Pengguna:Hongqilim/Kotak pasir

Sukan Universiti ASEAN ke-14
Bandar tuan rumahKuala Lumpur
NegaraMalaysia
Cogan kataBersama Kita Menggapai Bintang
Penyertaan negara10
Penyertaan atlet1789
Sukan21
Acara222
Upacara pembukaan11 Disember 2008 (2008-12-11)
Upacara penutupan21 Disember 2008 (2008-12-21)
Pembukaan dirasmikan olehAbdullah Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia
Stadium utamaStadium Nasional Bukit Jalil
Laman sesawangSukan Universiti ASEAN 2008
← 2006
2010 →

Sukan Universiti ASEAN 2008, dikenali secara rasminya sebagai Sukan Universiti ASEAN ke-14, merupakan temasya sukan universiti Asia Tenggara yang pernah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia dari 11 hingga 21 Disember 2008.[1][2] Kali ini merupakan kali ketiga Malaysia menganjurkan Sukan Universiti ASEAN, dan kali pertamanya sejak tahun 1993. Sebelum ini, ia juga pernah menganjurkan temasya sukan untuk kali pertama pada tahun 1984.

Kira-kira 1789 atlet dari 9 negara peserta menyertai temasya sukan tersebut yang menampilkan 222 acara dalam 21 sukan. Temasya sukan tersebut dibuka oleh Abdullah Ahmad Badawi, Perdana menteri Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tuan rumah Malaysia digelar juara keseluruhan mengikut jadual pingat rasmi, diikuti Vietnam dan Thailand dari belakang. Beberapa rekod Asia, temasya dan kebangsaan telah dipecahkan ketika temasya sukan berlangsung. Temasya sukan tersebut secara umumnya diadakan dengan jayanya dengan peningkatan taraf pertandingan sukan universiti antara negara-negara Asia Tenggara.

Pengelolaan sunting

Pembangunan dan persiapan sunting

Jawatankuasa pengelola Sukan Universiti ASEAN ke-14 telah ditubuhkan untuk memantau pementasan temasya sukan.

Venue sunting

Sukan Universiti ASEAN ke-14 mempunyai 23 venue untuk temasya sukan, 8 di Kuala Lumpur, 14 di Selangor dan 1 di Negeri Sembilan.

Negeri Venue Pertandingan Sukan
Kuala Lumpur Kompleks Sukan Negara
Stadium Nasional Bukit Jalil Olahraga, Upacara pembukaan dan penutupan
Pusat Aquatik Negara, Bukit Jalil Renang
Taman keluarga Bola tampar pantai
Stadium Hoki Negara Hoki
Lain
Kompleks Sukan Bukit Kiara Bola jaring
Stadium Badminton Kuala Lumpur Badminton
Arena MABA Bola keranjang
Universiti Malaya Pencak silat
Selangor Universiti Kebangsaan Malaysia
Kelab Golf Danau Golf
Dewan Canselor Tun Abdul Razak Karate
Kompleks Skuasy Skuasy
Dewan Gemilang Table tennis
Universiti Teknologi Mara
Stadium Ragbi 7-orang
Kompleks sukan Sepak takraw
Lain
Universiti Putra Malaysia Memanah
Stadium Petronas Bangi Bola sepak
Stadium Maybank Bola sepak
Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam Futsal
Stadium Dalam Boling padang Bayuemas Boling padang
Lapangan Sasar Menembak Kebangsaan Subang Menembak
Sunway Pyramid Tenpin boling
Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam Bola tampar dalam
Negeri Sembilan Universiti Sains Islam Malaysia Taekwondo

[3][4]

Pemasaran sunting

sunting

Logo Sukan Universiti 2008 merupakan imej rajah manusia strok berus merah yang mewakili semangat tinggi, kegemilangan, kemenangan, kuasa dan kekuatan dan bintang-bintang pada logo tersebut mewakili sasaran dan cita-cita atlet Sukan Universiti ASEAN. Huruf yang digunakan untuk logo, campuran century gothic dan trajan, mewakili Sukan Universiti ASEAN sebagai sebuah acara yang mempunyai pelbagai agenda rasmi dan tidak rasmi, manakala pengaturan huruf yang umpama sebuah tangga, mewakili hasrat untuk mencapai kejayaan. Sementara itu, warna yang digunakan untuk huruf (biru, merah, putih dan kuning) yang juga merupakan warna bendera Malaysia, mewakili Malaysia sebagai tuan rumah temasya dan juga kawasan ASEAN.[5]

Maskot sunting

Maskot Sukan Universiti ASEAN 2008 ialah A1 Angkasawan, angkasawan yang diterangkan sebagai bersifat mesra, pintar, bersemangat tinggi dan kuat. Penggunaan angkasawan sebagai maskot temasya adalah untuk mengingatkan orang ramai tentang pencapaian Malaysia sebagai ahli negara ASEAN pertama yang menghantar seorang angkasawan ke angkasa pada tahun 2007. Papan mortar maskot tersebut mewakili kecemerlangan akademik dan penyertaan mahasiswa universiti sebagai atlet-atlet temasya sukan. Logo pada dada mewakili semangat kesukanan atlet yang menyertai temasya Sukan Universiti ASEAN ke-14. Warna biru, merah, putih dan kuning mewakili Malaysia sebagai tuan rumah temasya sukan, dengan warna biru juga mewakili lambang kecemerlangan dalam menganjurkan temasya sukan. Secara keseluruhannya, maskot mewakili tekad atlet peserta untuk mencapai impian masing-masing.[6]

Temasya sukan sunting

Upacara pembukaan sunting

Upacara pembukaan telah diadakan pada 11 Disember 2008 jam 20:00 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Temasya sukan tersebut dibuka oleh Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia.

Negara peserta sunting

Sukan sunting

Jadual pingat sunting

Sejumlah 693 pingat terdiri daripada 222 pingat emas, 219 pingat perak dan 252 pingat gangsa telah dianugerahkan kepada atlet-atlet. Pencapaian tuan rumah Malaysia merupakan pencapaian yang terbaik masa itu, dan muncul sebagai juara keseluruhan temasya sukan tersebut.[7][8][9]

Kunci

  *   Negara tuan rumah (Malaysia)

Jadual pingat Sukan Universiti ASEAN 2008
 Ked.  Negara Emas Perak Gangsa Jumlah
1   Malaysia (MAS)* 90 79 47 216
2   Vietnam (VIE) 45 28 23 96
3   Thailand (THA) 32 29 59 120
4   Indonesia (INA) 28 52 48 128
5   Singapura (SIN) 18 16 39 73
6   Filipina (PHI) 8 12 21 41
7   Laos (LAO) 1 2 3 6
8   Timor-Leste (TLS) 0 1 9 10
9   Brunei (BRU) 0 0 2 2
10   Kemboja (CAM) 0 0 1 1
Jumlah (10 Negara) 222 219 252 693

Rujukan sunting

  1. ^ "Accreditation In Conjunction With The 14th ASEAN University Games (AUG) 2008 Kuala Lumpur, Malaysia".
  2. ^ "14th ASEAN University Games Medal Count (Tally) as of 20 December 2008".
  3. ^ "Venue".
  4. ^ "Official Website".
  5. ^ "Logo".
  6. ^ "Mascot".
  7. ^ "Jadual pingat".
  8. ^ "Malaysia juara AUG 2008".
  9. ^ "Malaysia Crowned ASEAN University Games Champion".

Pautan luar sunting