Pulau Pangkor
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Pulau Pangkor merupakan pulau ketiga terbesar terletak di negeri Perak, Malaysia di perairan Selat Melaka. Luasnya cuma 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia.
Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik. Antara tempat yang menjadi tumpuan pelancong ialah:
- Kota Belanda
- Batu bersurat
- Pantai Puteri Dewi
- Pantai Pasir Bogak
- Teluk Nipah
Pulau Pangkor boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau menggunakan kenderaan darat dan laut. Sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang, snorkeling, berkayak, dan memancing.
Pangkor Laut Resort yang dimiliki oleh YTL Hotels di sebelah barat Pantai Pasir Bogak ialah sebuah tempat peranginan persendirian mewah yang bertaraf antarabangsa.
Gugusan Pulau PangkorSunting
- Pulau Mentagor
- Pulau Pangkor Laut
- Pulau Giam (terletak kira-kira 3.8 batu nautika)
Cara ke sanaSunting
- Untuk pergi ke Pulau Pangkor, ada sebuah pangkalan atau jeti awam di Lumut. Feri dinaiki di Lumut, selama 40 minit. Tambang feri dikenakan RM14.00 untuk dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak bagi dua hala. Jika inginkan perjalanan feri lebih cepat, terdapat satu lagi jeti kompleks di Marina Island Pangkor dengan hanya 15 minit waktu perjalanan dengan tambang yang sama.
- Lebuh raya Ipoh Lumut memudahkan perjalanan dari Ipoh untuk perkelahan di Pulau Pangkor. 90 km di Barat daya bandar Ipoh.
- Dari Kuala Lumpur menerusi Lebuh raya Utara Selatan, susur keluar perlu diikuti di Gopeng dan masuk ke arah Lumut/Sitiawan, anda juga boleh menggunakan Lebuh raya Kuala Lumpur - Kuala Selangor, susur keluar Kuala Selangor dan menggunakan laluan FR5 ( Jalan Teluk Intan- Klang), and masuk semula ke WCE untuk ke Lumut/ Sitiawan.
- Kapal terbang Berjaya Air dari Lapangan Terbang Subang.
- Sekitar Pulau Pangkor, boleh disewa bas dengan kadar RM40.00 bagi pusingan satu pulau.
PendudukSunting
- 1999: terdapat seramai 6,260 orang penduduk tetap, 2,992 orang penduduk yang datang bekerja di pulau itu dan 568,248 orang pelancong.
- 2015: dijangka penduduk tetap akan meningkat kepada 8,330 orang manakala penduduk yang datang kerana bekerja seramai 4,664 orang sementara pelancong pula menjangkau angka 1.7 juta orang.
SejarahSunting
Pulau Pangkor terkenal sejak sekian lama.
- 1670: Belanda telah menjadikan Pulau Pangkor sebagai lokasi memunggah bijih timah dari negeri Perak. Kota Belanda telah dibina bagi menyimpan bijih timah dan dagangan-dagangan lain dari negeri Perak. Aktiviti lanun selalu terjadi di Selat Dinding.
- 1874: Sir Andrew Clarke selaku Gabenor Negeri Selat yang beribu pejabat di Singapura telah datang ke Pulau Pangkor bagi menandatangani Perjanjian Pangkor. Perjanjian ini bersetuju dan mengiktiraf Sultan Abdullah sebagai Sultan Perak. Pelombong bijih timah yang berperang merebut kawasan juga setuju untuk didamaikan dan perjanjian ini menguntungkan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI).
Tempat-tempat menarikSunting
- Teluk Nipah
- Pasir Bogak
- Pangkor Laut
- Pulau Sembilan
- Kota Belanda
- Batu Bersurat
- Kilang ikan bilis
- Pantai Puteri Dewi
- perkampungan nelayan dan membina bot nelayan
MasjidSunting
Draf PerancanganSunting
Draf Rancangan Tempatan Pulau Pangkor (DRTPP) dilaksanakan mengikut Seksyen 12 (1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.
Zon PembangunanSunting
- zon pembangunan pelancongan
- zon pengekalan
- zon pembangunan terhad
- zon pelancongan budaya
- zon pembangunan bercampur
- lapangan terbang
- sungai/laut
- jalan raya, trek pejalan kaki dan kontor.
Lima Kawasan PerancanganSunting
Kawasan Rancangan Tempatan Pulau Pangkor meliputi lima blok perancangan, iaitu:
- Teluk Dalam
- Teluk Cempedak
- Sungai Pinang
- Teluk Segadas
- Pangkor Laut.
Guna tanahSunting
Hanya 30% daripada kawasan DRTPP akan dimajukan menjelang tahun 2015 dan selebihnya dikekalkan sebagai kawasan hutan simpan.
- perdagangan dan pelancongan 14.35%
- perumahan 11.09%,
- Pembangunan perdagangan termasuk rumah kedai, pejabat, kompleks perdagangan, pusat makanan dan gerai.
- Pembangunan pelancongan termasuk hotel, chalet, rumah tumpangan, kedai cenderamata dan sebagainya.
Kemudahan awamSunting
- Di Teluk Dalam akan dibina pondok polis, perumahan kakitangan kerajaan dan pusat penerangan pelancongan. Teluk Dalam sebagai Bandar Marina.
- Di Sungai Pinang akan dibina pejabat penghulu, perpustakaan dan hospital.
- Teluk Nipah dimajukan sebagai Pusat Perkhidmatan Baru
Komponen-komponen yang akan dimajukan di kedua-dua kawasan ini termasuklah kawasan perniagaan, pusat kebudayaan, kraftangan, hotel, pusat persidangan, pusat pameran maritim dan sebagainya.
- Hutan Simpan Pulau Pangkor - dimajukan sebagai eko-pelancongan dan hutan lipur. Diadakan pusat maklumat, rintis hutan iaitu taman tumbuh-tumbuhan dan herba. Kemudahan di hutan lipur seperti trek pejalan kaki, titi gantung, menara pandang, kemudahan berehat, musalla, tandas awam, papan penamaan pokok dan sebagainya akan dimajukan.
- Teluk Chempedak dijadikan pusat kraf tangan, hasilan laut, makanan ringan serta produk pelancongan yang diusahakan secara kecil-kecilan. Perusahaan membaik pulih bot nelayan dan kapal.
Lawatan Raja Nazrin ShahSunting
Pada 19 Februari 2010, Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah telah melawat ke Pulau Pangkor bersama Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim Davidson. Baginda pergi ke Sekolah Kebangsaan Sri Pangkor di Kampung Masjid dan sembahyang di Masjid Teluk Raja Bayang dan menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di Dataran Pangkor.
Turut serta ialah Mufti Negeri Perak Tan Sri Harussani Zakaria, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Kong Cho Ha dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.