Buka menu utama

Yang Berbahagia Datuk Mohamad Aziz merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu, bekas Speaker Dewan Negeri Johor., Johor dari Barisan Nasional-UMNO. Beliau juga adalah Timbalan Pengerusi Tetap UMNO bagi sesi 2008/2011. Selain itu beliau merupakan seorang Ketua UMNO Bahagian Sri Gading.

Yang Berhormat Tan Sri

Mohamad Aziz
Speaker Dewan Undangan Negeri Johor
Dalam jawatan
2013–2018
Didahului olehMohamed Ali Hassan
Digantikan olehSuhaizan Kayat
Ahli Dewan Undangan Johor
untuk Parit Yaani[perlu rujukan]
Dalam jawatan
1986–1995
Ahli Parlimen Malaysia
untuk P149 Sri Gading, Johor
Dalam jawatan
1999–2013
Digantikan olehAb Aziz bin Kaprawi
Majoriti10,874 (PRU-12)
Butiran peribadi
Lahir (1940-07-29) 29 Julai 1940 (umur 79)
Batu Pahat, Johor
Parti politikBarisan Nasional.png Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
PasanganPuan Sri Hajjah Radin Faridah Radin Ahmad dan
YB Datin Hajjah Azizah Zakaria
PekerjaanAhli politik

Kerjaya politikSunting

Pernah menjawat jawatan sebagai Ahli Parlimen Sri Gading selama 3 penggal. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Parti Keadilan Rakyat, Ali Markom dengan majoriti sebanyak 10,874 undi. Beliau memperolehi 19,641 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 8,767 undi. Sebelum itu beliau merupakan Ahli Parlimen Sri Gading bagi penggal 1999 hingga 2004 dan penggal 2004 hingga 2008.

Sebelum berpindah ke Parlimen beliau juga merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Johor selama 3 penggal dari tahun 1986 hingga 1999. Beliau mewakili Dewan Undangan Negeri Parit Yaani dengan menang tanpa bertanding pada 1986. Dalam tahun 1990 beliau telah dilantik sebagai EXCO Kerajaan negeri Johor dengan memegang fotfolio sebagai Pengerusi Pembangunan Sosial dan Kebajikan Masyarakat negeri Johor. Pada 2004 beliau telah dilantik sebagai Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Johor ( tugas tugas khas ) selama sepenggal.

Semasa perhimpunan agung UMNO ke-59 yang dijalankan pada 24 hingga 28 Mac 2009, beliau menjadi calon Timbalan Pengerusi Tetap UMNO bagi sesi 2008/2011 dan menang tanpa bertanding.[1]

Sebelum bergelar wakil rakyat sebagai ADUN dan Juga Ahli Parlimen beliau berkhidmat sebagai Pegawai Seranta di Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah pada tahun 1982 hingga 1986. Sebelum itu beliau merupakan Wakil Peribadi Kepada YAB Perdana Menteri ke 3 iaitu Tun Hussien Onn yang juga merupakan Ahli Parlimen Sri Gading sejak 1974 hingga 1982.

KontroversiSunting

Desak Ong dan Tsu Koon undurSunting

Pada 29 Oktober 2009, ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 di Dewan Rakyat, beliau secara lantang mendesak Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berundur kerana disifatkan sudah tidak mendapat kepercayaan parti selain imejnya yang sudah tercalar.Beliau juga turut mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon untuk melakukan perkara sama kerana gagal menunjukkan prestasi yang baik sebagai menteri.[2] Kenyataannya mendapat reaksi negatif daripada lebih 30 ahli Pemuda dan Wanita Gerakan yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Pemuda Gerakan Kebangsaan, Oh Tong Keong mengadakan protes di Menara PGRM bagi membantah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz yang mendesak Presiden parti itu, Tan Sri Koh Tsu Koon meletak jawatan. Mereka juga menuntut supaya Mohamad menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf secara terbuka kepada Tsu Koon.[3] Protes ini tidak diendahkan oleh beliau dan menegaskan bahawa beliau tidak akan menarik balik kenyataannya dan juga tidak akan memohon maaf kerana beliau percaya bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dan kenyataan itu pula dibuat semasa sesi perbahasan di Parlimen.[4] Di dalam tindakbalas terhadap kenyataan Datuk Mohamad, Tsu Koon berkata bahawa beliau tidak terganggu dengan kenyataan Mohamad Aziz walaupun mengakui bahawa tindakan Mohamad itu disifatkan mencemari semangat BN yang telah wujud sejak sekian lama.[5]

RujukanSunting