Bahasa Nahuatl

(Dilencongkan dari Nahuatl)

Bahasa Nawatl (nawatlahtolli terbitan nāhuatl [ˈnaːwatɬ ],[cn 1] Sepanyol: náhuatl) atau bahasa Mesyika (mexikatlahtolli, Sepanyol: mexicano[4]) adalah satu bahasa dari cabang Nawa rumpun bahasa Uto-Aztek dituturkan oleh kira-kira 1.5 juta orang Nahua yang kebanyakannya tinggal di Mexico Tengah; ada juga yang tinggal di El Salvador dan dikenali sebagai suku Pipil. Ia bahasa peribumi yakni (bukan Eropah) paling banyak dituturkan dalam Mexico.[5] Nawatl telah dituturkan di rantau tengah Mexico sejak seawal abad ke-7 M,[6] bahasa ini mula meluas sepesat Tamadun Toltec terletak di Tula, Hidalgo moden, Mesoamerika pada kurun ke-5 hingga 6 Masihi[7] sepanjang banjaran gunung berapi yang menjangkau dari tengah Mexico ke lautan Teduh mencabang kepada beberapa bahasa serumpun.

Bahasa Nawatl
Nahuatl (bahasa Sepanyol)
Nāhuatlahtōlli, Māsēwallahtōlli, Mexicano
Wanita Nahua dari Kodeks Firenze yang digambarkan sedang bertutur.
Asli kepadaMexico dan El Salvador
EtnikOrang Nahua
Penutur bahasa
1.45 juta (2000)[1]
Bentuk awal
Dialek/loghat
Status rasmi
Bahasa rasmi di
 Mexico
Dikawal selia olehInstituto Nacional de Lenguas Indígenas[2]
Kod bahasa
ISO 639-2nah
ISO 639-3nci Bahasa Nahuatl Klasik
Untuk bentuk moden, sila rujuk Rumpuan bahasa Nahua.
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan perisian tertentu, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askara Unicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat Bantuan:IPA.

Ia merupakan bahasa kaum Aztek yang menguasai kawasan tengah Mexico sewaktu zaman Akhir Pascaklasik dalam sejarah Mesoamerika. Pada berabad-abad sebelum penaklukan Sepanyol terhadap Mexico, Empayar Aztek telah meluas dan menguasai kebanyakan wilayah Mexico, maka pengaruhnya telah menyebabkan bahasa Nawatl tuturan oleh para penduduk Tenochtitlan menjadi loghat baku serantau.

Sewaktu penaklukan apabila datangnya abjad Rumi, bahasa Nawatl turut menjadi bahasa sastera, dan banyak karya riwayat, tatabahasa, puisi, dokumen pentadbiran dan kodeks ditulis dalam bahasa pribumi ini pada abad ke-16 dan ke-17.[8] Bahasa sastera awal yang berasaskan loghat Tenochtitlan ini telah dilabelkan sebagai bahasa Nawatl Klasik dan menjadi antara yang paling banyak dikaji dan disuratkan di benua Amerika.[9]

Sistem tulisan sunting

Perumian sunting

Tulisan Rumi Sepanyol diperkenalkan para paderi dan pegawai jajahan Sepanyol Baru yang banyak mencatatkan persuratan termasuk urusan pentadbiran dan kisah lisan sezaman dalam beberapa dekad.[10] Sistem paling lama bertahan mula dikembangkan kurun ke-17 oleh rahib Jesuit Horacio Carochi hasil penelitian rakan sebidangnya Antonio del Rincon.[11]

AFA Ortografi
Ortografi lama[12] Penyeragaman (Michel Launey)[13]
[a], [] a


e kadangkala seturutan /iya/

a, ā
[e], [] e


ie atau ye kadangkala

i kadangkala if in contact with /y/

e, ē
[i], [] i, y atau j i, ī
[o], [] o


u atau v seringkali untuk /o:/, terutamanya hadapan m dan p

o, ō
[p] p p
[t] t t
[k] qu (sebelum i dan e)

c (lain-lain)

qu (sebelum i dan e)

c (lain-lain)

