Nota

(Dilencongkan dari Nota (filem))

Nota (Tulisan Jawi: نوتا; digayakan sebagai NOTA) merupakan sebuah filem bergenre psiko-jenayah iaitu Yasu Tanaka sebagai teraju filem ini di samping itu juga telah menjadi sebuah "Filem Malaysia" yang pertama telah diterajui beliau.

Nota
Poster filem Nota.jpg
Poster keluaran tayangan
PengarahYasu Tanaka
Cerita olehYasu Tanaka
Dihasilkan olehBea Tanaka
DibintangiHans Isaac
Maya Karin
Ramli Hassan
Rin Izzumi
SinematografiMaximilian Schmige
Disunting olehYasuhiko Tanaka
Muzik olehChristopher Higgs
Syarikat
penerbitan
42nd Pictures
Diedarkan olehEmpire Film Solution (Malaysia)
Stripped Entertainment (Amerika Syarikat)
Tarikh tayangan
13 Ogos 2015
Durasi tayangan
94 Minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
BajetRM 1.8 juta[1]
Pecah panggungRM 80 ribu[2]

Dan sepertimana yang telah diketahui bahawa "Nota" telah dibintangi beberapa Aktor lelaki dan juga Aktres wanita sebagai Pengiat Karya Seni iaitu merupakan sebagai diantara Pengkarya Seni Industri Perfileman dan juga Hiburan yang sinonim serta terkenal di Negara Malaysia dan di mana filem ini telah menampilkan Yang Hormat Dato' Hans Isaac DIMP (Pah) ataupun dengan nama lazim dan juga sinonim untuk beliau di dalam industri iaitu Hans Isaac sebagai "Kamal" dan di mana untuk peranan watak "Erin" pula telahpun dibawa seorang aktres jelita iaitu Maya Karin untuk tugas sebagai pelakon pembantu pula telah digalas oleh Ramli Hassan dan juga Rin Izzumi.

Sebagai diantara nadi-nadi penting yang telah berjaya menjayakan filem ini.

Sinopsis dan ringkasanSunting

Berikut sinopsis "Nota" di dalam sebuah pengisahan berupa jalan cerita yang mengisahkan sepasang suami isteri yang menetap di Kuala Lumpur, Erin dan Kamal iaitu peranan-peranan watak itu telah dibawa Maya Karin dan bagi watak Kamal menerusi lakonan mantap Hans Isaac dimana pasangan ini telahpun pergi ke Taman Negara Bako iaitu terletak kira-kira 24 kilometer jaraknya dari, Pusat Bandaraya, Kuching, merupakan sebuah Kotaraya Metropolitan dan juga berfungsi sebagai Ibu Negeri untuk Kerajaan Sarawak dan sepertimana diketahui, telah pun menjadi sebuah contoh di peringkat antarabangsa mahupun juga di peringkat Persekutuan serta termasuk di kesemua Peringkat Kebangsaan dan telah menjadi sebagai sebuah "Bandaraya Perpaduan" di samping berkenaan mungkin telah menarik perhatian pasangan ini iaitu kamal serta erin di atas punca dan sebab kenapa mereka berdua telah pun memilih Taman Negara tersebut iaitu Taman Negara Bako yang telah menjadi sebuah destinasi pilihan untuk pasangan suami isteri ini menyelesaikan masalah perhubungan iaitu sepertimana dialami oleh Erin dan Kamal.

Di pertengahan cerita ini telah terdapat beberapa adegan psikopat iaitu kesan sampingan dialami pasangan ini kerana telah berdepan dengan pelbagai masalah dan dibantu lakonan Ramli Hassan dengan peranan ia sebagai ''Jemat" telah menjadi sebagai pengli-pura untuk bertindak sebagai pembantu konon-konon dapat menyelesaikan masalah-masalah telah dihadapi oleh pasangan ini serta di dalam erti kata lain telah secara tidak lansung telah menjadikan masalah tersebut berlaku semakin kusut serta terlalu meruncing apabila telah menyebabkan erin sewaktu di dalam adegan babak ia dengan secara tiba-tiba telah berjaya mengesyaki telah terjadi beberapa perkara kurang menyenangkan mengenai suami beliau serta telah menjadi punca sebenar kekeruhan di dalam hubungan pasangan sebagai suami isteri serta telah secara tidak lansung mengeruhkan ataupun telah meruncingkan keadaan situasi di dalam kisah perhubungan pasangan ini.

