Nabi Isa
- Untuk kIsah mengenai Nabi Isa, sila lihat
Isa (عيسى) merupakan seorang nabi yang penting dalam agama Islam. Dalam Kitab Suci Al Qur'an, baginda digelar Isa bin Maryam atau Isa al-Masih. Panggilan ini berasal daripada bahasa Aram.
![]() Nama Isa ditulis dalam seni khat. | |
Kelahiran | Tahun 7-2 (Sebelum Masihi) di |
Hilang pada | antara tahun ke-30 ke 33 Masihi Taman Gethsemane, Jerusalem |
Meninggal dunia | belum meninggal dunia sebaliknya diangkat oleh Allah diantara umur 30-33 tahun. Akan turun kembali ke bumi apabila Hari Kiamat mula hampir. Lihat Tanda-tanda Kiamat. |
Terkenal kerana | salah seorang dari Nabi dan rasul dalam ajaran Islam dan Rasul Ulul Azmi. |
Pasangan | Tidak berkahwin |
Anak-anak | Tiada anak, namun meninggalkan 12 orang Hawari. |
Ibu bapa | Tiada bapa, mempunyai ibu bernama Maryam |
Mengikut Al-Quran, keturunan Nabi Isa bermula dari kelahiran Maryam iaitu anak perempuan Imran, yang kemudianya dibesarkan oleh Nabi Zakaria dan dengan kelahiran Nabi Yahya. Al-Quran telah mencatatkan berkenaan kelahiran Nabi Isa tanpa wujudnya seorang ayah.
- إِذۡ قَالَتِ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ يَٰمَرۡيَمُ إِنَّ ٱللَّهَ يُبَشِّرُكِ بِكَلِمَةٍۢ مِّنۡهُ ٱسۡمُهُ ٱلۡمَسِيحُ عِيسَى ٱبۡنُ مَرۡيَمَ وَجِيهًا فِي ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةِ وَمِنَ ٱلۡمُقَرَّبِينَ Maksudnya: “(Ingatlah) ketika malaikat berkata: Wahai Mariam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang menggembirakan, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Mariam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat dan dia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).” (Surah ali ‘Imran: 45)
Sirah Nabi Isa kemudian diteruskan dengan diangkat sebagai seorang utusan Allah, penolakan oleh Bani Israel dan berakhir dengan diangkat ke langit.
Kepercayaan dasar Islam tentang Nabi Isa
suntingBeberapa kepercayaan yang dianut umat Islam mengenai Isa antara lain :
- Salasilah Nabi Isa datang daripada Nabi Ibrahim a.s. melalui puteranya Ishak a.s.
- Isa adalah salah satu nabi yang tergolong dalam Ulul Azmi, yakni Nabi dan Rasul yang memiliki kedudukan tinggi/istimewa bersama dengan (Nabi Muhammad s.a.w., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s. dan Nabi Nuh a.s.).
- Isa ialah Al-Masih dan diutus untuk kaum bani Israel
- Isa bukanlah Tuhan mahupun anak Tuhan, melainkan hanyalah seorang manusia biasa yang diangkat menjadi Nabi dan Rasul sebagaimana juga setiap para Nabi dan Rasul lain yang diutus pada kaum masing-masing.
- Kelahiran Isa terjadi tanpa perantaraan ayah kandung, yakni melalui kekuasaan Allah s.w.t. Ibunya Maryam adalah tergolong daripada mereka yang suci serta masih perawan.
- Isa memiliki beberapa keajaiban (mukjizat) atas kekuasaan Allah. Di samping kelahirannya yang ajaib, baginda mampu bertutur seawal usia beberapa hari, Isa telah bersaksi dalam membela ibunya dari tuduhan zina.
- Baginda mempunyai mukjizat dapat menghidupkan orang yang sudah mati, menyembuhkan orang yang buta sejak lahir dan mengubati orang yang menghidapi sopak (kusta).
- Isa menerima wahyu dari Allah melalui kitab injil, beberapa pendapat dalam Islam menyebutkan bahawa Nabi Isa a.s sebenarnya memiliki Injilnya yang tersendiri berdasarkan dari keterangan dalam Al-Quran.
- Isa tidaklah dibunuh atau dIsalib, tetapi Allah telah menyerupakan orang yang mirip dengan Nabi Isa, sedangkan Isa sendiri diangkat terus ke syurga.
- Isa masih hidup dan berada di syurga, suatu hari baginda akan datang kembali ke bumi untuk melawan Dajjal dan merupakan salah satu tanda-tanda Hari Kiamat.