[ts] tz


(jarang)

tz
[] ch ch
[] tl tl
[] cu


qu hadapan a,

cu, uc, cuh, or c di hujung suku kata

cu (sebelum huruf vokal)

uc (lain-lain)

[m] m


n seringkali sebelum p atau m

m
[n] n


◌~ kadangkala after a vowel

seringkali digugurkan sebelum /y/, /w/, dan di hujung kata.

n
[s] z, ç


c sebelum /i/ dan /e/

c (sebelum e dan i)

z (lain-lain)

[ʃ] x


s kadangkala hadapan []

x
[j] i, y, j


Usually digugurkan antara /i/ dan satu vokal

y
[w] u, v, rarely hu


uh di hujung suku kata

/w/ digugurkan antara huruf vokal /o/ dan /a/

hu (sebelum huruf vokal)

uh (lain-lain)

[l] l


lh seringkali di hujung suku kata

l
[] ll, l ll
[ʔ], [h] h antara huruf vokal atau kadangkala hujung kata

Adakala tidak ditulis langsung atau bertanda ◌̀

◌̀ (pada vokal pertama perkataan)

◌̂ (pada vokal hujung perkataan)

Institut Bahasa-Bahasa Peribumi Mexico (Instituto Nacional de Lenguas Indígenas, INALI) ditubuhkan tahun 2004, berusaha beberapa kali memiawaikan tulisan yang seragam banyak loghat bahasa ini tetapi tidak berhasil.[14] Pembaharuan merumikan bahasa serumpun Nawa akhirnya digiatkan dengan kerjasama penutur dari 16 negeri se-Mexico 2018 menciptakan aturan Yankwiktlahkwilolli ("Tatatulis")[15] bertujuan memutakhirkan perumian bahasa ini.[16][17]

Catatan sunting

  1. ^ Perkataan nāhuatl (batang kata nama nāhua, + absolutif -tl ) dipercayai bermaksud "bunyi yang nyata dan jelas" (Andrews 2003:578 2003:364,398) This language name has several spellings, among them náhuatl (the standard spelling in the Spanish language),("Náhuatl" (dalam bahasa Spanish). rae.es. Dicapai pada 6 July 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)) Naoatl, Nauatl, Nahuatl, Nawatl. In a back formation from the name of the language, the ethnic group of Nahuatl speakers are called Nahua.

Rujukan sunting

  1. ^ INEGI 2005:3
  2. ^ "Instituto Nacional de Lenguas Indígenas homepage".
  3. ^ "General Law of Linguistic Rights of Indigenous Peoples" (PDF) (dalam bahasa Spanish). Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "mexicano, na". Diccionario de la lengua española (ed. 22.ª). Madrid: Real Academia Española. 2005. Dicapai pada 3 Feb 2009.
  5. ^ "Mexihko, ik chikome tlalli in kanin onka nepapan tlahtolli ipan nochi totlaltikpak". Secretaría de Cultura. Gobierno de México. 18 Feb 2019. Dicapai pada 28 Mac 2023.
  6. ^ Suárez 1983:149
  7. ^ Solar, 2006; Hers, 1993: 107
  8. ^ Canger 1980:13
  9. ^ Canger 2002:195
  10. ^ Lockhart 1992, m/s. 330–335.
  11. ^ Smith-Stark 2005.
  12. ^ Launey 1992, m/s. 379–382.
  13. ^ Launey 1992, m/s. 13–14.
  14. ^ Canger (2002)
  15. ^ "Tlahkwiloltlanawatilli (Normas de escritura)".
  16. ^ "Lingüistas y especialistas coinciden en la importancia de normalizar la escritura de la lengua náhuatl".
  17. ^ "Nawatl, mexkatl, mexicano (náhuatl)".


Sumber utama