Stesen LRT Pusat Bandar Puchong

Stesen LRT Pusat Bandar Puchong ialah stesen LRT di Puchong, Selangor dimana Laluan Sri Petaling berkhidmat di stesen ini. Stesen ini terletak dan dinamakan sempena bandar Puchong, Selangor. Stesen ini dibuka pada 31 Mac 2016 sebahagian daripada projek Penyamburan Jajaran LRT yang meluaskan jajaran Laluan Sri Petaling daripada Stesen LRT Sri Petaling ke Stesen LRT Putra Heights melalui stesen ini.[1]

Pusat Bandar Puchong Rapid KL
LokasiStesen Pusat Bandar Puchong, Lebuhraya Damansara-Puchong, Pusat Bandar Puchong, 47160 Puchong, Selangor, Malaysia
Koordinat3°01′59.8″N 101°36′57.7″E / 3.033278°N 101.616028°E / 3.033278; 101.616028Koordinat: 3°01′59.8″N 101°36′57.7″E / 3.033278°N 101.616028°E / 3.033278; 101.616028
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan4 Laluan Sri Petaling
Platform2
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: 506, 600, 601, 604, T600, T604, T605, SJ02
Pengangkutan bas Causeway Link: 608
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaan120 petak parkir
Kemudahan basikal20 petak basikal
Kemudahan OKUAda Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen SP25 
Sejarah
Dibuka31 Mac 2016
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Sentul Timur
Laluan Sri Petaling
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Ciri-ciri stesen sunting

Lokasi sunting

Stesen ini terletak di sepanjang   Lebuhraya Damansara-Puchong di Pusat Bandar Puchong, Puchong. Di sebelah barat laut stesen adalah pasar raya Tesco Extra Puchong manakala di sebelah timur stesen adalah pusat membeli belah Setia Walk. Juga terletak berhampiran stesen adalah kawasan perniagaan Pusat Bandar Puchong, taman perumahan Taman Mutiara Puchong dan Taman Wawasan.

Susunan stesen sunting

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
SP Arah Selatan 4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP31  Putra Heights (Taman Perindustrian Puchong)
SP Arah Utara 4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP1  Sentul Timur (IOI Puchong Jaya)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan  
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian  

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai sebuah platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat 120 petak parkir kereta[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Perkhidmatan Bas sunting

Bas percuma Smart Selangor laluan SJ02, bas Causeway Link laluan 608, bas RapidKL laluan 506, 600, 601, 604, T600, T604 dan T605 berkhidmat di stesen ini.

Rujukan sunting

  1. ^ Azyyati Ahmad (28 Mac 2016). "Empat stesen baharu LRT di Puchong beroperasi 31 Mac ini". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Jul 2018. Dicapai pada 21 Okt 2019.
  2. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  3. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.