Untuk pengetahuan secara ringkas "Nota" ialah filem terakhir yang dilakonkan oleh Ramli Hassan, diketahui beliau telah meninggal dunia pada 7 Mei 2015, iaitu tiga bulan sebelum filem ini ditayangkan,[3] dan juga telahpun berjaya ditayangkan dengan jayanya tayangan, "Filem Nota" kepada umum pada tarikh 13 hari bulan Ogos di dalam tahun 2015 lalu dan juga telah berjaya memenangi satu dari diantara empat kategori pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-28 justeru sebagai sebuah filem terbitan Penerbit, iaitu Bea Tanaka iaitu menerusi ketegori, (Lakon Layar Terbaik).

PlotSunting

Kamal (Hans Isaac) dan Erin (Maya Karin) merupakan sepasang suami isteri yang telah lama menghadapi masalah rumah tangga kerana gagal untuk mendapatkan zuriat, akibatnya mereka jarang berkomunikasi. Mayumi (Rin Izzumi) pula merupakan rakan kepada Erin yang baru dikenalinya beberapa bulan yang lepas dan sering meluahkan perasaan mengenai perkahwinannya kepada M. Ketika ulangtahun perkahwinan yang ke-10, mereka memilih untuk bercuti ke Taman Negara Bako di mana Kamal telah melamar Erin, 10 tahun yang lalu. Setibanya mereka di Kuching, Sarawak, mereka bermalam dahulu di sebuah hotel. Ketika Kamal sedang mandi, Erin telah membaca nota peribadi suaminya itu. Dia mendapati terdapat banyak tarikh yang dibulatkan dan ditulis dengan huruf M. Dia kemudiannya telah membaca sehelai nota yang diasingkan di mana Kamal meluahkan perasaanya iaitu mahu bercerai untuk kebaikan bersama.

Pada pagi hari, mereka menaiki sebuah teksi untuk ke destinasi percutian mereka. Namun, ketika perjalanan, teksi tersebut telah dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta hitam. Pemandu teksi itu yang marah, meluru keluar untuk bersemuka dengan pemandu kereta yang telah melanggar teksinya itu. Pemandu kereta hitam itu rupa-rupanya merupakan seorang pemungut hutang. Pemandu teksi itu kemudiannya dibelasah oleh oleh pemungut hutang itu dengan bantuan rakannya. Untuk mengelakkan diri mereka menjadi mangsa keadaan, Kamal dan Erin keluar dari teksi itu dan lari ke dalam hutan.

Selepas berjaya keluar dari hutan tersebut, mereka berdua mendapati mereka telah sesat. Mereka pun berjalan menyelusuri denai untuk mencari bantuan. Selepas penat berjalan, mereka tiba di sebuah penempatan terpencil. Mereka cuba mencari bantuan dari kanak-kanak yang sedang bermain tetapi tidak dihiraukan oleh mereka. Mereka kemudiannya pergi ke masjid penempatan tersebut. Mereka bertemu dengan Jemat (Ramli Hassan) dan dia menawarkan mereka untuk bermalam di rumahnya. Kamal, pada mulanya enggan dan mahu segera ke Taman Negara Bako tetapi setelah Jemat memberitahu bahawa dirinya merupakan seorang pemandu bot pelancong dan tidak mempunyai kereta, dia akur. Pada malamnya, Erin merasa gelisah setelah mengingati nota yang dibacanya sebelum ini. Erin berjalan-jalan di sekitar rumah dan ternampak Jemat yang sedang mandi. Kelihatan di tubuh badannya ialah sebuah parut, hasil dicakar oleh seekor buaya.

Mereka menaiki bot untuk ke Taman Negara Bako pada keesokan harinya. Sementara menunggu air pasang, Jemat telah bercerita kepada mereka berdua untuk menghiburkan diri mereka. Ceritanya ialah mengenai pembunuhan suami yang curang oleh isterinya yang cemburu. Isterinya telah memasukkan rebung buluh kedalam masakan kegemaran suaminya. Erin dan Kamal, walaubagaimanapun, tidak merasa terhibur dengan cerita tersebut. Setelah air pasang, mereka pun bertolak semula ke destinasi percutian mereka. Setibanya di hotel, Erin mula muntah-muntah. Erin, kemudiannya meluahkan perasaannya untuk berbincang mengenai nota yang dibacanya itu. Tetapi, yang mendengar luahan perasaannya itu bukanlah Kamal tetapi Jemat. Erin kemudiannya terdengar perbualan suaminya dengan seorang wanita di telefon bahawa wanita tersebut telah mengandung anak Kamal. Kamal merasa sangat gembira kerana selepas 10 tahun menunggu, dia akhirnya berjaya menjadi seorang bapa.Kamal kemudiannya menyedari bahawa Erin telah mendengar perbualan tersebut.