- Isa bukan penebus dosa bagi manusia, Islam menolak konsep dosa keturunan dan percaya bahawa setiap manusia bertanggungjawab dan akan diadili keatas perbuatannya sendiri.
Kelahiran
suntingAbu Bakar Muhammad bin Ahmad al-Wasiti dalam kitabnya Fadha’il Bait al-Maqdis (hlm. 301) meriwayatkan daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda:
أُتِيتُ بِالبُرَاقِ لَيلَةَ أُسرِيَ بِي، فَرَكِبتُ إِلَى بَيتِ الْمَقدِسِ، فَلَمَّا مَرَرنَا بِطُورِ سَينَاءَ قَالَ لِي جِبرِيلُ: انزِل فَصَلِّ، فَنَزَلتُ فَصَلَّيتُ رَكعَتَينِ، فَلَمَّا مَرَرنَا بِبَيتِ لَحمٍ قَالَ لِي جِبرِيلُ: «هَذَا مَولِدُ عِيسَى، فَانزِل فَصَلِّ»، فَنَزَلتُ فَصَلَّيتُ رَكعَتَينِ.
Maksudnya: “Didatangkan kepadaku Buraq pada malam aku diperjalankan, lalu aku menunggang Buraq itu sehingga ke Baitul Maqdis. Apabila kami melalui Bukit Tursina, Jibril berkata kepadaku: ‘Turun dan solatlah.’ Aku pun turun dan melakukan solat dua rakaat. Apabila kami melalui Baitul Lahm, Jibril berkata kepadaku: ‘Inilah tempat kelahiran Nabi Isa, maka turun dan solatlah.’ Lalu aku turun dan melakukan solat dua rakaat.”
Syeikh Abu al-Munzir ‘Amr bin Abd al-Azim Syarif al-Huwaini dalam tahqiqnya terhadap kitab ini menyatakan bahawa hadith ini bertaraf dha‘if jiddan. Hal ini kerana terdapat beberapa orang perawi dalam sanadnya yang bermasalah seperti ‘Amr bin Abu Salamah yang didha‘ifkan oleh Ibn Ma‘in dan al-Saji. Abu Hatim pula berkata bahawa hadithnya ditulis tetapi ia tidak boleh dijadikan hujah. Manakala al-‘Uqaili pula menyatakan bahawa pada hadithnya terdapat waham. (Lihat Fadha’il Bait al-Maqdis, hlm. 301).
Selain itu, terdapat juga riwayat yang serupa dengan ini sebagaimana yang dikatakan bahawa Abu Hurairah R.A meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda:
لَمَّا أُسْرِيَ بِي إِلَى بَيْتِ المقْدِسِ مَرَّ بِي جبْرِيلُ بِقَبْرِ أَبِي إِبْرَاهِيمَ عَلَيْه السَّلام، فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ انْزِلْ فَصَلِّ هُنَا رَكْعَتَيْنِ؛ هَذَا قَبْرُ أَبِيكَ إِبْرَاهِيمَ. ثُمَّ مَرَّ بِي بِبَيْتِ لَحْمٍ، فَقَالَ: انْزِلْ فَصَلِّ هَاهُنَا رَكْعَتَيْنِ؛ فَإِنَّهُ هُنَا وُلِدَ أَخُوكَ عِيسَى عَلَيْه السَّلام. ثُمَّ
أَتَى بِي إِلَى الصَّخْرَةِ، فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ، مِنْ هُنَا عَرَجَ رَبُّكَ إِلَى السَّمَاء”.
Maksudnya: “Ketika aku diisra’kan ke Baitul Maqdis, aku dan Jibril melalui kubur ayahandaku, Nabi Ibrahim AS, maka Jibril berkata: ‘Wahai Muhammad, turun dan solatlah dua rakaat di sini. Ini ialah kubur ayahandamu, Nabi Ibrahim AS.’ Kemudian kami melalui pula Baitul Lahm, lalu Jibril berkata: ‘Turun dan solatlah di sini dua rakaat kerana sesungguhnya di sini lahirnya saudaramu, Nabi Isa AS.’ Kemudian Jibril membawaku ke batu besar lalu Jibril berkata: ‘Wahai Muhammad, dari sinilah Tuhan kamu naik ke langit.’”
Dalam sirah Islam disebutkan datangnya malaikat kepada Maryam mengkhabarkan bahawa dia akan melahirkan seorang putera. Maryam kemudian terkejut dan menjawab kepada Malaikat itu bahawa dia tidak pernah disentuh seorang lelaki pun.
