Profesor Madya Rusnah binti Aluai adalah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau adalah bekas Ahli Parlimen Tangga Batu dari PH-PKR. Kini berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Amanah Yayasan Amanah dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Beliau sebelum ini merupakan ahli akademik Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam bidang Undang-Undang dengan jawatan terakhir sebagai Profesor Madya.

Puan

Rusnah binti Aluai
Ketua Wanita PKR Melaka
Dalam jawatan
2022–2025
Ketua WanitaFadhlina Sidek
Ketua PKR Cabang Tangga Batu
Memegang jawatan
2022
Ketua PKR MelakaAminuddin Harun
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Tangga Batu, Melaka
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului olehDatuk Zali Mat Yasin
Digantikan olehBakri Jamaluddin
Majoriti4,659
Butiran peribadi
Parti politik
Alma materUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (Sarjana Muda)
The London School of Economics and Political Science (LSE) (Sarjana)
PekerjaanAhli Politik
ProfesionAhli Akademik
Peguam Bertauliah

Beliau menang pada Pilihan raya umum Malaysia 2018 (PRU-14) menewaskan calon dari parti BN-UMNO Datuk Zali Mat Yasin dengan undian majoriti 4,659 [1].

Peribadi sunting

Beliau dilahirkan pada tahun 1962 (58 tahun). Rusnah merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.M) dari London's School of Economics and Political Science (LSE), United Kingdom.

Merupakan bekas pensyarah Undang-Undang selama 26 tahun di Universiti Teknologi MARA dan memegang jawatan sebagai Profesor Madya dari tahun 2001.

Politik sunting

Beliau sebelum ini pernah bertanding bagi kerusi Rembia di Dewan Undangan Negeri Melaka pada Pilihan raya umum Malaysia 2013 (PRU-13) namun tewas kepada calon BN-UMNO.

Selain daripada memenangi kerusi parlimen Tangga Batu pada tahun 2018, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Tangga Batu. Beliau juga pernah memegang jawatan Ketua Cabang KEADILAN Alor Gajah serta Pengarah Undang-Undang Pakatan Harapan Melaka sehingga tahun 2018. Rusnah juga pernah memegang jawatan Ketua Wanita KEADILAN Melaka dari tahun Ogos 2013 hingga April 2014.

Rujukan sunting