Mereka pun mendaki bukit tempat Kamal melamarnya 10 tahun lalu. Bukti kecurangan Kamal semakin terserlah ketika pendakian tersebut. Setibanya di puncak, Erin menolak Kamal ke bawah. Erin, yang ketakutan kerana baru membunuh suaminya itu, lari dan meninggalkan Taman Negara Bako. Ketika perjalanan pulang, Erin telah diugut oleh Jemat untuk mendedahkan pembunuhan suaminya itu. Ketika Jemat menolak bot itu ketika air surut, Erin memukul kepala Jemat dengan pendayung sampan dan membunuhnya.

Setibanya di Kuala Lumpur, Erin memasakkan nasi lemak kepada Mayumi. Tanpa disedari oleh Mayumi, nasi lemak tersebut telah dicampurkan dengan rebung buluh. Mayat Kamal pula telah ditemui di Taman Negara Bako selepas air surut. Erin akhirnya menyerah diri di balai polis. Ketika di dalam sel, didedahkan Erin telah mengalami tekanan perasaan kerana pembunuhan yang dilakukannya itu.

PelakonSunting

 
Maya Karin memegang watak Erin dalam filem ini.

PenerbitanSunting

Filem ini merupakan filem berbahasa Melayu pertama diarahkan oleh Yasu Tanaka.[4] Ia juga merupakan filem terakhir yang dibintangi oleh Ramli Hassan serta telah didekasikan kepada beliau.[5] Taman Negara Bako telah dipilih sebagai lokasi penggambaran hasil cadangan Ramli Hassan.[6] Pemilihan Maya Karin dan Hans Isaac telah dibuat berdasarkan pengalaman, kecergasan dan kebolehan berbahasa Inggeris bagi kedua-dua pelakon. Filem ini merupakan filem pertama yang menggandingkan kedua-dua pelakon ini.[7] Hans terpaksa dipujuk sebanyak tiga kali oleh pengarah, Yasu Tanaka untuk berlakon di dalam filem ini. Hans ketika tayangan perdana filem ini telah mengumumkan bahawa filem ini merupakan filem terakhir beliau sebagai seorang pelakon.[8] Proses praproduksi mengambil masa selama setahun untuk membolehkan kru mengkaji jadual air pasang surut Sungai Sarawak.[9]

Filem ini telah menjalani penggambaran di Sarawak[10] dan Kuala Lumpur pada April dan Mei 2013.[11] Penggambaran telah memakan masa selama 26 hari. Terdapat satu babak intim antara Hans Isaac bersama Rin Izumi. Hans mengulas ketika pengambaraan babak tersebut, beliau berasa amat janggal kerana melakonkan babak tersebut dengan seorang pelakon yang beliau tidak kenali.[12][13][14][15]Beliau turut memakai pakaian ketat untuk menunjukkan dirinya buncit akibat tekanan perasaan. Hans dan Maya tidak menggunakan solekan sepanjang pengambaraan serta tidak lansung cuba mencari keserasian antara satu sama lain. Ini ialah untuk menghidupkan watak sepasang suami isteri yang sedang menghadapi konflik perkahwinan.[16][17]

KeluaranSunting

TayanganSunting

 
Kuching merupakan antara lokasi penggambaraan bagi filem ini.

Trailer filem ini telah dimuat naik ke Youtube pada 4 Ogos 2013.Tayangan perdana filem ini telah dilakukan di Cineleisure, The Curve, Mutiara Damansara. Filem ini telah ditayangkan di Marché du Film sempena Festival Filem Cannes 2015.[18] Filem ini telah ditayangkan kepada umum di 46 pawagam seluruh Malaysia pada 13 Ogos 2015. Filem ini pula bakal ditayangkan di Amerika Syarikat dengan pengakhiran yang berbeza.[19] Selepas dua minggu ditayangkan, filem ini hanya berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM 80 ribu.