- قَالَ كَذَٰلِكِ قَالَ رَبُّكِ هُوَ عَلَىَّ هَيِّنٌۭ ۖ وَلِنَجْعَلَهُۥٓ ءَايَةًۭ لِّلنَّاسِ وَرَحْمَةًۭ مِّنَّا ۚ وَكَانَ أَمْرًۭا مَّقْضِيًّۭا
- Ia menjawab: "Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.
Sebagai seorang nabi
suntingBeberapa ayat dari Al Qur'an yang menegaskan tentang kenabian Isa antara lain:
- Berkata Isa: "Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku kitab suci (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi,dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) solat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup; serta berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka. Dan kesejahteraan itu semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan juga pada hari aku dibangkitkan hidup kembali". Itulah Isa putera Maryam, yang mengatakan perkataan yang benar, yang mereka berbantah-bantahan tentang kebenarannya. Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia. (Surah Maryam ayat 30-35)
- Dan tatkala Isa datang membawa keterangan dia berkata: "Sesungguhnya aku datang kepadamu dengan membawa hikmah dan untuk menjelaskan kepadamu sebagian dari apa yang kamu berselisih tentangnya, maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah (kepada) ku". Sesungguhnya Allah Dialah Tuhanku dan juga Tuhan, kamu maka sembahlah Dia, inilah jalan yang lurus. Maka berselisihlah golongan-golongan (yang terdapat) di antara mereka, lalu kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang zalim yakni siksaan hari yang pedih (kiamat). (Surah Az Zukhruf 63-65)
- Al Masih putera Maryam itu hanyalah seorang Rasul yang sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa rasul, dan ibunya ialah seorang yang sangat benar, kedua-duanya biasa memakan makanan. Perhatikan bagaimana Kami menjelaskan kepada mereka (ahli kitab) tanda-tanda kekuasaan (Kami), kemudian perhatikanlah bagaimana mereka berpaling (dari memperhatikan ayat-ayat Kami itu). (Surah Al Maa'idah ayat 75)
- Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: "Jadikanlah aku dan ibuku dua orang tuhan selain Allah?". Isa menjawab: "Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku untuk mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku pernah mengatakannya maka tentulah Engkau (sedia) mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui (pula) apa yang ada pada diri Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib". Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perintahkan kepadaku (mengatakan)nya iaitu: "Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu", dan adalah aku menjadi saksi terhadap mereka, selama aku berada di antara mereka. Maka setelah Engkau wafatkan aku, Engkau-lah yang mengawasi mereka. Dan Engkau adalah Maha Menyaksikan atas segala sesuatu. (Surah Al Maa'idah ayat 116-117)
Sahabat-sahabat Nabi Isa
suntingBerdasarkan maklumat yang diperolehi dari pakar-pakar sejarawan seperti Ibnu Kathir, Imam Qurtubi, serta kitab-kitab QIsasul Anbiya' telah dijelaskan bahawa Nabi Isa Al-Masih mempunyai 12 orang sahabat. Dalam Quran mereka digelar sebagai Al-Hawariyun (الحواريون). Tidak ada nama-nama 12 sahabat nabi Isa di jelaskan Al-Quran dan hadis
Firman Allah berkaitan keimanan anggota Al-Hawariyun dalam Al-Quran:
وَإِذْ أَوْحَيْتُ إِلَى ٱلْحَوَارِيِّـۧنَ أَنْ ءَامِنُوا۟ بِى وَبِرَسُولِى قَالُوٓا۟ ءَامَنَّا وَٱشْهَدْ بِأَنَّنَا مُسْلِمُونَ
Dan (ingatlah) ketika Aku ilhamkan kepada orang-orang Hawariyyiin (sahabat-sahabat karib nabi Isa): "Berimanlah kamu kepadaku dan kepada RasulKu!" Mereka menjawab: "Kami telah beriman, dan saksikanlah, bahawa sesungguhnya kami orang-orang Islam (yang menyerah diri kepada Allah)"
إِذْ قَالَ ٱلْحَوَارِيُّونَ يَـٰعِيسَى ٱبْنَ مَرْيَمَ هَلْ يَسْتَطِيعُ رَبُّكَ أَن يُنَزِّلَ عَلَيْنَا مَآئِدَةًۭ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ ۖ قَالَ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
Dan (ingatlah) ketika orang orang Hawariyyiin berkata: "Wahai Isa Ibni Maryam! Dapatkah kiranya Tuhanmu berkenan menurunkan kepada kami satu hidangan dari langit?" Nabi Isa menjawab: "Bertaqwalah kamu kepada Allah jika benar kamu orang-orang yang beriman".
