Perang Napoleon

(Dilencongkan daripada Peperangan Napoleon)

Perang Napoleon ialah satu siri konflik yang diisytiharkan terhadap Empayar Perancis Pertama Napoleon dengan beberapa set pertukaran negara bersekutu Eropah oleh penentang kerajaan campuran yang berlangsung dari tahun 1803 sehingga 1815. Peperangan yang berterusan dalam siri Napoleon adalah disebabkan oleh Revolusi Perancis pada tahun 1789, yang telah menyebabkan Perancis merevolusikan tentera Eropah dengan skala yang sangat besar yang tidak pernah berlaku sebelumnya, disebabkan oleh permodenan terhadap kerahan tentera secara besar-besaran yang digunapakai oleh Empayar Perancis. Kuasa serta pengaruh Perancis berkembang dengan cepat sekali, dengan menakluk sebahagian besar Eropah dan kemudian kuasanya merosot dengan mendadak selepas pihak Perancis dilanda serangan oleh Rusia pada tahun 1812. Empayar Napoleon akhirnya mengalami kekalahan yang teruk yang membawa kepada pengembalian semula raja Bourbon di Perancis. Siri peperangan ini menyebabkan berakhirnya Empayar Suci Rom. Dalam masa yang sama, Empayar Sepanyol mula berkembang semula selepas penguasaan Perancis ke atas wilayah jajahannya di Sepanyol mula lemah, memberi peluang kepada revolusi pejuang kebebasan di Amerika Latin untuk bebas daripada cengkaman pihak Perancis. Hasil daripada perang Napoleon, Empayar British pula yang menjadi kuasa yang paling kuat pada abad yang seterusnya.

Perang Napoleon



Gambar Atas: Pertempuran Abukir
Gambar Tengah: Pengunduran tentera Napoleon daripada Moscow semasa serangan di Rusia
Gambar Bawah: Peperangan terakhir pihak Napoleon iaitu Pertempuran Waterloo berdekatan dengan Belgium
TarikhTahun 1803–1815
Lokasi
Keputusan Pihak Penentang menang, pertemuan Kongres Vienna
Pihak yang terlibat

Tentera pihak Penentang: United Kingdom Empayar Britain
 Empayar Austria[a]
 Empayar Rusia[b]
 Prusia[a]
Portugal Portugal
 Sepanyol[c]
Sicilia[d]
Sardinia Sardinia
 Sweden[e]
 Empayar Uthmaniyah

Tujuh ahli kecil pihak Penentang:

Brunswick
Perancis Penyokong beraja Perancis
Wilayah Hanover Hanover
Nassau
Belanda Belanda

Empayar Perancis dan pihak bersekutu:
Perancis Empayar Perancis
Belanda Holland[f]
Kerajaan Itali (Napoleon) Itali
Kerajaan Itali (Napoleon) Etruria[g]
Kerajaan Dua Sicilia Naples[h]
Fail:Duchy of Warsaw 11.PNG Duchy Warsaw[i]
Fail:Flag of the Confederation of the Rhine.svg Gabungan Rhine[j]:

Bavaria Bavaria
Saxony
Westphalia Westphalia
Kerajaan Württemberg Württemberg

Amerika Syarikat Amerika Syarikat[j]:

Denmark Denmark–Norway[k]
Komandan dan pemimpin

United Kingdom George III
United Kingdom George IV
United Kingdom William Pitt
United Kingdom John Moore  
United Kingdom James Gambier
United Kingdom Robert Calder
Austria Francis I dari Austria
Austria Archduke Charles
Empayar Austria Putera Schwazenberg
Empayar Austria Archduke John
United Kingdom Duke Wellington
United Kingdom Horatio Nelson 
Empayar Rusia Alexander I dari Rusia
Empayar Rusia Mikhail Kutuzov
Empayar Rusia Michael Andreas Barclay de Tolly
Empayar Rusia Count Bennigsen
Prusia Gebhard von Blücher
Prusia Duke Brunswick 
Prusia Putera Hohenlohe
Sepanyol Francisco Castaños
Sepanyol Miguel de Alava
Kerajaan Dua Sicilia Ferdinand IV dari Naples
Empayar Uthmaniyah Selim III
Sweden Gustav IV Adolf dari Sweden
Sweden Putera Charles John[l]
Belanda William, Putera Orange
Belanda Putera Frederik

Perancis Louis XVIII

Perancis Napoléon I dari Perancis #
Perancis Joseph Bonaparte
Perancis Louis Alexandre Berthier
Perancis Joachim Murat
Perancis Louis Nicolas Davout
Perancis Jean Lannes 
Perancis André Masséna
Perancis Michel Ney
Perancis Jean-de-Dieu Soult
Perancis Jean-Baptiste Bessières 
Perancis dan Marsyal lain
Perancis Admiral Villeneuve #
Belanda Louis Bonaparte
Kerajaan Itali (Napoleon) Prince Eugène
Kerajaan Dua Sicilia Joachim Murat
Fail:Duchy of Warsaw 11.PNG Prince Poniatowski 
Bavaria Maximilian I
Frederick Augustus I
Westphalia Jérôme Bonaparte
Kerajaan Württemberg Frederick I
Amerika Syarikat James Madison
Amerika Syarikat Henry Dearborn

