Rashid Sidek

Pemain badminton Malaysia

Datuk Abdul Rashid bin Dato' Haji Mohd Sidek (nama singkatan: Adul; lahir 8 Julai 1968 di Kanchong Darat, Banting, Selangor) merupakan bekas pemain dan jurulatih badminton Malaysia.[1]

Rashid Sidek
Maklumat peribadi
Nama timanganAdul
Nama kelahiranAbdul Rashid bin Mohd Sidek
Negara Malaysia
Lahir (1968-07-08) 8 Julai 1968 (umur 55)
Banting, Selangor, Malaysia
Tinggi1.80 m (5 ka 11 in)
Berat68 kg (150 lb; 10.7 st)
Tahun aktif1986 - 2000
Perseorangan lelaki
Ranking tertinggi1 (1997)
Rekod pingat
Profil BWF

Karier sunting

Beliau memenangi gelaran Terbuka Malaysia selama tiga tahun berturut-turut pada tahun 1990, 1991, dan 1992. Pada final Piala Thomas pada tahun 1992, beliau mengalahkan Ardy Wiranata untuk memberikan Malaysia mata pertama dalam kemenangan dramatik 3-2 ke atas musuh tradisi Indonesia - kejuaraan pertama yang dimenangi oleh Malaysia dalam 25 tahun, dan yang terakhir hingga hari ini. Pada tahun 1996, Rashid mara ke final All England sebelum tewas kepada Paul-Erik Hoyer Larsen dari Denmark. Beliau mencipta sejarah apabila memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Atlanta 1996, mengalahkan pilihan utama, Joko Suprianto dari Indonesia di suku akhir sebelum menewaskan juara dunia 1995 juga dari Indonesia, Heryanto Arbi, 5-15, 15-11, 15-6 untuk penentuan pingat gangsa.

Setelah bersara, Rashid berkhidmat sebagai jurulatih perseorangan kebangsaan dari tahun 2003 hingga 2015.

Kehidupan peribadi sunting

Beliau merupakan anak bongsu daripada 5 adik-beradik Sidek yang semuanya terlibat dalam arena badminton antarabangsa. Rashid dan abang-abangnya mendapat pendedahan dan bimbingan mengenai sukan badminton daripada bapa mereka, Haji Mohd Sidek. Beliau ialah graduan Victoria Institution (kumpulan 1980-1986).[2]

Pencapaian sunting

Sukan Olimpik sunting

Perseorangan lelaki

Tahun Venue Lawan Score Result
1996 GSU Sports Arena, Atlanta, United States   Hariyanto Arbi 5–15, 15–11, 15–6   Gangsa

Piala Dunia sunting

Perseorangan lelaki

Tahun Venue Opponent Score Result
1993 Indira Gandhi Arena, New Delhi, India   Joko Suprianto 9–15, 3–15   Gangsa

Sukan Asia sunting

Perseorangan lelaki

Tahun Venue Opponent Score Result
1990 Beijing Gymnasium, Beijing, China   Zhao Jianhua 2–15, 5–15   Gangsa

Kejohanan Asia sunting

Perseorangan lelaki

Tahun Venue Opponent Score Result
1991 Cheras Indoor Stadium, Kuala Lumpur, Malaysia   Foo Kok Keong 4–15, 15–11, 15–2   Emas
1992 Cheras Indoor Stadium, Kuala Lumpur, Malaysia   Foo Kok Keong 15–9, 15–3   Emas

Piala Asia sunting

Perseorangan lelaki

Tahun Venue Opponent Score Result
1991 Istora Senayan, Jakarta, Indonesia   Bambang Suprianto 15–10, 15–11   Emas
1996 Olympic Gymnasium No. 2, Seoul, South Korea   Luo Yigang 18–14, 15–5   Emas