UlasanSunting

Rata-rata ulasan mengenai filem ini adalah positif. Nor Khalilah dari Sinar Harian mengulas filem ini dengan "...setanding filem luar negara."[20] Shazryn Mohd Faizal dari portal berita Therakyatpost.com pula memuji sinematografi filem, lakonan serta arahan pengarah tetapi turut mengatakan satu-satunya kelemahan filem ini ialah jalan cerita yang perlahan.[21] Hassan Abd Muthalib dari Dailyseni.com memberi lima bintang untuk filem ini.[22] Kajian "bedah filem" turut dilakukan untuk filem ini.[23]

PencapaianSunting

Anugerah Kategori Penerima Hasil
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2015[24] Sinematografi Terbaik Maximilian Schmige Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Ramli Hassan Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-28 Filem Terbaik Bea Tanaka Tercalon
Lakon Layar Terbaik Menang
Pelakon Wanita Terbaik Maya Karin Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Ramli Hassan Tercalon
Anugerah Skrin 2016 Filem Terbaik Bea Tanaka Tercalon
Lakon Layar Terbaik Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Maya Karin Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) Ramli Hassan Tercalon

RujukanSunting

  1. ^ "Nota taruhan 42nd Pictures". Sinar Harian. 20 Jun 2015.
  2. ^ "TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2015". FINAS. Dicapai pada 2015-09-10. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  3. ^ "Pelakon Ramli Hassan meninggal dunia". Sinar Harian. 7 Mei 2015.
  4. ^ "Mampukah Nota menjadi fenomena". Malaysian Gazette. 14 Jun 2015.[pautan mati kekal]
  5. ^ "Filem Melayu pengarah Jepun". Harian Metro. 1 Ogos 2015.
  6. ^ "Pengarah 'Nota' Harap Dapat Bawa Kelainan Dalam Industri Perfileman Tempatan". Tonton Extra. 1 Ogos 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 13 Ogos 2015. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  7. ^ "Pengarah Jepun Dedikasikan Filem 'Nota' Buat Allahyarham Ramli Hassan". mStar.
  8. ^ "Nota filem terakhir Hans Isaac". Malaysiangazette.com. 8 Ogos 2015.[pautan mati kekal]
  9. ^ "Dendam Maya dalam Nota". KOSMO!. 21 Jun 2015.
  10. ^ (Inggeris)"'Nota' – psycho-thriller in Bako headed for Cannes". The Borneo Post. 11 April 2015.
  11. ^ "Maya, Hans saling beremosi". KOSMO!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-18. Dicapai pada 13 Ogos 2015.
  12. ^ "Hans Isaac Kekok Tak Berbaju Depan Pelakon Jepun". 1 Ogos 2015. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  13. ^ "Hans Issac Malu Tak Berbaju Atas Katil Bersama Pelakon Wanita Jepun". Murai.com.my. 30 Julai 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-31. Dicapai pada 2015-08-19. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  14. ^ "Hans Isaac Berdebar Lakon Aksi Ranjang Dengan Aktres Jepun". Rotikaya.com. 29 Julai 2015. Dicapai pada 2015-08-19. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  15. ^ "Filem Nota:Hans Isaac akui berdebar lakukan aksi ranjang dengan pelakon Jepun". Beautifulnara.com. 29 Julai 2015. Dicapai pada 2015-08-19. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  16. ^ "Hans Isaac berpeluh kerana babak atas katil filem Nota". Berita Harian. 29 Julai 2015.
  17. ^ "Hans Isaac, Maya Karin tidak serasi dalam filem 'Nota'". Therakyatpost.com. 10 Ogos 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-19.
  18. ^ "Filem lakonan Maya Karin, Nota ditayangkan di Cannes". Astro Awani. 15 Mei 2015.
  19. ^ (Inggeris)"DIVING DEEPER INTO 'NOTA', THAT MALAYSIAN FILM EVERYONE'S BEEN TALKING ABOUT LATELY". Dailyseni.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-23. Dicapai pada 2015-08-19. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  20. ^ "Apabila cinta menjadi dendam". Sinar Harian. 15 Ogos 2015.
  21. ^ "Sinematografi indah jadi taruhan 'Nota'". Therakyatpost.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-16. Dicapai pada 2015-08-19. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  22. ^ (Inggeris)"THE THING IS, 'NOTA' HAS BEEN QUICKLY DISAPPEARING FROM CINEMAS DESPITE RECEIVING RAVE REVIEWS". 21 Ogos 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-23. Dicapai pada 2015-08-27. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  23. ^ (Inggeris)""NOTA BY YASU TANAKA: OF HUMAN NATURE, RED HERRINGS AND THE TERRIBLE MOTHER" BY HASSAN ABD MUTHALIB". Hassan Abd Muthalib. 21 Ogos 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-06. Dicapai pada 2015-08-27. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  24. ^ "Lelaki Harapan Dunia dapat pengiktirafan lagi". Astro Awani. 6 Oktober 2015.

Pautan luarSunting