قَالُوا۟ نُرِيدُ أَن نَّأْكُلَ مِنْهَا وَتَطْمَئِنَّ قُلُوبُنَا وَنَعْلَمَ أَن قَدْ صَدَقْتَنَا وَنَكُونَ عَلَيْهَا مِنَ ٱلشَّـٰهِدِينَ
Mereka berkata: "Kami hanya ingin makan dari hidangan itu (untuk mengambil berkat), dan supaya tenang tenteram hati kami, dan juga supaya kami ketahui dengan yakin, bahawa sesungguhnya engkau telah berkata benar kepada kami, dan supaya menjadilah kami orang-orang yang menyaksikannya sendiri"
قَالَ عِيسَى ٱبْنُ مَرْيَمَ ٱللَّهُمَّ رَبَّنَآ أَنزِلْ عَلَيْنَا مَآئِدَةًۭ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ تَكُونُ لَنَا عِيدًۭا لِّأَوَّلِنَا وَءَاخِرِنَا وَءَايَةًۭ مِّنكَ ۖ وَٱرْزُقْنَا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلرَّٰزِقِينَ
Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki".
قَالَ ٱللَّهُ إِنِّى مُنَزِّلُهَا عَلَيْكُمْ ۖ فَمَن يَكْفُرْ بَعْدُ مِنكُمْ فَإِنِّىٓ أُعَذِّبُهُۥ عَذَابًۭا لَّآ أُعَذِّبُهُۥٓ أَحَدًۭا مِّنَ ٱلْعَـٰلَمِينَ
Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu berulang-ulang kepada kamu, kemudian sesiapa di antara kamu kufur ingkar sesudah (turunnya hidangan itu), maka sesungguhnya Aku akan menyeksanya dengan azab sengsara yang tidak pernah Aku seksakan seseorang pun dari sekalian makhluk".
Al-Maaidah:111-115
Nabi Isa dan Mukjizat
suntingAl-Quran juga menceritakan perihal Nabi Isa yang diberikan mukjizat oleh Tuhan.
- Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebahagian (dari) mereka atas sebahagian yang lain. Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata (langsung dengan dia) dan sebagiannya Allah meninggikannya beberapa darjat. Dan Kami berikan kepada Isa putera Maryam beberapa mukjizat serta Kami perkuat dia dengan Ruhul Qudus. Dan kalau Allah menghendaki, nescaya tidaklah berbunuh-bunuhan orang-orang (yang datang) sesudah rasul-rasul itu, sesudah datang kepada mereka beberapa macam keterangan, akan tetapi mereka berselisih, maka ada di antara mereka yang beriman dan ada (pula) di antara mereka yang kafir. Seandainya Allah menghendaki, tidaklah mereka berbunuh-bunuhan. Akan tetapi Allah berbuat apa yang dikehendaki-Nya. (Surah Al Baqarah ayat 253)
- (Ingatlah), ketika Allah mengatakan: "Hai Isa putra Maryam, ingatlah nikmat-Ku kepadamu dan kepada ibumu di waktu Aku menguatkan kamu dengan ruhul qudus. Kamu dapat berbicara dengan manusia di waktu masih dalam buaian dan sesudah dewasa; dan (ingatlah) di waktu Aku mengajar kamu menulis, hikmah, Taurat dan Injil, dan (ingatlah pula) diwaktu kamu membentuk dari tanah (suatu bentuk) yang berupa burung dengan izin-Ku, kemudian kamu meniup kepadanya, lalu bentuk itu menjadi burung (yang sebenarnya) dengan seizin-Ku. Dan (ingatlah) di waktu kamu menyembuhkan orang yang buta sejak dalam kandungan ibu dan orang yang berpenyakit sopak dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) di waktu kamu mengeluarkan orang mati dari kubur (menjadi hidup) dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) di waktu Aku menghalangi Bani Israil (dari keinginan mereka membunuh kamu) di kala kamu mengemukakan kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, lalu orang-orang kafir diantara mereka berkata: "Ini tidak lain melainkan sihir yang nyata". (Al Maa'idah ayat 110)
Isa tidak dibunuh ataupun disalib
suntingAl-Quran menerangkan dalam surat An-Nisa:157 bahawa Nabi Isa tidaklah dibunuh mahupun disalib oleh orang-orang Kafir.
