Suhaizan Kaiat
YB Suhaizan Kaiat adalah merupakan Yang di-Pertua Dewan Negeri Johor. Beliau telah mengangkat sumpah jawatan pada 28 Jun 2018 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor semasa Mesyuarat Pertama bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke-14 yang lalu.[1]
Yang Berhormat Suhaizan Kaiat | |
---|---|
Yang di-Pertua Dewan Negeri Johor ke-14 | |
Dalam jawatan 28 Jun 2018 – 22 Januari 2022 | |
Timbalan | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara | |
Dalam jawatan 2015–2019 | |
Presiden | Mohamad Sabu |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Digantikan oleh | Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus |
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia | |
Dalam jawatan 2013–2015 | |
Didahului oleh | Nasrudin Hassan |
Digantikan oleh | Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kampung Sungai Sudah ![]() | 13 April 1973
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | PAS (-2015) Parti Amanah Negara (2015-kini) |
Sekutu gabungan politik lain | ![]() ![]() |
Pasangan | Dr. Norsham Idris |
Anak-anak | 3 |
Alma mater | Universiti Teknologi Malaysia |
Pekerjaan | Ahli politik |
Beliau adalah Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara sejak 2015 lagi.[2] Sebelum aktif dalam Parti Amanah Negara, beliau adalah salah seorang daripada pemimpin dalam saf kepimpinan PAS.
PendidikanSunting
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Parit Nawi, Muar dan Sekolah Agama Seri Menanti, Muar (Darjah Khas). Kemudian menyambung persekolahan menengah di Sekolah Menengah Seri Menanti, Muar dan akhirnya di Sekolah Agama Parit Nawi.[3]
Setelah menamatkan persekolahan di peringkat menengah, beliau telah menyambung pengajian di universiti dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Sains Komputer dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Beliau aktif dalam persatuan mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia. Antara jawatan yang beliau sandang, termasuklah sebagai Exco dan Naib Presiden Persatuan Mahasiswa UTM.
Aktiviti kemasyarakatanSunting
Beliau juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Pernah dilantik sebagai Setiausaha Pembangunan Masjid Taman Universiti Skudai, Setiausaha Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP), Setiausaha Gabungan Tanah Rakyat (TANAH), Penasihat Jawatankuasa Bertindak Masalah Rakyat Kempas dan Penasihat Jawatankuasa Bertindak Masalah Rakyat Simpang Renggam.
PolitikSunting
Beliau mula menceburi bidang politik dengan menyertai PAS. Antara jawatan penting beliau dalam PAS, termasuklah sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Ketua Dewan Pemuda PAS Gelang Patah, Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Pulai dan Pengerusi Jawatankuasa Undi Pos Malaysia.
Beliau telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negeri Johor pada 28 Jun 2018 lalu.
Keputusan pilihan rayaSunting
Tahun | Perlembagaan | Kerajaan | Undi | Pembangkang | Undi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | Simpang Renggam | Liang Teck Meng (BN) | 19,754 | Suhaizan Kaiat (PAS) | 14,048 | ||
2004 | Parit Sulong | Syed Hood Syed Edros (BN) | 26,974 | Suhaizan Kaiat (PAS) | 9,788 |
Tahun | Perlembagaan | Kerajaan | Undi | Pembangkang | Undi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | Kukup | Md Othman Yusof (BN) | 11,113 | Suhaizan Kaiat (PKR) | 10,251 | ||
Dr. Karim Deraman (PAS) | 1,040 | ||||||
2013 | Kempas | Tengku Putra Haron Aminurrashid Tan Sri Tengku Hamid Jumat (BN) | 18,595 | Suhaizan Kaiat (PAS) | 14,648 | ||
2008 | Osman Sapian (BN) | 15,897 | Suhaizan Kaiat (PAS) | 7,711 |