Stesen Abdullah Hukum

(Dilencongkan dari Stesen LRT Abdullah Hukum)

Stesen Abdullah Hukum adalah stesen keretapi yang terletak di Bangsar, barat laut Kuala Lumpur. Stesen ini diberi nama sempena bekas kampung Melayu bernama Kampung Haji Abdullah Hukum yang kini terletaknya KL Eco City. LRT Laluan Kelana Jaya mula berkhidmat di stesen ini pada 1 September 1998 manakala KTM Komuter Laluan Pelabuhan Klang mula beroperasi pada 28 Oktober 2018.

Abdullah Hukum Rapid KL KTM Komuter
Abdullah Hukum station (Kelana Jaya Line), Kuala Lumpur.jpg
LokasiStesen Abdullah Hukum, Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°7′7″N 101°40′22″E / 3.11861°N 101.67278°E / 3.11861; 101.67278Koordinat: 3°7′7″N 101°40′22″E / 3.11861°N 101.67278°E / 3.11861; 101.67278
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Keretapi Tanah Melayu
Aliran/laluanLine 2.png Laluan Pelabuhan Klang
Line 5.png Laluan Kelana Jaya
Platform4: 1 platform tengah dan 3 platform sisi
Landasan5
Pengendali kereta apiLine 5.png Rapid Rail (subsidiari Prasarana Malaysia)
Line 2.png Keretapi Tanah Melayu
SambunganBus transport Rapid Bus: 750, 751, 772, 780, 781, 782, 821
Pembinaan
Jenis strukturLine 5.png Bertingkat
Line 2.png Atas tanah
K. letak kenderaanTiada
Kemudahan basikalTiada
Capaian OKUYa Handicapped/disabled access
Maklumat lain
Kod stesen KJ17 
Sejarah
DibukaLine 5.png 1 September 1998
Line 2.png 28 Oktober 2018
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya
menghala ke Putra Heights
KTM Komuter
Stesen terakhir
Laluan Pelabuhan Klang
menghala ke Pelabuhan Klang
(Waktu puncak sahaja)
menghala ke Tanjung Malim
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Ia adalah stesen pertukaran, dimana satu bahagian menyediakan perkhidmatan KTM Komuter Laluan Pelabuhan Klang dan satu bahagian lagi Laluan Kelana Jaya. Walau bagaimanapun, penumpang yang ingin menukar laluan perlu memperbaharui tiket kerana sistem tiket digunakan adalah berbeza untuk setiap laluan. Sebuah jejambat masih dalam pembinaan untuk menghubungkan stesen ini dengan kompleks beli-belah The Gardens dan Mid Valley.

SejarahSunting

Stesen LRT Abdullah Hukum dibuka pada 1 September 1998 sebagai sebahagian segmen pertama aliran ini yang melalui 10 stesen antara stesen Kelana Jaya dan stesen Pasar Seni (tidak termasuk KL Sentral).[1]

Stesen Komuter Abdullah Hukum pula memulakan operasi pada 28 Oktober 2018 dan dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fok, pada 1 November 2018.[2][3] Pembinaan stesen komuter ini bermula pada 2014 oleh KL Eco City Sdn Bhd, anak syarikah SP Setia dengan bajet sebanyak RM30 juta. Stesen komuter ini dibina di atas tanah seluas 0.6 hektar yang dimiliki oleh Railway Assets Corporation (RAC) iaitu pemilik semua aset yang dikendalikan oleh KTM.[4] Terdapat sebuah jejambat menghubungkan stesen bersepadu ini dengan kompleks membeli-belah Mid Valley dan The Gardens.[2]

Ciri-ciri stesenSunting

LokasiSunting

Stesen ini terletak di selatan Bangsar, Kuala Lumpur. Di sebelah barat stesen terletaknya permulaan   Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dan di sebelah barat stesen terletaknya kompleks KL Eco City. Berhampiran dengan stesen adalah ibu pejabat Tenaga Nasional Berhad serta kompleks membeli-belah KL Eco City Mall, Mid Valley Megamall dan The Gardens.

Pelan stesenSunting

L2
Platform LRT
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
KJ Arah Utara   Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Bank Rakyat-Bangsar)
KJ Arah Selatan   Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Kerinchi)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, sambungan tidak berbayar KTM dengan LRT dan laluan pejalan kaki ke KL Eco City  
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian  
G
Platform KTM
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri  
KTM Arah Utara   Laluan Pelabuhan Klang menghala ke Tanjung Malim (KL Sentral)
KTM Arah Selatan   Laluan Pelabuhan Klang menghala ke Pel. Klang (Angkasapuri)
Platform tengah, pintu tren dibuka di sebelah kiri  
Platform tengah, tidak digunakan, pintu tren tidak dibuka di sebelah ini
Landasan Pintasan


Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras platform LRT, aras legar, dan aras tanah (platform KTM terletak di aras ini). Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas aras legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya; satu platform sisi dan satu platform tengah di bawah aras legar untuk perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif di kawasan LRT dan KTM. Bagi penumpang yang ingin menukar laluan di stesen ini perlu membeli tiket baharu di stesen ini. Hal ini demikian kerana KTM dan LRT menggunakan sistem tiket yang berlainan kerana dioperasikan oleh dua syarikat berbeza.

Perkhidmatan basSunting

Bas RapidKL laluan 750, 751, 772, 780, 781, 782 dan 821 berkhidmat di stesen ini.

RujukanSunting

  1. ^ Meng Yew Choong (31 Ogo 2015). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 25 Apr 2017. Dicapai pada 9 Mei 2019.
  2. ^ a b "An Iconic Station - Abdullah Hukum Welcomes You" (PDF). Dicapai pada 9 Mei 2019.
  3. ^ "Abdullah Hukum train station in KL Eco City opened". 6 Nov 2018.
  4. ^ Mohd Zaky Zainuddin (2 Nov 2018). "RM43.5 juta bina stesen di KL Eco City". myMetro. Diarkib daripada yang asal pada 9 Mei 2019. Dicapai pada 9 Mei 2019.