Sheikh Ahmad Mohd Hashim

Tan Sri Sheikh Ahmad bin Mohd Hashim menjadi Menteri Besar Perlis ke-4 (1959-1972) dan pertama selepas Malaysia merdeka .Beliau menyandang jawatan itu dari 1 Mei 1959 hingga 31 Disember 1971. Ketika itu Perikatan/UMNO menyapu bersih semua kerusi yang dipertandingkan di Perlis dalam Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959. Beliau menjadi Menteri Besar hingga usia 75 tahun.

Latar belakang sunting

Sheikh Ahmad bin Mohd. Hashim lahir pada 26 Disember 1896 di Arau. Beliau bersekolah di Victoria Institution, Kuala Lumpur dan lulus Senior Cambridge.Kerjaya beliau sebagai kerani di pejabat Kerajaan Negeri Perlis selama 38 tahun. Seterusnya pegawai Jabatan Kastam dan Pegawai Kewangan Negeri Perlis .

Sejak 1946 beliau aktif dalam politik UMNO di Perlis dan menjadi pengasas UMNO di Perlis.[1]Beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Perundangan Persekutuan (1948-1959), Pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka dan Pengerusi Penasihat Lembaga dan Urusan Tabung Haji. Pengalamannya sebagai pegawai kewangan, kerajaan melantik beliau sebagai pengerusi Bank Rakyat yang pertama.

Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman melantik beliau sebagai Menteri Besar Perlis selepas pilihan raya 1959.

Keluarga sunting

Anaknya Mohd Radzi Sheikh Ahmad menjadi ahli parlimen Kangar (1982-2008) dan dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri (2006-2008)dan lain-lain jawatan.[2] Dalam UMNO , menjadi Setiausaha Agung .

Kenang jasa sunting

Stadium Dato Sheikh Ahmad di Jalan Kolam, Kangar dinamakan sempena namanya kerana dibina semasa beliau menjadi Menteri Besar. Stadium ini berhampiran dengan Sungai Perlis dan Hospital Kangar. Pingat dan anugerah yang diterimanya ialah PMP, PMN, PJK, JP.[3]

Masjid Ahmad Padang Besar juga dinamakan sempena namanya.

Selain itu, SMK Dato' Sheikh Ahmad, Arau dan Kampung Dato' Sheikh Ahmad, Beseri turut mengabadikan nama beliau.

Rujukan sunting

Didahului oleh
Raja Ahmad
Menteri Besar Perlis
1959-1971
Diikuti oleh:
Jaafar Hassan