Sukan Sea sunting

Perseorangan lelaki

Tahun Venue Opponent Score Result
1989 Stadium Negara, Kuala Lumpur, Malaysia   Eddy Kurniawan 10–15, 7–15   Gangsa
1991 Camp Crame Gymnasium, Manila, Philippines   Joko Suprianto 10–15, 9–15   Gangsa
1995 Gymnasium 3, 700th Anniversary Sport Complex, Chiang Mai, Thailand   Ardy Wiranata 11–15, 10–15   Gangsa

Sukan Komanwel sunting

Perseorangan lelaki

Tahun Venue Opponent Score Result
1990 Auckland Badminton Hall, Auckland, New Zealand   Foo Kok Keong 15–8, 15–10   Emas
1994 Victoria, British Columbia, Canada   Ong Ewe Hock 15–6, 15–4   Emas

Beregu lelaki

Tahun Venue Partner Opponent Score Result
1990 Auckland Badminton Hall, Auckland, New Zealand   Cheah Soon Kit   Razif Sidek
  Jalani Sidek
8–15, 8–15   Perak

Kejohanan Grand Prix Dunia IBF sunting

Perseorangan lelaki

Tahun Kejohanan Lawan Skor Keputusan
1990 Terbuka Perancis   Foo Kok Keong 11–15, 13–18   Naib juara
1990 Terbuka Malaysia   Foo Kok Keong 18–17, 15–6   Juara
1990 Akhir Grand Prix Dunia   Eddy Kurniawan 13–18, 15–9, 2–15   Naib juara
1991 Terbuka Malaysia   Foo Kok Keong 15–4, 15–5   Juara
1992 Terbuka Malaysia   Thomas Stuer Lauridsen 15–5, 15–7   Juara
1992 Akhir Grand Prix Dunia   Alan Budikusuma 15–9, 5–15, 15–7   Juara
1994 Terbuka Malaysia   Joko Suprianto 3–15, 5–15   Naib juara
1996 Terbuka Taiwan   Dong Jiong 11–15, 4–15   Naib juara
1996 Seluruh England   Poul-Erik Høyer Larsen 7–15, 6–15   Naib juara
1996 Terbuka Jerman   Ong Ewe Hock 15–11, 15–2   Juara
1999 Terbuka Taiwan   Fung Permadi 17–16, 6–15, 7–15   Naib juara
2000 Terbuka Korea   Peter Gade 11–15, 3–15   Naib juara

Kejohanan Antarabangsa IBF sunting

Perseorangan lelaki

Tahun Kejohanan Lawan Skor Keputusan
1995 Terbuka Brunei   Jeffer Rosobin 15–9, 15–3   Juara

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2002 Cinta 200 Ela Yazid Filem pertama
2021 Olympic Dream Dirinya sendiri Penampilan khas

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2022 Master in the House Malaysia Dirinya sendiri/Master TV3

Darjah kebesaran sunting

Honours of Malaysia sunting

  •   Malaysia :
    •   Bentara Setia Diraja (B.S.D.) (1988)[3]
    •   Pingat Pangkuan Negara (P.P.N.) (1990)[3]
    •   Kesateria Mangku Negara (K.M.N.) (1992)[3]
  • Wilayah Persekutuan:
    •   Panglima Mahkota Wilayah (PMW) – Datuk (2021)[4][5]

Dalam budaya masyhur sunting

Anak-Anak Sidek sunting

Rashid diperwatak sebagai Adul dalam komik dan siri televisyen animasi Anak-anak Sidek.

Rujukan sunting

  1. ^ https://www.thestar.com.my/news/community/2012/05/26/master-strokes-in-1992/
  2. ^ "Our Badminton Greats". www.viweb.freehosting.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-27. Dicapai pada 25 June 2016.
  3. ^ a b c "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2021-03-22.
  4. ^ "Seramai 335 terima darjah kebesaran sempena Hari Wilayah". Berita Harian. 1 February 2021. Dicapai pada 1 February 2021.
  5. ^ "Rashid, Soon Kit dapat gelaran Datuk". Berita Harian. 1 February 2021. Dicapai pada 1 February 2021.

Pautan luar sunting