Senarai Lagu Juara Carta Era 2001

Carta Era dikelolakan oleh Era FM dibawah seliaan penerbit Gerard Sebastian dan dibawakan oleh dua penyampai radio Era iaitu Seelan Paul dan Khairil Rashid. Ia bersiaran setiap Ahad, jam 11 pagi. Ia menampilkan turutan carta 20 lagu-lagu popular yang dihitung daripada jumlah permintaan lagu oleh pendengar Era seluruh negara pada skala mingguan [1].

Carta Era 2001
PenganjurEra FM

Pemilihan lagu paling popular dalam Carta Era adalah melalui pemilihan lagu oleh pendengar bagi segmen Muzik ERA yang ke udara setiap hari. Lagu yang paling banyak diminta pendengar akan berpeluang lebih untuk mengungguli carta secara mingguan.

Penarafan Radio sunting

Setelah bersiaran bermula dari 8 Ogos 1998, Carta Era akhirnya menjadi carta utama di peringkat nasional. Ini kerana kajian menunjukkan bermula suku kedua tahun 2000, Radio Era mula mengambil tempat sebagai radio nombor satu di Malaysia daripada Radio Muzik yang mengelola Carta Radio Muzik sebelum ini [2]. Mengambil kira faktor itu, lagu-lagu yang tersenarai dalam Carta Era bermula dari tahun 2000 boleh dianggap sebagai lagu paling popular di Malaysia .

Turutan Juara Carta Era sunting

 
Album "Ada" oleh Exists bersama syarikat rakaman barunya NAR Records membawa tuah apabila single pertama dalam album tersebut, "Jesnita" menguasai carta selama 13 minggu, di mana 6 minggu diduduki mereka secara berturut-turut pada tahun 2001. Lagu tersebut adalah lagu pertama ciptaan Harun Ahmad, komposer amatur yang juga kelainan upaya penglihatan.
 
Lagu lama SM Salim yang dirakam semula bersama Orkestra Filharmonik Malaysia dengan penampilan istimewa Siti Nurhaliza berjudul "Pandang-pandang, Jeling-jeling" berjaya menjadi lagu rakaman konsert pertama meraih kedudukan nombor satu selama 5 minggu. Bersama sebuah lagi lagu solo nyanyiannya, Siti Nurhaliza berada di kedudukan nombor satu sebanyak 7 minggu secara keseluruhan.

Berikut adalah turutan juara mingguan Carta Era bagi tahun 2001.

Latar belakang hijau menunjukkan lagu dengan prestasi terbaik pada tahun 2001.
Jilid Tarikh Lagu Artis Rujukan
7 Januari Tiada carta mingguan untuk memberi laluan kepada program khas Carta Akhir Tahun Era 2000
re 14 Januari "Kasih Berubah" Ferhad Ibrahim [3]
21 Januari
28 Januari
E0101 4 Februari "Bidadari" KRU sebagai Tyco [4]
E0102 11 Februari "Percayalah" Siti Nurhaliza [5]
E0103 18 Februari "Kasih Kekasih" In-Team [6] [7]
re 25 Februari "Bidadari" KRU sebagai Tyco [8]
re 4 Mac "Percayalah" Siti Nurhaliza [9]
E0104 11 Mac "Sephia" Sheila on 7 [10]
E0105 18 Mac "Seandainya Masih Ada Cinta" Dayang Nurfaizah [11]
re 25 Mac "Sephia" Sheila on 7 [12]
1 April
8 April
15 April
22 April
29 April
E0106 6 Mei "Cinta Gila" Juliana Banos [13] [14]
E0107 13 Mei "Keranamu Kekasih" Illa Sabry [15]
E0108 20 Mei "Pandang-pandang, Jeling-jeling" SM Salim menampilkan Siti Nurhaliza
diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia
[16]
27 Mei
3 Jun
10 Jun
E0109 17 Jun "Maafkan Aku" Ajai & Nurul [17]
E0110 24 Jun "Dunia Belum Berakhir" Sha-den [18]
re 1 Julai "Pandang-pandang, Jeling-jeling" SM Salim menampilkan Siti Nurhaliza
diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia
[19]
re 8 Julai "Dunia Belum Berakhir" Sha-den [20]
15 Julai
22 Julai
E0111 29 Julai "Kerana" Erra Fazira [21]
5 Ogos
E0112 12 Ogos "Marilah Maria" Def-Gab-C [22]
E0113 19 Ogos "Menadah Gerimis" Ziana Zain [23]
26 Ogos
E0114 2 September "Raikan Cinta" M. Nasir [24]
re 9 September "Menadah Gerimis" Ziana Zain [25]
E0115 16 September "Junaidah 365" Himalaya [26]
23 September
30 September
7 Oktober
14 Oktober
E0116 21 Oktober "Tinggal Tanda Tanya" Ella Aminuddin [27]
re 28 Oktober "Junaidah 365" Himalaya [28]
re 4 November "Tinggal Tanda Tanya" Ella Aminuddin [29]
11 November
E0117 18 November "Aku Mahu Pulang" Amuk [30]
E0118 25 November "Jesnita" Exists [31]
2 Disember
9 Disember
16 Disember
23 Disember
30 Disember

