Raffi Hussain atau nama sebenarnya Che Rofie bin Che Hussain (14 Oktober 1959 - 14 Oktober 2008) merupakan seorang penyanyi veteran yang mula aktif pada zaman 70-an. Beliau juga merupakan seorang pelakon yang telah membintangi beberapa filem seperti Azura dan Di Ambang Kasih.

Raffi Hussain
Kelahiran
Che Raffi bin Che Hussain

(1959-10-14)14 Oktober 1959
Meninggal dunia14 Oktober 2008(2008-10-14) (umur 49)
Sebab kematianserangan jantung
DikebumikanTanah Perkuburan Tanah Merah, Kelantan
WarganegaraMalaysia
Nama lainRaffi Hussain
KerakyatanMelayu
PekerjaanPenyanyi, pelakon, penerbit
Tahun aktif1979–2008
PasanganZaiinuni Mohd Ramly
Anak-anakMohd Indraputra
Puteri Ratna Sari
Mohd Razafiq Putra
Mohd Warith Iqbal Putra

Kerjaya sunting

Bidang nyanyian sunting

Allahyarham Raffi Hussain mula mencebur bidang seni pada akhir tahun 70-an, dengan gaya Elvis Presley. Beliau kemudiannya menghasilkan album berjudul Raffi (1981), di mana beliau merakam lagu Luka Lama Berdarah Kembali, Dansa Ayuh Dansa, Mari Menari Rock And Roll, Tangisan Di Waktu Malam dan banyak lagi.

Pada 1983, beliau menghasilkan album Membara, dan mempopularkan lagu-lagu Saat Percintaan, Mencari, Gadis Penari Budaya, Mula Jelingan Mata dan lain-lain. Beliau dapat sentuhan M. Nasir dan A. Ali sebagai komposer. Albumnya diterbitkan oleh Polygram Records (sekarang Universal)

Perfileman sunting

Allahyarham Raffi turut membabitkan diri dalam dunia filem. Dalam filem Azura (1984), Raffi berlakon sebagai Razif, ketua geng budak nakal yang bermotor kuasa besar. Filem popular itu turut menampilkan Jamal Abdillah, Fauziah Ahmad Daud, Syed Sobrie dan ramai lagi. Raffi juga turut berlakon dalam filem Di Ambang Kasih, Mr. Os, Tujuh Biang Keladi, Si Jantung Hati, Hero dan banyak lagi. Menerusi watak pemuda warak dalam "Tujuh Biang Keladi" beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-5. Filem terbaru lakonannya, Gentayangan belum akan ditayangkan.

Allahyarham Raffi turut mencebur diri sebagai pengarah filem, dalam satu projek menerbit dan mengarah filem The Chini yang tidak sempat disempurnakan. Itulah projek menerbit dan mengarah pertamanya. Pada sekitar tahun 2000 lagi Raffi pernah bercakap pasal hasratnya mahu mengarah filem pasal dongeng itu. Tapi pada masa itu beliau mengatakan masih dalam peringat awal termasuk membuat penyelidikan dan menulis skrip.

Beliau melancarkan projek filem The Chini, yang diadakan di Tasik Chini, Pahang pada 25 Ogos 2003. Namun projeknya tertangguh kerana masalah dana. Filem itu diusahakan oleh syarikatnya, Raffi Hussain Corporation.

Setahun selepas pelancaran, Raffi merayu agar mendapat dana perfileman yang dipohon di bawah Skim Pinjaman Filem Cereka. Setelah tiga tahun FINAS meluluskan dana sebanyak RM1.5 juta pada Ogos 2007. Namun filem tersebut tidak sempat disiapkan.

Kematian sunting

Allahyarham Raffi Hussain meninggal dunia kerana sesak nafas sekitar pukul 7:00 malam pada 14 Oktober 2008, sehari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-49. Beliau mengadu sesak nafas di rumah dan dibawa ke Hospital Selayang, Selangor tetapi meninggal dunia dalam perjalanan. Beliau meninggalkan seorang balu, Zaiinuni Mohd. Ramly, 30, sejak 17 tahun lalu dikurniakan empat orang anak iaitu Mohd, Indraputra, 15; Puteri Ratna Sari, 14; Mohd. Razafiq Putra, 11 dan Mohd. Warith Iqbal Putra, 6.

Isteri Allahyarham juga kini sarat mengandung tujuh bulan anak kelima mereka.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1984 Azura Razif
Di Ambang Kasih Murad @ Boboy
Tujuh Biang Keladi Lebai
1986 Si Jantung Hati Ramlan @ Romeno
1987 Mr. Os Zain
1990 Pendekar Nusantara Juga sebagai penerbit

Rujukan sunting

Pautan luar sunting