وَقَوْلِهِمْ إِنَّا قَتَلْنَا ٱلْمَسِيحَ عِيسَى ٱبْنَ مَرْيَمَ رَسُولَ ٱللَّهِ وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلَـٰكِن شُبِّهَ لَهُمْ ۚ وَإِنَّ ٱلَّذِينَ ٱخْتَلَفُوا۟ فِيهِ لَفِى شَكٍّۢ مِّنْهُ ۚ مَا لَهُم بِهِۦ مِنْ عِلْمٍ إِلَّا ٱتِّبَاعَ ٱلظَّنِّ ۚ وَمَا قَتَلُوهُ يَقِينًۢا
Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.
Nabi Isa a.s. diselamatkan oleh Allah SWT dengan cara diangkat ke langit, Al-Quran telah menjelaskan tentang peristiwa ini.
بَل رَّفَعَهُ ٱللَّهُ إِلَيْهِ ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًۭا
Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Nabi Isa akan diturunkan kembali ke bumi
suntingNabi Isa as. sehingga kini masih hidup dan hanya Allah SWT saja tahu dimana Nabi Isa ditempatkan.
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya:
“Para nabi semuanya bersaudara disebabkan ayah mereka satu dan hanya ibu mereka yang berlainan. Sedangkan agama mereka adalah satu. Dan akulah orang yang paling dekat dengan Isa bin Maryam kerana tidak ada Nabi di antara kami. Sesungguhnya dia akan turun. Apabila dia turun nanti, untuk mengenalinya orangnya sedang dan kulitnya putih kemerah-merahan. Dia memakai pakaian yang kuning. Dari kepalanya seperti menitis air walaupun rambut dan kepalanya tidak basah. Dia akan mengajak orang kepada Islam. Pada zamannya juga nanti dia akan menghancurkan segala agama kecuali Islam. Allah SWT akan membinasakan Dajal pada zamannya, bahkan di tangannya. Pada zamannya nanti dunia akan aman sehingga harimau dan unta berkawan dengan baik. Begitu juga harimau dengan lembu, serigala dengan kambing. Kanak-kanak akan bermain dengan ular dan ular itu tidak menggigit mereka. Keadaan seperti itu berjalan selama empat puluh tahun. Kemudian Nabi Isa a.s. wafat dan disembahyangkan oleh kaum muslimin.”
Nabi Isa akan membunuh Dajjal dan menyelamatkan manusia daripada Ya’juj dan Ma’juj
suntingوعن عثمان بن أبي العاص رضي الله عنه؛ قال: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ يَكُونُ لِلْمُسْلِمِينَ ثَلَاثَةُ أَمْصَارٍ مِصْرٌ بِمُلْتَقَى الْبَحْرَيْنِ وَمِصْرٌ بِالْحِيرَةِ وَمِصْرٌ بِالشَّامِ فَيَفْزَعُ النَّاسُ ثَلَاثَ فَزَعَاتٍ فَيَخْرُجُ الدَّجَّالُ فِي أَعْرَاضِ النَّاسِ فَيَهْزِمُ مَنْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ فَأَوَّلُ مِصْرٍ يَرِدُهُ الْمِصْرُ الَّذِي بِمُلْتَقَى الْبَحْرَيْنِ فَيَصِيرُ أَهْلُهُ ثَلَاثَ فِرَقٍ فِرْقَةٌ تَقُولُ نُشَامُّهُ نَنْظُرُ مَا هُوَ وَفِرْقَةٌ تَلْحَقُ بالْأَعْرَابِ وَفِرْقَةٌ تَلْحَقُ بِالْمِصْرِ الَّذِي يَلِيهِمْ وَمَعَ الدَّجَّالِ سَبْعُونَ أَلْفًا عَلَيْهِمْ السِّيجَانُ وَأَكْثَرُ تَبَعِهِ الْيَهُودُ وَالنِّسَاءُ ثُمَّ يَأْتِي الْمِصْرَ الَّذِي يَلِيهِ فَيَصِيرُ أَهْلُهُ ثَلَاثَ فِرَقٍ فِرْقَةٌ تَقُولُ نُشَامُّهُ وَنَنْظُرُ مَا هُوَ وَفِرْقَةٌ تَلْحَقُ بالْأَعْرَابِ وَفِرْقَةٌ تَلْحَقُ بِالْمِصْرِ الَّذِي يَلِيهِمْ بِغَرْبِيِّ الشَّامِ وَيَنْحَازُ الْمُسْلِمُونَ إِلَى عَقَبَةِ أَفِيقٍ فَيَبْعَثُونَ سَرْحًا لَهُمْ فَيُصَابُ سَرْحُهُمْ فَيَشْتَدُّ ذَلِكَ عَلَيْهِمْ وَتُصِيبُهُمْ مَجَاعَةٌ شَدِيدَةٌ وَجَهْدٌ شَدِيدٌ حَتَّى إِنَّ أَحَدَهُمْ لَيُحْرِقُ وَتَرَ قَوْسِهِ فَيَأْكُلُهُ فَبَيْنَمَا هُمْ كَذَلِكَ إِذْ نَادَى مُنَادٍ مِنْ السَّحَرِ يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَتَاكُمْ الْغَوْثُ ثَلَاثًا فَيَقُولُ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ إِنَّ هَذَا لَصَوْتُ رَجُلٍ شَبْعَانَ وَيَنْزِلُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ عَلَيْهِ السَّلَام عِنْدَ صَلَاةِ الْفَجْرِ فَيَقُولُ لَهُ أَمِيرُهُمْ رُوحَ اللَّهِ تَقَدَّمْ صَلِّ فَيَقُولُ هَذِهِ الْأُمَّةُ أُمَرَاءُ بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ فَيَتَقَدَّمُ أَمِيرُهُمْ فَيُصَلِّي فَإِذَا قَضَى صَلَاتَهُ أَخَذَ عِيسَى حَرْبَتَهُ فَيَذْهَبُ نَحْوَ الدَّجَّالِ فَإِذَا رَآهُ الدَّجَّالُ ذَابَ كَمَا يَذُوبُ الرَّصَاصُ فَيَضَعُ حَرْبَتَهُ بَيْنَ ثَنْدُوَتِهِ فَيَقْتُلُهُ وَيَنْهَزِمُ أَصْحَابُهُ فَلَيْسَ يَوْمَئِذٍ شَيْءٌ يُوَارِي مِنْهُمْ أَحَدًا حَتَّى إِنَّ الشَّجَرَةَ لَتَقُولُ يَا مُؤْمِنُ هَذَا كَافِرٌ وَيَقُولُ الْحَجَرُ يَا مُؤْمِنُ هَذَا كَافِ
Daripada Uthman bin Abi al Ash R.A, beliau berkata:
Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: (ketika kemunculan Dajal), orang-orang Islam terbahagi kepada 3 kelompok. Sekelompok berada di antara pertemuan dua laut, sekelompok lain di Hirah (sebuah kawasan di persisiran pantai 3 batu daripada Kufah), dan sekelompok lagi berada di Syam. Maka, manusia (seluruh dunia) berlindung di bawah 3 perlindungan.
“Ketika ini muncullah Dajal di tengah-tengah masyarakat, dan menyerang dari arah Timur. Tempat yang mula-mula diserang ialah kelompok yang berada di antara pertemuan dua laut. Lalu berpecahlah manusia di situ kepada 3 kumpulan pula. Sekumpulan berkata: Kita perhatikan dulu apakah tindakannya. Sekumpulan yang lain bergabung dengan bangsa-bangsa Arab.
“Kumpulan yang ketiga bergabung dengan kelompok yang berada selepas mereka (di tempat lain – Hirah – yang akan dikunjungi oleh Dajal selepas mereka).
“Turut bersama dengan Dajal seramai 70 000 tentera yang berselendang hitam (atau berpakaian serba hitam). Kebanyakan yang mengikutnya (Dajal) dari kalangan Yahudi dan golongan wanita. Kemudian, Dajal menyerang pula kelompok yang berada selepas itu (di Hirah) pula. Lalu kelompok yang berada di situ berpecah pula kepada 3 kumpulan. Sekumpulan berkata: “Kita perhatikan dulu apakah tindakannya”.
“Sekumpulan yang lain bergabung dengan bangsa-bangsa Arab. Kumpulan yang ketiga bergabung dengan kelompok yang berada selepas mereka di Barat Syam. Lalu kesemua orang Islam menuju ke Aqabah Afiq (di Damsyik). Lalu mereka menghantar beberapa tentera untuk berhadapan dengan Dajal.
“Namun mereka pula diserang, lalu diperhebatkan lagi serangan terhadap mereka (umat Islam di Damsyik). Mereka diuji dengan kelaparan yang teruk dan keperitan. (Ia berlarutan) sehinggalah seseorang itu sanggup membakar busur panahnya, lalu memakannya. Ketika dalam keadaan demikian, terdengarlah satu seruan dari arah gurun
Wahai manusia! Akan sampai kepada kamu bantuan sebanyak tiga kali!
