Sustainable Development Goals for the program of Indian Traditional Arts: 5R (Research, Revive, Rejuvenate, Restore, and Retention) untuk menyediakan seni tradisi dan sukan tradisional India dengan menyatukan unsur-unsur pendidikan, kesihatan, kecergasan, kebudayaan, pengetahuan alam semula jadi, mengenal pasti atau mengetahui perihal perubahan iklim, dan juga aktiviti rekreasi yang berkaitan melalui latihan Yoga Tradisional, dan Varma Kalai.[1]

Falsafah sunting

Dasar kerohanian dan keharmonian sunting

 
Guruji Murugan memberikan latihan praktikal untuk kanak-kanak di sekolah di Malaysia.

Guruji Murugan percaya kesenian, kesusasteraan, dan sains daripada tamadun awal India yang mengandungi nilai-nilai murni dan kerohanian boleh dikaitkan atau boleh diserasi untuk kehidupan di zaman moden, yang boleh membantu meningkatkan nilai kemanusiaan seperti kesedaran diri, ikhsan, belas kasihan dan disiplin yang tinggi. Beliau telah merancang dan menjalankan beberapa aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan seni tradisi dan sukan tradisional India dengan menyatukan unsur-unsur pendidikan, kesihatan, kecergasan, kebudayaan, pengetahuan alam semula jadi, mengenal pasti atau mengetahui perihal perubahan iklim, dan juga aktiviti rekreasi yang berkaitan melalui latihan Silambam, Kuttu Varisai, Yoga Tradisional, dan Varma Kalai. Latihan dan pelajaran yang berkaitan diberikan untuk semua orang - tanpa mengira umur, warna kulit, bangsa, etnik, agama, asal usul negara, jantina, atau kecacatan.[1]

Beliau menyatakan bahawa segala unsur-unsur yang terkandung dalam seni tradisi India (Silambam, Kuttu Varisai, Yoga Tradisional, Varma Kalai, dan Siddha) yang berasal dari zaman tamadun awal India, ke zaman dinasti-dinasti India sehingga ke zaman ini, boleh dipelihara atau dikekalkan melalui latihan teori sistematik yang digabungkan dengan teknikal dan praktikal. Ini juga bantu meningkatkan mutu seni tradisi India dan memberi kesedaran kepada semua golongan masyarakat, tanpa dibataskan atau dipecahkan kepada hanya untuk satu kaum, agama atau budaya. Dalam program-program beliau yang berasaskan teknikal dan praktikal, beliau juga menyatakan bahawa manusia berkongsi ikatan rohani dengan makhluk hidupan yang lain disekeliling kita dan alam semula jadi, dimana kesemuanya bersama-sama saling bantu membantu dalam mencapai sesuatu matlamat kehidupan dibumi ini, mahupun untuk menuju kehidupan kearah alam yang lain.[1]

Kerja-kerja keamanan dan kemanusiaan sunting

Konvensyen untuk mentakrif suku kaum global sunting

 
Guruji Murugan bertemu Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah dan beberapa delegasi-delegasi dari Universiti Malaya dalam pertemuan “Redefining Global Tribes” yang dianjurkan oleh Sarawak Convention Bureau di Kuala Lumpur, 2017.

Pada tahun 2017, Biro Konvensyen Sarawak (Sarawak Convention Bureau) telah menjemput Guruji Murugan di Kuala Lumpur, Malaysia dalam usaha membawa komuniti seni tradisional India, institusi pengajian tinggi, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan beberapa organisasi-organisasi yang berkaitan dengan suku kaum untuk bersatu dalam membina identiti yang lebih kukuh untuk ekonomi Malaysia. Konvensyen ini telah dianjurkan dengan sokongan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah.

Forum Dasar Tadbir Urus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-IGF) sunting

Beliau memulakan beberapa siri kursus amali berkaitan nilai-nilai murni dan kerohanian yang terkandung didalam seni tradisi India, mengembara untuk memberi ceramah dan mengatur persidangan di Malaysia dan di seluruh dunia tentang seni tradisional India dan sains purba dengan membawa ke dalam sistem pendidikan dan platform teknologi. Beliau juga membantu komuniti untuk menyediakan beberapa program latihan dan membimbing mereka untuk menyusun semula pusat latihan untuk pendedahan yang lebih baik untuk komuniti di seluruh dunia. Pada 2018, beliau pergi ke ibu pejabat Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) Paris di negara Perancis untuk Forum Dasar Tadbir Urus Internet Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations IGF), dalam usaha membawa seni, budaya dan tradisional India kedalam platform teknologi bagi meningkatkan kerja-kerja pembangunan yang bertaraf antarabangsa dan menonjolkan seni tradisional India di mata dunia.[13]

Penandatangan untuk hak asasi manusia antarabangsa sunting

Dunia kini telah dilanda dengan pelbagai krisis, termasuk pandemik COVID-19, krisis kesihatan lain-lain, masalah pendidikan atau buta huruf, bencana alam, perubahan iklim yang semakin memuncak, konflik perang di Ukraine melanda komuniti yang rapuh, sehingga mengakibatkan perpindahan dan kehilangan tempat tinggal dan mata pencarian, terutamanya kanak-kanak, belia, orang tua, dan orang kurang upaya.