Fakta Ringkas sunting

  • Era FM pertama kali menganjurkan Anugerah Era pada tahun ini pada bulan September. Berikutan itu, biarpun lagu "Sephia" oleh Sheila on 7 paling lama bergelar juara pada tahun 2001, tetapi kelayakan anugerah Carta Era dibuka kepada lagu-lagu yang tersenarai dalam tempoh setahun sebelum pencalonan dibuka (Jun 2000-Mei 2001). Maka lagu paling popular pada tahun 2000 iaitu "Jika" (Melly Goeslaw) dipilih sebagai penerima anugerah itu pada tahun 2001. Lagu "Jestina" (Exists) pula dianugerahkan ketika Anugerah Era 2002 setelah bergelar juara selama 13 minggu merentasi tahun 2001 dan 2002.
  • Lagu "Cinta Gila" oleh Juliana Banos merupakan lagu saduran nyanyian asal penyanyi Iceland Alda Björk Ólafsdóttir berjudul "Real Good Time" yang dirakam pada tahun 1998 dalam bahasa Inggeris. Lagu yang sama juga dirakam oleh penyanyi Amerika Syarikat, Aaron Carter pada tahun 2001. Lirik lagu dalam bahasa Melayu ditulis oleh Edry Abdul Halim yang juga penerbitnya.
  • Lagu "Pandang-pandang, Jeling-jeling" oleh SM Salim menampilkan Siti Nurhaliza dengan iringan Orkestra Filharmonik Malaysia adalah rakaman secara langsung konsert SM Salim bersama orkestra itu di Dewan Filharmonik Petronas. Lagu itu juga merupakan nyanyian asal SM Salim bersama penyanyi Yusni Hamid yang dirakam pada tahun 1981 dan sekali lagi pada 1995.


Rujukan sunting

  1. ^ https://blog.adamroslan.com/muzik-filem-tv/kedudukan-carta-era-40.html
  2. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2351597/pasaran-iklan-akhbar-internet-lebih-besar
  3. ^ https://diskograf.com/explore/song/5674-kasih-berubah
  4. ^ https://diskograf.com/explore/song/5823-bidadari
  5. ^ https://diskograf.com/explore/song/332-percayalah
  6. ^ https://diskograf.com/explore/song/521-kasih-kekasih
  7. ^ https://www.discogs.com/artist/6623048-Ito-Lara
  8. ^ https://diskograf.com/explore/song/5823-bidadari
  9. ^ https://diskograf.com/explore/song/332-percayalah
  10. ^ https://www.discogs.com/release/7724027-Sheila-On-7-Kisah-Klasik-Untuk-Masa-Depan
  11. ^ https://www.discogs.com/release/7750309-Dayang-Nurfaizah-Seandainya-Masih-Ada-Cinta
  12. ^ https://www.discogs.com/release/7724027-Sheila-On-7-Kisah-Klasik-Untuk-Masa-Depan
  13. ^ https://www.discogs.com/artist/750969-Malcolm-Mehyer
  14. ^ https://www.discogs.com/master/166935-Alda-Real-Good-Time
  15. ^ https://www.discogs.com/release/15338595-Illa-Sabry-Jatuh-Cinta
  16. ^ https://www.discogs.com/release/6527596-SMSalim-Malaysian-Philharmonic-Orchestra-Special-Guest-Siti-Nurhaliza-Perjalanan-Seni
  17. ^ https://www.discogs.com/release/17578996-Ajai-2-Nurul-Sehati-Sejiwa
  18. ^ https://music.apple.com/id/album/dunia-belum-berakhir/922886422?l=id
  19. ^ https://www.discogs.com/release/6527596-SMSalim-Malaysian-Philharmonic-Orchestra-Special-Guest-Siti-Nurhaliza-Perjalanan-Seni
  20. ^ https://music.apple.com/id/album/dunia-belum-berakhir/922886422?l=id
  21. ^ https://www.discogs.com/release/7600563-Various-Soal-Hati-Lagu-lagu-Dari-Filem
  22. ^ https://diskograf.com/explore/song/4596-marilah-maria
  23. ^ https://diskograf.com/explore/song/4226-menadah-gerimis
  24. ^ https://www.discogs.com/release/6334555-M-Nasir-Phoenix-Bangkit
  25. ^ https://diskograf.com/explore/song/4226-menadah-gerimis
  26. ^ http://rockkangkang.blogspot.com/2011/03/himalaya-junaidah-365.html
  27. ^ https://www.discogs.com/release/6430335-Ella-Ilham-Bicara
  28. ^ http://rockkangkang.blogspot.com/2011/03/himalaya-junaidah-365.html
  29. ^ https://www.discogs.com/release/6430335-Ella-Ilham-Bicara
  30. ^ https://www.discogs.com/release/6424231-Amuk-Dikir-Timur
  31. ^ https://www.discogs.com/release/6502561-Exists-Ada