Lalu mereka berkata sesama mereka, “Ini adalah suara dari seorang lelaki yang kenyang (mendapat bantuan)…
Ketika ini, turunlah Nabi Isa A.S ketika mereka baru sahaja ingin mengerjakan Solat Subuh (di Masjid Umawi, Damsyik). Pemimpin umat Islam (Imam Mahdi) ketika itu berkata kepadanya: “Persilakanlah wahai kekasih Allah untuk menjadi imam.”
Nabi Isa menjawab: “Umat ini terdapat pimpinan di kalangan mereka…”
“Lalu pemimpin mereka itu tadi (Imam Mahdi) tampil menjadi imam, dan mengerjakan solat. Setelah selesai solat, Nabi Isa mengambil tombaknya dan menuju ke arah Dajal (bersama tentera Islam).
“Apabila Dajal ternampak Nabi Isa A.S, hancurlah mukanya sepertimana cairan timah. Lalu Nabi Isa A.S membuat sasaran, lalu membunuhnya.
“Lalu berkecailah tenteranya, dan pada ketika itu tiada satu pun yang melindungi mereka. Sehinggakan pohon juga akan berkata: “Wahai orang beriman, di sini ada seorang kafir. Batu juga akan berkata: “Wahai orang beriman, di sini ada seorang kafir…”
(Musonnaf Ibn Abi Syaibah 38633)
Nabi Isa akan menjadi pemimpin yang adil di akhir zaman
suntingRasulullah s.a.w berkata, mafhumnya
“Isa bin Maryam akan memimpin umatku dengan bijaksana dan adil. Beliau akan menghancurkan salib-salib yang ada di dunia ini dan akan membunuh semua babi. Beliau juga akan menghapuskan cukai. Manusia pada waktu itu tidak perlu membayar cukai, bahkan zakat pun tidak dibayar lagi kerana tidak ada orang yang berhak menerimanya. “Pada hari itu semua makhluk dalam keadaan aman dan tenteram. Tidak ada saling cemburu, dengki, saling memarahi dan mengganggu antara sesama makhluk Allah. Sehingga ada anak perempuan yang bermain-main dengan harimau dan harimau itu tidak menerkamnya, begitu juga kambing berkawan dengan serigala. Seluruh dunia ketika itu nanti diliputi oleh kedamaian, keamanan dan ketenteraman. Bahkan ketika itu nanti tidak ada pertelingkahan keyakinan dan pendapat. Tidak ada yang disembah selain Allah. “Orang Arab ketika itu nanti akan merampas kembali semua miliknya. Bumi mengeluarkan cahayanya, menumbuhkan tanam-tanamannya seperti zaman Nabi Adam. Sehingga manusia akan memetik buah anggur dan delima sehingga mereka kenyang memakannya.”
Nabi Isa akan menunaikan Ibadah Haji
suntingDiceritakan dalam sebuah hadist bahwa Nabi Isa akan melaksanakan haji.
- ”Demi Dzat yang diriku berada ditanganya,sesungguhnya Ibn Maryam akan mengucapkan tahlil dengan berjalan kaki untuk melaksanakan haji atau umrah atau kedua-duanya dengan serentak”.(HR. Ahmad & Muslim dari Abu Hurairah)
Nabi Isa akan wafat
suntingJanji Allah pasti berlaku pada semua hambanya, semua yang bernyawa pasti akan mati, begitu juga Nabi Isa as. Setelah menjadi pemimpin yang adil di akhir zaman, Allah SWT. akan mewafatkan Nabi Isa.
Misi
suntingBerdasarkan sumber bertulis Islam, Nabi Isa adalah dipilih oleh Illahi untuk menyampaikan ajaran agama monoteisme yakni suatu kepercayaan kepada kepada Tuhan (Allah) Yang Maha Esa dan tunduk kepada kehendak Allah kepada Bani Israel (banī isrā'īl). Muslim percaya bahawa Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Isa a.s (Jesus Christ), iaitu Al-Kitab Injīl (gospel), yang pada masa sama menyatakan kebenaran kitab-kitab terdahulu – dari Al-Kitab Taurat (Torah) dan Zabur (Psalms). Muslim percaya bahawa Manuskrip Biblikal (kedua-dua Al-Kitab Torah dan Injīl) telah telah diubah maksud dan ayatnya dan tidak lagi boleh dipegang sebagai sumber ajaran.[2]
Al-Quran menyatakan bahawa Nabi Isa mempunyai sekumpulan murid (hawāriyūn) yang beriman kepada kenabian baginda, dan mengistilahkan diri mereka sebagai ansār ("penolong") Allah.[3] Nabi Isa turut digambarkan dalam Islam sebagai seorang Nabi Allah yang dikurniakan nikmat Mukjizat sebagai bukti kenabian baginda, termasuklah; bercakap ketika masih dalam buaian ibunya Maryam;[4] menghidupkan model burung yang baru dicipta dari tanah liat;[5] mengubati seorang pesakit kusta dan orang buta seumur hidup;[6] menghidupkan orang yang sudah mati;[6][7][8]
Nota
sunting- ^ "Yahya b. Zakariyya", Encyclopedia of Islam.