Beliau terlibat sebagai salah satu penandatangan bersama beberapa organisasi-organisasi kemanusian dari lima benua di dunia untuk bekerjasama menyokong kearah dunia yang aman, adil, mampan dan makmur. Beliau dan kesemua penandatangan telah bersama-sama mengambil bahagian dalam seruan untuk rundingan penyelesaian dijalankan dengan segera dan pantas untuk menamatkan perang di Ukraine. Ini juga termasuk arahan pemberhentian serta-merta permusuhan yang mengancam orang awam di Ukraine, dan juga menyokong untuk penyingkiran pasukan tentera dan persenjataan Rusia dari Ukraine, bersama-sama dengan kenyataan yang dipersetujui dan mangalu-alukan penyediaan jaminan keselamatan orang awam di Ukraine oleh dan untuk semua pihak. Beliau menyokong seruan bersama anggota dari negara-negara lain untuk memperingati visi penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (United Nations) dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Security Council) untuk menyampaikan dan mengelakkan sebarang jenis peperangan yang boleh menyebabkan penderitaan manusia, penjejasan alam semula jadi, dan untuk mencapai Agenda 2030, yang telah ditetapkan sebagai salah satu jalan utama ke arah dunia yang aman, adil, mampan dan makmur.[14]

Krisis kemanusiaan dan ekonomi yang tercetus melalui wabak telah mengancam kesejahteraan berbilion-bilion orang dan berisiko tinggi yang boleh menjejaskan usaha global untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan dan ianya juga bertindak balas dengan tahap kecemasan perubahan iklim yang semakin meningkat. Untuk memastikan bantuan pembangunan tidak dialihkan tetapi dikukuhkan dengan respon kemanusiaan terhadap krisis dan untuk memastikan bahawa bantuan kecemasan diagihkan sejajar dengan keutamaan negara yang membangun tanpa syarat-syarat yang terhad.[15]

Guruji Murugan menandatangani perjanjian persefahaman bersama-sama dengan organisasi-organisasi bukan kerajaan (NGO) yang lain - agar kerajaan antarabangsa bertindak dangan cepat untuk melaksanakan isu-isu kemanusiaan dan alam sekitar yang dibentang ke dalam mesyuarat Menteri Kewangan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (United Nations) pada 8 September 2020, dengan mematuhi rangka kerja hak asasi manusia, memastikan kesaksamaan jantina dan menjaga integriti alam sekitar.[16]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g Mohammed, A. J. (30 August 2018). "Indian Traditional Arts - 5R (Research, Revive, Rejuvenate, Restore and Retention)". United Nations Partnership for Goals. Dicapai pada 7 October 2018.
  2. ^ Act4SDGs (27 September 2022). "United Nations SDGS Action Campaign - World Yoga Association". Global week to Act4SDGs. Dicapai pada 23 November 2023.
  3. ^ Act4SDGs (27 September 2022). "United Nations SDGS Action Campaign - World Silambam Association". Global week to Act4SDGs. Dicapai pada 23 November 2023.
  4. ^ a b c Magdellaine (2021). "Murugan - Biography - IMDB". IMDb.com, Inc. Dicapai pada 25 May 2023.
  5. ^ Guruji Murugan, Chillayah (20 October 2012). "Official Silambam Asia". Silambam. Dicapai pada 31 May 2013.
  6. ^ Sallam, M. (21 January 2019). "United Nations Committee recommended Status for Silambam Asia". United Nations Meetings Coverage & Press Releases. Dicapai pada 22 January 2019.
  7. ^ Guruji Murugan, Chillayah (20 October 2012). "Official World Silambam Association". Silambam. Dicapai pada 31 May 2013.
  8. ^ ICSSPE (8 April 2021). "Research, Revive, Rejuvenate, Restore and Retention". International Council of Sport Science and Physical Education, Germany. Dicapai pada 27 November 2023.
  9. ^ Ozgul Bilman, M. (29 August 2022). "United Nations Committee recommended Status for World Silambam Association". United Nations Meetings Coverage & Press Releases. Dicapai pada 31 August 2022.
  10. ^ TCEB (n.d.). "Thailand Convention & Exhibition Bureau (TCEB) - Director of Thailand Convention Mr. Sutichai Bunditvorapoom". Thailand Convention & Exhibition Bureau (TCEB). Dicapai pada 20 September 2019.
  11. ^ UIA (2019). "Union of International Associations (Union des Associations Internationales) 7th. Round Table Asia-Pacific 2019 in Pattaya, Thailand as the Speaker for - Digital tools for an illiterate audience". Union of International Associations. Dicapai pada 20 September 2019.
  12. ^ Sonal, Adwani (21 February 2020). "Yoga in Malaysia - Experience Peace at these 10 Centres". Holidify Travels. Dicapai pada 13 June 2023.
  13. ^ IGF (2018). "Global Multi-Stakeholder Group". United Nations Governance Policy Forum. Dicapai pada 12 November 2018.
  14. ^ CIVICUS (11 April 2022). "Stop the war in Ukraine: Global solidarity statement". UN HUB: NEW YORK. Dicapai pada 9 December 2022.
  15. ^ CADTM International (1 October 2020). "Open Letter to Heads of State Meeting at the United Nations". Comité pour l'Abolition des Dettes illégiTiMes (CADTM asbl). Dicapai pada 9 December 2022.
  16. ^ CSO FfD Mechanism Group (September 2020). "Global Economic Solutions Now! Open Letter to Heads of State Meeting at the United Nations" (PDF). Civil Society Financing for Development (FfD) Mechanism. Dicapai pada 9 December 2022.

Rujukan lanjut sunting

Bibliography

  • STEKOM, Indonesia (20 October 2015). Mangala sutra (Tesis). Universitas Sains & Teknologi Komputer (STEKOM).
  • Yavor, Mendel (n.d.). 古代医学. Cambridge Stanford Books.

Pautan luar sunting