PKNS FC

(Dilencongkan dari PKNS F.C.)

Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, atau lebih dikenali sebagai PKNS F.C. (English: Selangor State Development Corporation Football Club), merupakan sebuah kelab bola sepak yang bertapak di Petaling Jaya, Selangor sehingga tahun 2019 sebelum berpindah di Shah Alam, Selangor. Kelab ini merupakan salah sebuah pasukan yang bertanding dalam Liga Super Malaysia. Kelab ini cukup dikenali dalam Liga Malaysia dan pemain-pemain terkenal seperti Allahyarham Mokhtar Dahari dan Santokh Singh pernah mewakili kelab ini. Kelab ini kemudiannya telah diberi nafas baharu dan dijenamakan serta dikenali sebagai Selangor F.C. II hasil pergabungan serta ditukar-fungsi sebagai pasukan simpanan bola sepak untuk Selangor F.C. bermula tahun 2020.

PKNS F.C.
PKNS FC.png
Nama penuhKelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
GelaranSemut Merah
(The Red Ants)
Young Giants
Nama pendekPKNS F.C. atau SFC II
Diasaskan1967; 54 tahun yang lalu (1967) (sebagai PKNS)
2016; 5 tahun yang lalu (2016) (sebagai PKNS F.C.)
2 October 2020; 6 bulan yang lalu (2 October 2020) (sebagai Selangor F.C. II)
Dimansuhkan2019 (dijenamakan sebagai Selangor F.C. II & disatukan dengan Selangor F.C. dijadikan sebagai pasukan simpanan bermula pada tahun 2020)
StadiumStadium Shah Alam (2019), Stadium UiTM (2020)
PemilikRed Giants F.C. Sdn. Bhd.
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
PengerusiTengku Amir Shah
Siti Zubaidah Abdul Jabar (Board of Directors)
JurulatihK. Rajagopal
LigaLiga Super Malaysia
2019Ke-9
Tapak sesawangLaman kelab
tuan rumah
tempat lawan

Tidak seperti di England, pasukan simpanan di Malaysia bermain didalam sistem piramid bola sepak yang sama dengan pasukan pertama mereka dan bukannya liga yang terpisah. Namun, pasukan simpanan tidak boleh bermain dibahagian yang sama dengan pasukan pertama mereka. Oleh itu, pasukan ini tidak layak untuk naik pangkat ke Liga Super Malaysia, bahagian dimana pasukan induk mereka bertanding. Pasukan simpanan juga tidak lagi dibenarkan memasuki pertandingan piala.

Pasukan ini secara rasmi dikenali sebagai Selangor F.C. II setelah dipromosikan didalam laman web rasmi kelab Selangor F.C.. Sebagai Liga Bola Sepak Malaysia, badan pentadbir peraturan sistem bola sepak Liga Bola Sepak Malaysia melarang pasukan simpanan mempunyai nama yang berbeza daripada pasukan induk mereka.

RekodSunting

Pertandingan domestikSunting

Liga

Bekas PemainSunting

TempatanSunting

Luar NegaraSunting

PengurusSunting

Tahun Nama
2007–2012   Haji Yaacob Haji Jailani
2003–2006, 2013   Azmi Adnan
2014–   Mahfizul Rusydin Abdul Rashid

JurulatihSunting

Tahun Jurulatih
2017–2019   K. Rajagopal
2017   Sven Gartung
2015–2017   E. Elavarasan
2014   Wan Jamak Wan Hassan
2009–2013   Abdul Rahman Ibrahim
2008   K. Gunalan
2006–2008   Ismail Ibrahim
2003–2005   Mohd Zaki Sheikh Ahmad