Amerika Syarikat Jacob Brown
Kerugian dan korban
antara 3,350,000 hingga 6,500,000 orang,
lihat senarai penuh
  1. Kedua-dua pihak Austria dan Prusia menjadi pihak bersekutu dengan Empayar Perancis dan meyumbang sebahagian besar tenteranya dalam Serangan Perancis ke atas Rusia pada tahun 1812.
  2. Rusia menjadi pihak bersekutu Empayar Perancis selepas temeterainya Perjanjian Tilsit pada tahun 1807. Pihak kesatuan mula berpecah pada tahun 1810 yang membawa kepada serangan Empayar Perancis tahun 1812. Pada masa itu, Rusia mula berperang dengan Sweden (1808-1809) dan pihak Empayar Uthmaniyyah (1806-1812), dan beberapa serangan terhadap Empayar British pada tahun (1807-1812).
  3. Sepanyol menjadi sekutu dengan pihak Perancis sehinggalah pihak Sepanyol melancarkan intipan ke atas Perancis semasa pertempuran 1808, yang kemudiannya berperang dengan pihak Perancis dalam Perang Semenanjung.
  4. Hanya Sicily dan Naples kekal sebagai sabagai sebuah negara yang bersatu sehinggalah Naples menjadi sekutu kepada Empayar Perancis selepasa Perang Campo Tenese pada tahun 1806.
  5. Pada namanya sahaja, Sweden telah mengisytiharkan perang ke atas United Kingdom selepas kekalahannya dalam Perang Finnish oleh pihak Rusia pada tahun (1808-1809).
  6. Empayar Perancis telah merampas Kerajaan Holand pada tahun 1810. Tentera Jerman telah berperang menentang Napoelon dalam Seratus Hari pada tahun 1815.
  7. Empayar Perancis telah merampas wilayah Kerajaan Etruia pada tahun 1807.
  8. Kerajaan Naples membuat perjanjian dengan pihak Austria pada tahun 1814, bersekutu dengan Empayar Perancis sekali lagi dan berperang sekali lagi semasa Perang Napoleon yang tercetus pada tahun 1815.
  9. Pihak Napoleon telah membentuk Duchy di Warsaw, yang diperintah oleh Kerajaan Saxon pada tahun 1807. Tentera Poland sudah pun membantu ketenteraan pihak Napoleon sebelum wilayah Duchy bertukar tangan.
  10. Seramai 16 pihak bersekutu Perancis di kalangan negara-negara Jerman pada masa itu (termasuklah Bavaria dan Württemberg) telah membentuk Gabungan Rhine pada Juali 1806 selepas Perang Austerlitz pada Disember 2005. Selepas Perang Jena-Auerstedt pada Oktober 1806, terdapat beberapa lagi bahagian kawasan di Jerman juga yang sebelum ini pernah menentang Perancis bersama-sama dengan anti-Perancis pada ketika itu, termasuklah Saxon dan Westphalia telah bersekutu dengan pihak Perancis dan bersama-sama dalam konfederasi tersebut. Pada tahun 1813, Saxon sekali lagi bertukar pihak semasa Perang Leipzig meletus, menyebabkan beberapa pihak yang lain turut mengambil kesempatan untuk mengisytiharkan perang keatas Perancis.
  11. Denmark-Norway kekal sebagai negara yang tidak campur tangan dalam perang Napoleon sehinggalah Perang Conpenhagen meletus. Akhirnya, dalam Perjanjian Kiel pada tahun 1814, Denmark merasakan bahawa mereka seharusnya menyerahkan Norway kepada Sweden. Selepas beberapa ketika pihak Sweden menentang Norway, Norway akhirnya bergabung membentuk sebuah badan bersama dengan Sweden.
  12. Marshal Jean-Baptiste Bernadotte, merupakan komander Empayar Perancis dari tahun 1804-1810.

Tiada kata sepakat yang pernah wujud bila Perang Revolusi Perancis berakhir dan Perang Napoleon tercetus. Antara peristiwa-peristiwa penting semasa era Perang Napoleon tercetus termasuklah 9 November 1799, iaitu apabila Napoleon Bonaparte merampas kuasa di Perancis bersama-sama 18 Brumaire; 18 Mei 1803, apabila pengisytiharan baharu peperangan antara pihak Britain dan Perancis yang membawa kepada zaman akhir keamanan di Eropah antara tahun 1792 dan 1814; dan 2 Disember 1804, apabila Bonaparte menjadi seorang Maharaja.

Siri Peperangan Napoleon berakhir dengan kekalahan Napoleon di Waterloo pada 18 Jun 1815 dan Perjanjian Kedua Paris.

Latar belakang 1789-1802

sunting

Revolusi Perancis tahun 1789 memberikan impak yang besar sekali kepada Eropah, dimana impak ini meningkat lagi dengan penahan Raja Perancis Louis XVI pada tahun 1792 dan hukuman yang dijatuhkan keatasnya akibat daripada “jenayah tirani” yang dilakukannya terhadap penduduk Perancis pada Januari 1793. Cubaan pertama bagi menghancurkan Republik Perancis bermula pada tahun 1793 apabila Austria, Kerajaan Sardinia, Kerajaan Naples, Jerman, Spain dan Kerajaan Britain yang bersatu membentuk Pertelingkahan Pertama. Langkah yang diambil oleh pihak Perancis seperti perlaksanaan tentera sukarelawan secara besar-besaran, pembentukkan semula tentera beberapa siri peperangan menyumbang kepada kekalahan pihak Perancis dalam Pertelingkahan Pertama. Peperangan berakhir apabila Bonarparte memaksa orang-orang Austria menerima terma yang ditetapkannya dalam Perjanjian Campo Formio. Hanya Kerajaan Britain sahaja kekal sehingga tahun 1797 yang benci kepada kuasa Perancis.

Pautan luar

sunting