- ^ See:
- ^ See:
- Quran 2:87, Quran 2:253, Quran 5:110, cf. Griffith, Sidney H. "Holy Spirit". Encyclopaedia of the Quran
- Wherry, Sale (2000) p. 21
- Quran 3:52. "When Prophet Isa found Unbelief on their part He said: "Who will be My helpers to (the work of) Allah?" Said the disciples: "We are Allah's helpers: We believe in Allah, and do thou bear witness that we are Muslims.", ibid.
- ^ Quran 19:30
- ^ Quran 3:43
- ^ a b Quran 5:110
- ^ Quran 5:111–114
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaEoI-Isa
Rujukan
sunting- Anawati, G. C. "`Īsā". Dalam P.J. Bearman, Th. Bianquis, C.E. Bosworth, E. van Donzel, W.P. Heinrichs (penyunting). Encyclopaedia of Islam Online. Brill Academic Publishers. ISSN 1573-3912.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
- Ayoub, Mahmoud (1992). The Qur'an and Its Interpreters. State University of New York Press US. ISBN 0791409937.
- Esposito, J. L. (2002). What Everyone Needs to Know About Islam. Oxford University Press US. ISBN 0-19-515713-3.
- Esposito, J. L. (2003). The Oxford Dictionary of Islam. Oxford University Press US. ISBN 0-19-512558-4.
- Fasching, D. J.; deChant, D. (2001). Comparative Religious Ethics: A Narrative Approach. Blackwell Publishing. ISBN 0631201254.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- Khalidi, T. (2001). The Muslim Jesus: Sayings and Stories in Islamic Literature. Harvard University Press. ISBN 0674004779.
- Markham, I. S.; Ruparell, T. (2001). Encountering Religion: An Introduction to the Religions of the World. Blackwell Publishing. ISBN 0631206744.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- Rippin, A. "Yahya b. Zakariya". Dalam P.J. Bearman, Th. Bianquis, C.E. Bosworth, E. van Donzel, W.P. Heinrichs (penyunting). Encyclopaedia of Islam Online. Brill Academic Publishers. ISSN 1573-3912.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
- Sonn, Tamarra (2004). A Brief History of Islam. Blackwell Publishing. ISBN 1405121742.
- Watt, W. M. (1991). Muslim-Christian Encounters: Perceptions and Misperceptions. Routledge. ISBN 0415054109.
- Wherry, E. M.; Sale, G. (2000). A Comprehensive Commentary on the Qurán: Comprising Sale's Translation and Preliminary Discourse (vol. II). Routledge. ISBN 0415231884.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- Tarif Khalidi (2003). The Muslim Jesus: Sayings and Stories in Islamic Literature. Harvard University Press. ISBN 0674011155.
- Zuckermann, Ghil'ad (2006). "'Etymythological Othering' and the Power of 'Lexical Engineering' in Judaism, Islam and Christianity. A Socio-Philo(sopho)logical Perspective", Explorations in the Sociology of Language and Religion, edited by Tope Omoniyi and Joshua A. Fishman, Amsterdam: John Benjamins, pp. 237–258. ISBN 90-272-2710-1
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Nabi Isa |
- Jesus: A Summary of the Points About Which Islam and Christianity Agree and DIsagree Dr. Alan Godlas, University of Georgia.
- Jesus,Son of Mary - A Messenger of Allah
- The Truth About Jesus- by Maneh Al-Johani
- The Muslim Jesus (Google video) Diarkibkan 2011-06-04 di Wayback Machine - This ITV documentary portrays Jesus as Muslims see him.
- (Inggeris) Berkenaan Tarikh Sebenar Jesus Dilahirkan
- Ustaz Azhar Idrus. Ceramah; KIsah Nabi Isa (siapakah Jesus Christ?). - Youtube
- Ustaz Azhar Idrus. Ceramah; Persoalan Nabi Isa akan turun pada akhir zaman. - Youtube