Plum atau boi (serapan Bahasa Cina: Pe̍h-ōe-jī: bôe, boey dalam dialek Baba[1]) ialah pokok berbuah drupa dalam cabang Prunus genus Prunus. Cabang genus ini dibezakan daripada cabang-cabang serumpun lain (persik, ceri, dsb.) kerana pucuknya ada tunas terminal dan tunas sisinya tidak berkelompok, bunga-bunganya dikelompok 1-5 kuntum bersama pada batang pendek, dan buahnya beralur.

Plum
Plums
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Subgenus:
Prunus
Species

See text.

Plum (tanpa lubang)
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga 192 kJ (46 kcal)
Karbohidrat 11.4 g
- Gula 9.9 g
- Serabut diet 1.4 g
Lemak 0.3 g
Protein 0.7 g
Vitamin C 9.5 mg (11%)
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database

Buah plum mengandungi khasiat yang tinggi. Buah ini mengandungi sejenis bahan yang dikenal pasti sebagai diphenylisation yang bertindak sebagai julap. Bahan ini bukan sahaja mencuci perut, malahan juga mengatasi masalah sembelit. Di samping itu, ia juga sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah kolesterol kerana difenilkan yang membantu menurunkan paras serum dalam darah. Buah ini mengandungi serat iaitu salah satu daripada zat-zat makanan penting yang diperlukan dalam pemakanan harian untuk menjaga kesihatan.

Buah ini juga merupakan penawar bagi mengubati penyakit gastritis akibat inflamasi pada lapisan mukus dalam perut akibat pengambilan terlalu banyak makanan berempah, arak dan ubat-ubat aspirin.

Rujukan

sunting
  1. ^ Gwee, William Thian Hock (2006). "sng boey". Baba Malay Dictionary: The First Comprehensive Compendium of Straits Chinese Terms and Expressions. Tuttle Publishing. m/s. 185. ISBN 978-0-8048-3778-1.